Sunday 1 April 2018

SEBAGAI SEORANG MUSLIM MAHATHIR SEMAKIN HANYUT


Pada usia 93 tahun, berstatus negarawan dan bergelar Tun, Dr. Mahathir Mohamad terus memberikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia. Dalam minggu ini sahaja, beliau banyak melemparkan tomahan yang keterlaluan.

Antaranya mendakwa Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak menyembah wang dan bukannya Tuhan. Beliau turut menyifatkan bantuan wang daripada kerajaan yang rakyat terima adalah haram. Dr. Mahathir juga menuduh peti undi pos mengandungi undi palsu.

Kami rakyat Malaysia yang pernah beliau perintah selama 22 tahun merasa amat sedih kerana beliau semakin hanyut dengan tingkah laku yang memalukan diri beliau sendiri, Pakatan Harapan dan parti pimpinannya PPBM. Sebenarnya Mahathir akhir-akhir ini sudah tidak layak lagi bercakap tentang ketuhanan atau  perkara halal haram, kerana jiwanya sudah dirasuk parah terhadap kebendaan dan keduniaan, seolah sudah dirasuk syaitan. Beliau amat terdesak serta sanggup untuk menjatuhkan orang lain dengan apa jua sekali pun demi untuk kepentingan diri sendiri serta keluarganya, bukan untuk kepentingan majoriti rakyat.

Beliau menuduh peti undi pos mengandungi undi palsu. Adakah tuduhan beliau itu merupakan pengalaman yang beliau telah lakukan semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Jika ia benar, maka kami tidak hairan mengapa beliau boleh bertahan hingga 22 tahun kerana memalsukan undi pos. Sebab itulah beliau gagal dijatuhkan rakyat dalam pilihan raya ketika itu.

Dr. Mahathir bukan sahaja sudah songsang pendirian politiknya malah menjadi lebih DAP daripada DAP yang anti Melayu dan Islam.

Buktinya beliau menyertai perhimpunan anjuran ‘BERSIH’ membantah cadangan persempadanan semula pilihan raya dengan ucapan yang menghasut. (Hakikatnya beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, berlaku tiga kali persempadanan semula). Lebih menggangu fikiran, beliau ghairah mahu mengambil urusan Allah SWT. Menuduh Najib menyembah wang, bukannya Tuhan dan bantuan wang yang rakyat terima sebagai haram, adalah amat serius. Sebelum ini beliau mengkafirkan PAS.

Maka kami boleh faham mengapa sebelum ini terdapat beberapa mufti dan ulama menasihatkan Dr. Mahathir supaya bertaubat dan mengingat kematian. Namun beliau  
Belum bersedia untuk bertaubat daripada pendekatan politiknya yang memudaratkan Islam. Mungkin beliau berpendapat ajalnya masih lama lagi, atau beliau berpendapat semua itu adalah karut.

Perhimpunan ‘BERSIH’ membantah persempadan semula yang beliau sertai turut gagal kerana sambutan hambar. Realitinya Dr. Mahathir sudah hilang elegan dan tiada lagi pengaruh besar.

Pada firasat kami, lebih banyak Dr. Mahathir bersuara lebih banyak beliau akan melakukan kesilapan. Ini menjadikan beliau liabiliti utama Pakatan Harapan. Dengan politik ekstremnya itu, sekali lagi Dr. Mahathir melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Musuh beliau yang sebenar adalah dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment