Sunday, 1 April 2018

ADAKAH PPBM AKAN DIHARAMKAN?


Dalam sedikit hari lagi, kami jangkakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan mengumumkan keputusan mengenai status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berdasarkan masalah yang gagal diatasi oleh kepimpinan PPBM ekoran ratusan aduan ahlinya, nasib parti itu tidak sukar diramal. Tidak menjalankan mesyuarat agung di cawangan dan bahagian, tiada pendaftaran keahlian serta tiada penyata kewangan, adalah kecacatan besar yang melanggar perlembagaan parti. Presiden PPBM Muhyiddin Yassin sendiri akui kegagalan parti itu.

Maka kami melihat kebarangkalian PPBM dibatalkan pendaftarannya adalah tinggi menjadikan ia parti haram dan tidak sah. Ini bermakna kelulusan bagi permohonan pendaftaran Pakatan Harapan (meliputi DAP, PKR , PAN dan PPBM) untuk bertanding atas satu logo pada PRU-14, adalah tipis. Bukan itu sahaja, calon-calon PPBM terpaksa bertanding atas tiket DAP, PKR, PPBM dan PAN selain calon bebas. Dalam hal ini, pemimpin PPBM perlu menyalahkan diri sendiri atas kelemahan dan kepincangan sehingga pakatan turut menanggung akibatnya. Perkara paling asas tidak diurus dengan baik.

Jangan menuding jari kepada ROS yang cuma memastikan segala peraturan parti dipatuhi mengikut undang-undang. UMNO juga pernah diharamkan dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bagi 2012 dan 2013 pernah didapati tidak sah. Apa penentuannya, kita tunggu dengan hati terbuka.

No comments:

Post a Comment