Sunday, 22 April 2018

BUKTI TERSERLAH BAHAWA DAP MENGUASAI GABUNGAN PEMBANGKANG PKR.

Cubaan DAP untuk menyembunyikan agenda sebenar mereka bagaikan tidak dapat disembunyikan lagi apabila pemimpinnya tanpa segan silu mendahului Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mengumumkan anggota Kabinet sekirannya gabungan pembangkang PKR memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat pengumuman tersebut membuktikan apa yang telah diperkatakan sejak sekian lama bahawa DAP yang satu-satunya parti yang berkuasa dalam gabungan pembangkang, bukan PKR, bukan Mahathir (yang parti sudah diharamkan), bukan parti Amanah (PAN).

Apa yang berlaku di Teluk Intan itu sebenarnya mencerminkan keyakinan DAP memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi ketika mana parti lain dalam gabungan pembangkang PKR masih ‘terkial-kial’ mecongak nasib kerusi yang diterima.

DAP sudah tahu mereka dalam keadaan amat selesa sebaik sahaja pembahagian kawasan diputuskan dengan berpotensi besar untuk menambah bilangan kerusi yang dimenangi berbanding PRU 13.

Ini menyebabkan DAP merasakan semua parti dalam gabungan pembangkang PKR perlu mendengar cakap mereka. Sedangkan kita tahu, calon Perdana Menteri sementara, Dr. Mahathir, timbalannya pula daripada PKR seolah-olah tiada kuasa. Jadi mana datang Guan Eng, apa kuasa beliau nak umum anggota Kabinet?

Pada pandangan kami, pengumuman Guan Eng yang dua pemimpin mereka akan dilantik sebagai menteri itu telah membuktikan DAP yang mengawal semua parti dalam pembangkang.

Tindakan Guan Eng mengumumkan dua pemimpin parti itu sebagai anggota Kabinet gabungan pembangkang PKR jika berjaya menawan Putrajaya di Teluk Intan Isnin lalu mendapat perhatian ramai kerana dilihat mendahului Dr. Mahathir.

Ini kerana hal berkaitan pelantikan menteri biasanya diumumkan oleh individu yang diangkat sebagai calon Perdana Menteri disebabkan melibatkan kuasa budi bicara beliau.

Akhir sekali, sedarlah saudara, adik, abang, kakak yang masih lena dibuai mimpi oleh gabungan pembangkang PKR, bahawa mengundi gabungan parti tersebut bermakna kita mengundi seorang Perdana Menteri Melayu boneka DAP yang tidak ada kuasa untuk memperjuang nasib bangsa Melayu dan Islam seperti mana yang berlaku di Selangor sekarang dan di Perak selepas PRU-12 pada tahun 2008.

No comments:

Post a Comment