Seperti yang telah dijangka, banyak tomahan akan dilemparkan, begitu juga pelbagai serangan akan dilemparkan, begitu juga pelbagai serangan politik menjelang PRU-14. Salah satu kononnya UMNO sebuah pertubuhan politik haram dan tidak sah untuk bertanding pada PRU-14. Kami tidak terkejut isu tersebut dimainkan kerana ia adalah konspirasi yang telah diatur.
Ini kerana gabungan parti pembangkang di bawah PKR kini makin terdesak ekoran perkembangan yang tidak memihak kepada mereka. Penjelasan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin membuktikan dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memperakukan UMNO parti yang sah dan mengikut perlembagaan. Maka sebarang cubaan termasuk menerusi permohonan semakan kehakiman untuk membubarkan UMNO tidak akan memberi kesan.
Tindakan Tengku Adnan mengumumkan pemecatan 16 anggota UMNO yang memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah kelmarin, adalah sangat tepat. Sekiranya mereka betul-betul ahli UMNO, kemungkinan mereka ini telah dibayar oleh pihak pembangkang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Difahamkan mereka sudah lama dikenalpasti tidak berpegang kepada prinsip UMNO dan menjadi gunting dalam lipatan. Oleh itu pihak pengurusan tatatertib UMNO bukan sahaja memecat mereka malah disarankan agar membuat satu laporan kepada SPRM agar mereka ini disiasat untuk memastikan tiada unsur rasuah berlaku dalam kes ini.
Perbuatan melakukan sabotaj seperti itu menjelang PRU-14 sangat serius. Ini bukan kali pertama UMNO diharamkan pada 1988 ketika era Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bukan lagi rahsia Mahathir di belakang gerakan pengharaman UMNO pada waktu itu yang motifnya bagi menyingkir musuh beliau ‘Tim B’ dalam parti. Kali ini usaha yang sama juga dilaporkan dibuat oleh orang yang sama dengan menggunakan ahli UMNO yang kecewa serta bermasalah atau mungkin pengamal rasuah tegar.
Misinya untuk mengugat UMNO yang kelihatan teguh dalam menghadapi PRU-14. Namun kami amati, sebaik isu itu dimainkan beberapa hari lalu, ahli-ahli UMNO tidak goyah. Dengan kata lain cubaan kali ini dengam muslihat kitar semula tidak berjaya. Realiti berbeza, supaya pisang tidak berbuah dua kali.
No comments:
Post a Comment