Friday, 6 April 2018

GUNA LOGO PKR : MUSLIHAT DAP UNTUK MERAIH UNDI MELAYU.

Keputusan parti pembangkang untuk menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke 14 ini adalah muslihat untuk mengaburi mata rakyat daripada terus melihat parti DAP yang menguasai blok pembangkang.
Setelah usaha mereka untuk menubuhkan gabungan parti pembangkang gagal ekoran masalah yang dihadapi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), maka tidak ada cara lain untuk mereka menutup peranan DAP sebagai ketua yang menguasai Pakatan Harapan selain menggunakan logo PKR untuk calon-calon pembangkang.
Biar logo apa pun yang mereka guna pakai dalam PRU kali ini, pihak pembangkang tidak dapat menutup hakikat bahawa Dap merupakan parti yang mengepalai blok pembangkang pada kali ini. Seperti biasa, PKR merupakan parti yang dijadikan alat untuk perkara seperti ini, sama seperti mana DAP menjadikan Wan Azizah sebagai orang suruhan untuk menggerakkan agenda mereka.
Sedangkan kalau ikut kekuatan parti, PKR bukanlah satu parti yang kuat. Mereka tidak punyai kekuatan di akar umbi. Sebelum ini, PKR hanya bergantung kepada kekuatan jentera PAS dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 lalu dan pilihanraya kecil selepas itu.
Kini setelah PPBM terbubar, dengan sendirinya ia memperlihatkan bahawa tidak ada parti lain lagi yang menguasai blok pembangkang selain daripada DAP. Biarpun mereka cuba untuk mengaburi mata rakyat berhubung perkara ini, namun peranan DAP yang berkuasa dalam blok pembangkang tidak dapat mereka sembunyikan lagi daripada pengetahuan rakyat.
Bagaimanapun, biar logo parti mana sekalipun yang digunapakai oleh Pakatan Harapan untuk bertanding di dalam PRU ke 14 ini, tidak akan dapat menutup hakikat bahawa blok pembangkang itu sememangnya dikuasai oleh DAP sejak dari awal lagi.
Kita lihat bagaimana dulu Barisan Alternatif berpecah adalah kerana sikap DAP yang mahu menguasai blok pembangkang dengan ideologi politik Malaysian Malaysia mereka itu sehingga menyebabkan PAS akhirnya bertindak keluar daripada Barisan Alternatif.
Begitu juga dalam penubuhan kedua pakatan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. Sekali lagi gabungan pembangkang apabila PAS tersingkir keluar daripada Pakatan Rakyat kerana sikap DAP. Sebab itu PAS tidak mahu lagi terlibat di dalam Pakatan Harapan, kerana sudah serik dengan sikap DAP.
Sementara itu, logo PKR sebenarnya sudah tidak lagi relevan memandangkan perjuangan parti tersebut pada asalnya ditubuhkan untuk menjatuhkan Tun Mahathir, tetapi sekarang PKR bersetuju untuk memaafkan dosa lampau Mahathir serta bersetuju mencalonkan beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan pembangkang.
Perjuangan PKR sebenarnya sudah tidak lagi relevan sebab apabila mereka bersetuju untuk meletakkan calon Perdana Menteri mereka ialah tokoh yang mereka tentang sebelum ini dan kewujudan PKR itu sendiri sebenarnya adalah lambang penentangan terhadap Dr Mahathir.
Jadi untuk apa lagi PKR wujud kerana tujuan asal penubuhan parti tersebut hanyalah untuk menjatuhkan Dr Mahathir dan apabila mereka bersetuju menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, ini bermakna perjuangan PKR sudah tidak lagi relevan sekarang.

No comments:

Post a Comment