Friday 6 April 2018

GUNA LOGO PKR STRTEGI PERDAYA PENGUNDI MELAYU


Pakatan Harapan (PH) mungkin menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  sebagai strategi untuk ‘memperdaya’ orang Melayu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau menarik perhatian bahawa DAP berkata ia tidak akan menggunakan logonya sendiri dalam PRU14 manakala logo Parti Amanah Negara (Amanah) mungkin menyebabkan pengundi Cina menjauhkan diri kerana imej Islamnya, jadi yang tinggal hanyalah logo PKR.
“Penggunaan logo PKR sebagai logo bersama adalah strategi untuk ‘memperdayakan’ orang Melayu supaya mempercayai bahawa pakatan itu  Melayu sebagai kaum dominan serta berkuasa,” katanya menerusi catatan di laman blog di sskeruak.blogspot.my.
Realitinya PKR dan juga PAN ialah parti di bawah telunjuk kekuasaan DAP.
Salleh seterusnya berkata pemimpin pakatan pembangkang dan beberapa penganalisis politik telah menyatakan bahawa ‘Tsunami Cina’ yang bermula pada 2008 telah memuncak pada 2013.
“Ini bermakna pakatan pembangkang lebih kurang sudahpun memaksimumkan asas sokongan Cina dan jika mereka mahu menang lebih daripada 80 kerusi Parlimen tanpa bantuan PAS, maka ia harus berlatarbelakangkan ‘Tsunami Melayu’,” katanya.
Menurut Salleh, mewujudkan ‘Tsunami Melayu’ sepatutnya menjadi peranan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ada berkata ini gagal berlaku.
“Dan tanpa ‘Tsunami Melayu’, pencapaian pakatan pembangkang mungkin lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2013, apatah lagi memenangi 120 kerusi Parlimen yang mereka sasarkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment