Wednesday 18 April 2018

DILEMA PEMBANGKANG DI JOHOR


Seminggu merupakan satu masa yang panjang dalam politik dan apa yang berlaku dalam politik dalam tempoh seminggu di Johor daripada kenyataan politik Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang kontroversi terhadap negerinya kepada keadaan kecoh di pasaraya pada malam Rabu yang lepas.
Istana Johor yang mana telah mengikuti dengan rapat perkembangan politik dilihat telah mempertingkatkan permainannya. Dan ia merupakan satu permainan di mana pihak diraja menetapkan peraturannya dan kita semua terus melihatnya, tanpa begitu memahaminya bagaimana permainan dimainkan.
Walaupun Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ, berkata bahawa kenyataan beliau atas politik Johor datang daripada hatinya, persepsinya adalah bahawa beliau tidak bertindak tanpa perkenan ayahndanya.
Semua ini harus dilihat dalam kontek imej Sultan Johor. Populariti baginda sentiasa tinggi, baginda telah membina reputasi sebagai Sultan rakyat dan mana-mana kita pergi di Johor Baru, terdapat bilboard memuji, “Daulat Tuanku”.
Teo: Gagal mempertingkatkan gendang perang beliau sendiri untuk menolak MCA.
Kenyataan kontrversi TMJ merupakan sebahagian daripada keadaan pertukaran-permainan dan telah memaksa pemain politik di Johor untuk menilai semula strategi dan fokus mereka.
Walaupun sasaran pihak istana ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, ia telah menjejaskan keseluruhan Pakatan Harapan memandangkan bahawa beliau telah di namakan sebagai Perdana Menteri mereka.
Isyarat istana tidak begitu jelas, ia seperti lembing yang tajam. Bagaimana anda bertindak balas itu?” kata seorang ahli politik DAP.
Menurut ahli politik DAP, ia mungkin akan menyekat momentum Melayu yang diperlukan oleh Pakatan di Johor dan ia telah mengelirukan DAP untuk menawan lebih banyak kerusi dan menawan kerusi campuran.
Malah orang yang telah memberi amaran kepada kita, mereka akan bertanya diri mereka sendiri sama ada akan berlaku konfrantasi dengan istana apabila tiba masanya ketika melantik Menteri Besar,” beliau berkata.
Tetapi malah tanpa faktor istana pun, DAP telah menemui masalah dalam grand design mereka untuk menolak MCA di Johor. Rancangan untuk memindahkan nama-nama besar mereka di kerusi-kerusi yang sukar di Johor ke tempat lain tidak berjalan dengan begitu licin.
Dr Wee: Sasaran kempen DAP untuk mendominasi kawasan Cina.  
Strategi mereka adalah meletakkan nama-nama besar mereka menentang lawan mereka daripada MCA dan Gerakan atau apa yang dikenali oleh pemimpin DAP sebagai pertandingan raja lawan raja”.
Bagaimanapun, tidak ramai nama-nama besar DAP telah sanggup mengambil risiko it, dengan sebahagian daripada mereka menunjukkan mereka akan hanya berpindah kepada kerusi sekiranya mereka boleh dijamin kemenangan.
Sehingga kini, hanya Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong telah mengambil risiko, bertanding di Ayer Hitam untuk menentang timbalan presiden MCA.
Ironinya, pertanding yang hebat adalah di Perak selain di Johor. Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dijangkakan menentang Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong di Teluk Intan.Beliau akan menjadi bintang parti sekiranya beliau dapat menewaskan Mah.
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang memulakan gendang perang untuk menolak keluar MCA – beliau menggunakan perkataan wei jiao” (memusnahkan) – telah mengundurkan diri daripada menentang naib presiden MCA Datuk Chua Tee Yong di Labis.
Beliau mahu kekal di Kulai di mana beliau telah menang dengan lebih 13,000 undi pada 2013.
Tan: Dikritik kerana cuba menolak bekas sifu nya keluar dari Skudai.
Gobind Singh Deo, anak mendiang Karpal Singh, telah juga enggan meninggalkan kerusi Puchong. Beliau telah diminta untuk mempertimbangkan kerusi Labis tetapi setelah menyemak tentang konstituensi tersebut, beliau buat keputusan enggan berpindah ke kerusi tersebut.
Kepimpinan DAP telah cuba membuat ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau berpindah ke, pertama , Ayer Hitam dan kemudian ke Labis. Lim Kit Siang  telah secara pribadi menemui  Dr Boo untuk menyuruh beliau tetapi Dr Boo berpendapat bahawa parti sepatutnya memberi notis awal supaya membolehkan beliau menjalankan beberapa program politik disebalik menyuruhnya hanya menjadi calon ‘payung terjun’.
Beliau telah He has insisted on remaining in Skudai where he managed to maintain the people’s support despite being sidelined by the DAP leadership.
Tan Hong Pin bekas anak buah Dr Boo, merupakan ADUN Mengkibol, baru-baru ini membuat posting surat terbuka dalam Facebooknya mendesak Dr Boo untuk mengambil risiko dan berkorban untuk masa hadapan parti.
Tan berkata beliau sanggup menyerahkan kerusi Mengkibol dan berpindah ke  Skudai. Itu telah mengecewakan penyokong Dr Boo dengan mengkritik Tan kerana mengkhianati seorang yang pernah menjadi sifu beliau.
