Monday 9 April 2018

RAFIDAH AZIZ BERBOHONG TENTANG PENSWASTAAN TANAH KEMENTARIAN PERTAHANAN - HISHAMMUDIN.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafizah Aziz mengenai penswastaan tanah Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Menurut Hishammuddin, beliau telah mendengar apa yang Rafidah katakan semalam dan terbukti kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah penuh dengan informasi yang tidak tepat dan dalam kes-kes tertentu adalah sebuah pembohongan.
“Tuduhan bahawa sebuah syarikat yang diuruskan oleh tiga individu yang memiliki setiap inci aset MINDEF adalah sangat tidak tepat dan merupakan sebuah pembohongan.
“Dalam surat beliau, beliau mengatakan syarikat tiga individu ini dituduh membuat keputusan terhadap tanah ATM (Angkatan Tentara Malaysia) MINDEF adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan.
“Dan tuduhannya terhadap diri saya sendiri bahawa saya akan menilai tanah MINDEF untuk projek agrikultur berskala besar juga adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah Hishammuddin, beliau hanya memikirkan mengenai isu sekuriti makanan dengan Menteri Pertanian ketika itu, dan itu adalah pada dua, tiga tahun yang lalu dan tidak ada apa-apa yang berlaku sejak (perbincangan) itu.
“Dan saya tidak pasti apa objektif beliau untuk membuat kenyataan yang salah ini, tetapi hari ini dengan tempoh masa yang terhad untuk saya semak (kenyataan ini), ini adalah tiga jawapan yang saya boleh jawab secara terus terhadap kenyataan beliau semalam.
“Saya percaya tindakan ini amatlah tidak bertanggungjawab daripada beliau, sebagai seorang bekas ahli kabinet yang juga merupakan sebahagian daripada pembuat keputusan ketika itu untuk membuat tuduhan dan penipuan ke atas tiga isu ini,” katanya lagi.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO juga memberi peringatan kepada bekas menteri kabinet paling lama di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad itu jangan kaburi dengan perkara-perkara lain terhadap tiga isu yang menyentuh Kementerian Pertahanan itu.
“Saya tengok tindakan beliau ini tidak bertanggungjawab langsung.
“Selepas ini saya akan mendapatkan jawapan daipada MINDEF. Saya akan meminta LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) untuk menjawab dan saya telah dapatkan minit daripada Kabinet untuk melihat pertuduhan beliau,” tegasnya sambil memberi jaminan akan menyiasat secara keseluruhan pertuduhan yang dilemparkan itu.

No comments:

Post a Comment