Tuesday, 10 April 2018

DRAMA AZMIN ALI MELOYAKAN


Cukup-cukuplah buat drama yang meloyakan. Dulu masuk longkang, basuh kain.. macam-macam.  Sekarang serah kereta rasmi naik Grab. Memang pakatan pembangkang ini cukup pandai main wayang.
Justeru, tindakan Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dianggap sebagai gimik murahan yang amat meloyakan.
Kalau sudah serah kereta rasmi bagaimana pula dengan jawatan menteri besar…? Apakah jawatan juga sudah diserahkan.. ? Bagaimana dengan gaji dan segala elaun-elaun menteri besar termasuk juga gaji dan elaun exco-exco yang lain. Begitu juga dengan kakitangan  beliau yang lain?
Seandainya gimik berkenaan mahu nampak lagi cantik dan menarik seharusnya beliau jadi rakyat biasa terus… beliau patut kosongkan pejabat MB, kediaman rasmi MB dan menolak untuk menjadi ‘caretaker goverment’… itu baru betul. Bukan main acah-acah hanya sekadar serah kereta rasmi.
Dilaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulangkan kembali kereta rasmi digunakan kepada kerajaan negeri selepas selesai Istiadat Pembubaran DUN.
Turut memulangkan kenderaan rasmi itu exco kerajaan negeri. Beliau membuat pengumuman itu menerusi status akaun Facebook miliknya kira-kira jam 1 tengahari dan turut memuat naik gambar beliau dan exco di sisi kenderaan masing-masing.
Apakah Azmin hanya menyerahkan kereta rasmi semata-mata dan bagaimana pula dengan pelbagai kemudahan lain yang dinikmati selama ini.
Yang menjadi tanda tanya masyarakat terhadap gimik politik Azmin kerana pada dasarnya apabila diumumkan pembubaran Parlimen dan DUN maka kerajaan sementara yang akan mengambil alih.
Sejurus Parlimen dibubarkan, fungsi sesebuah kerajaan masih berjalan seperti biasa. Perdana Menteri dan para anggota jemaah Menteri masih kekal menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti sediakala.
Sehingga tertubuhnya kerajaan baharu nanti, tugas kerajaan ketika ini adalah meneruskan perjalanan pentadbiran negara merangkumi semua hal ehwal yang berkaitan ekonomi, politik, sosial, hubungan luar negara dan sebagainya. Cuma tidak boleh lagi buat dasar-dasar utama kerajaan dan hal-hal yang melibatkan kewangan kerajaan.
Justeru dalam konteks pentadbiran  sebuah negeri, tentunya akan terpakai perkara yang sama dan hari ini bukankah Azmin masih menjawat jawatan menteri besar. Sebab itulah dikatakan penyerahan kereta rasmi sekadar gimik politik yang cukup meloyakan.

No comments:

Post a Comment