Hakikatnya bahawa Wong Tack telah sekali lagi bertanding di Bentong menentang presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mencadangkan bahawa DAP tidak berkeupayaan untuk mencapai kepada objektif raja lawan raja”.
Wong telah mempunyai sensasi pada 2013 apabila beliau menonjolkan dirinya sebagai sebagai aktivis alam sekitar yang ghairah sebelum lenyap tidak kelihatan lagi.
Beliau tidak boleh membandingkan keoada apa yang Liow telah bawa ke Bentong dan meletakkan Wong menentang presiden MCA membuatkan peperangan di tempat lain kurang meyakinkan.
Terdapat beberapa sebab tentang mengapa serangan di Johor mungkin akan memakan diri atau gagal.
Nga: Dijangkakan menentang presiden Gerakan di Teluk Intan.
Kaum Cina tidak bersetuju dengan idea menolak keluar MCA yang mana telah memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan isu kaum Cina dan menyediakan hubungan di antara kerajaan dan Industri Kecil dan Serdahana (IKS) dan perniagaan yang lain.
Masyarakat, terutama sektor perniagaan dan Dewan Perniagaan Cina dan persatuan, telah menzahirkan perhatin tentang langkah yang akan melihat “Cina bunuh Cina”.
Tetapi bukankah itu apa yang pengundi Cina lakukan terhadap MCA dan Gerakan dalam pilihan raya pada 2013?
Perkara yang berlaku pada 2013, pengundi kaum Cina telah diberitahu untuk mengundi menentang UMNO tetapi kesan keputusannya melihat kaum Cina hampir menolak keluar calon MCA dan Gerakan.
Kali ini, ia merupakan serangan langsung untuk menghabiskan MCA dan ia tidak disenangi oleh pemimpin masyarakat, mereka tidak menyokong strategi untuk menolak keluar MCA.
Sebahgian daripada mereka bertanya mengapa mereka harus menolak Dr Wee yang telah menjuarai pendidikan kaum Cina dan telah banyak bercakap tentang isu kaum Cina. Mereka melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan.
Mereka merasai bahawa mereka telah disuruh untuk memilih antara ‘ikan dan tapak kaki beruang” atau yu yu xiong zhang”, perumpamaan Cina klasik yang bermakna pilihan yang sukar antara dua makanan istimewa yang jarang dijumpa semasa era imperial China.
Ia tidak seperti berjudi, di mana anda boleh bertaruh atas kedua-duanya Sports Toto dan 4D pada satu masa.
Mereka yang kritikal terhadap strategi itu menyatakan ia telah difikirkan kumpulan elite dalam parti yang tidak membincangkannya sebelum memutuskan untuk diimplementasikan.
Rancangan mereka juga dilihat dengan syak wasangka oleh setengah pihak dengan tanggapan ia merupakan satu rancangan untuk menghapuskan individu yang tidak sependapat dengan Lim Kit Siang yang berkuasa.
Serangan DAP di Johor telah sepatutnya dipelengkapkan oleh sekutu mereka. DAP, menyatakan ahli politik parti tersebut di atas, telah mengharapkan yang nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Nurul Izzah Anwar dan Mohamed Sabu akan bergerak ke selatan untuk memberi pukulan kepada BN.
Sebagai calon Menteri Besar Pakatan, Muhyiddin sepatutnya menentang Datuk Seri Khaled Nordin di Kempas dan Pasir Gudang. Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu bertanding di kerusi Pagoh dan juga kerusi DUN di Bukit Gambir.
Mat Sabu telah memilih kerusi selamat di Kota Raja, Selangor, sementara Nurul Izzah sedang mencari kerusi selamat di sama ada di Permatang Pauh atau Pandan.
Rakan Melayu gagal untuk bangkit kepada apa yang diharapkan dan itulah mengapa amat sukar untuk meyakinkan orang yang tsunami Melayu akan berlaku. Dengan  DAP sahaja memainkan politik orang kuat telah menghantar isyarat yang salah kepada Melayu di Johor.
Sasaran menawan Johor adalah merupakan permainan pertaruhan yang tinggi dan DAP dilihat telah memperkecilkan ketidak percayaan Raja-Raja Melayu terhadap Dr Mahathir. Ia merupakan satu tamparan apabila dilabel sebagai “individu lidah bercabang”.
Adalah terlewat untuk menggundur diri.
Apabila anda memukul gendang perang, anda harus menyerbu ke hadapan atau jika tidak semangat untuk menang akan menjadi lemah,” kata ahli politik DAP di atas, dipinjam daripada perkataan seorang strategis Cina zaman silam Zhuge Liang.
Mungkin yang pelik tentang aspek strategi “raja lawan raja” DAP ialah bahawa hanya barisan kedua dihantar ke baraisan hadapan peperangan, sementara pemimpin tertinggi kekal di kawasan di mana malah pokok pisang boleh menang sebagai calon DAP.
Ia telah memberi tanggapan bahawa pemimpin tertinggi tidak sanggup bertanding di kawasan sukar kerana takut kecundang.
Tetapi mereka yang mempelajari politik Lim Kit Siang selama ini berpendapat ahli parlimen Gelang Patah mungkin mempunyai satu kejutan di tangannya. Mereka tidak percaya yang tokoh yang amat berkuasa DAP akan mengambil jalan mudah dan kekal di Gelang Patah yang dimenangi dengan majoriti melebihi 14,000 undi.
Spekulasi yang beliau akan menghadapi risiko di Johor Baru dilihat telah berakhir. Setengah berfikiran beliau akan ke Bentong, tetapi itu sekarang sudah tidak lagi menjadi  kenyataan.
Satu pusingan spekulasi baru telah bermula atas mana Lim Kit Siang akan pergi. Adakah beliau akan kekal di Gelang Patah atau beliau akan menuju ke utara?

No comments:

Post a Comment