Memang sukar dicari pemimpin DAP yang berani menyuarakan kebenaran seperti Dr. Tan Seng Giaw.
Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendirian Dr. Seng Giaw terebut memang amat berbeza dengan sikap kepemimpinan DAP yang lain termasuk Tony Pua yang turut menganggotai PAC pada Parlimen Penggal Ke-13.
Mereka enggan menerima hakikat bahawa selama ini tuduhan melulu terhadap Perdana Menteri adalah tidak berasas langsung.
Harga yang terpaksa dibayar bagi mempertahankan kebenaran adalah cukup mahal dan akhirnya, Dr. Seng Giaw tidak dicalonkan semula oleh partinya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kepong yang dipertahankan selama lapan penggal.
Tetapi berbeza pula dengan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinan Lim Guan Eng anak penasihat DAP Lim Kit Siang yang bukan lagi siasat, malah sudah didakwa di mahkamah kerana rasuah. Namun beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Menteri tanpa disuruh meletakkan jawatan oleh partinya. Mungkin bagi DAP rasuah bukanlah satu kesalahan melainkan pihak lain yang melakukannya, seperti Barisan Nasional (BN). Ini mungkin satu ganjaran yang telah diberi oleh parti terhadap Guan Eng untuk meneruskan jawatannya walaupun telah didakwa terlibat dengan rasuah oleh mahkamah. Silap hari beliau akan terus dicalonkan untuk bertanding dalam PRU-14 sehingga beliau didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan.
Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa DAP yang dikuasai dinasti Lim tidak mengalu-alukan pandangan berbeza dalam parti sehingga menyebabkan mereka enggan menerima kebenaran.
Dr. Seng Giaw juga sentiasa dihormati dan dianggap sebagai suri teladan dalam kalangan ahli Perlimen blok pembangkang.
Ketika berbahas dalam sidang Dewan Rakyat, beliau sentiasa menyuarakan pandangan membina secara sopan dan tidak memperlekehkan pihak lawan.
Doktor pakar kulit kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga mahir dalam tulisan jawi malah status dalam Facebook serta Twitter miliknya ditulis jawi, selain tulisan rumi (Bahasa Melayu dan Inggeris) serta tulisan Cina (Mandarin).
Beliau pernah mengambil kesempatan ketika berbahas untuk menyelitkan kekagumannya terhadap keindahan seni khat jawi bagi moto Bersekutu Bertambah Mutu pada Jata Negara yang dipaparkan dalam Dewan Rakyat.
Berlainan sungguh sikap Dr. Seng Giaw itu jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin DAP yang ‘meracau’ apabila tulisan jawi mula dipamerkan pada papan tanda jalan di sekitar ibu negara 10 tahun lalu.
Semoga Dr. Seng Giaw terus menyumbang buah fikiran untuk membantu usaha membangunkan negara seperti yang dilakukan bekas pemimpin DAP, Tan Sri Lee Lam Thye yang kini giat menabur bakti sebagai aktivis masyarakat.
No comments:
Post a Comment