Monday, 9 April 2018

JOHOR AKAN MENJADI ‘BATTLE OF WATERLOO’ UNTUK PAKATAN HARAPAN.


Kelmarin, juga, Tungku Mahkota Johor (TMJ), Y.M.M Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, menyatakan kepada rakyat agar tidak diperbodohkan oleh individu yang lidah bercabang:
 Negeri Johor tidak akan melupakan individu yang cuba membubarkan Johor Military Force (JMF), sebuah organisasi yang telah wujud  sejak 1886 dan pada masa yang sama, berangan-angan untuk menghapuskan kuasa Sultan, memperkecilkan perlembagaan kita yang telah wujud di sini sejak tertubuhnya negara yang bernama  Malaysia.”
Apa yang tidak jelas di sini: adakah Anwar menyerang UMNO atau beliau menyerang  Tun Dr Mahathir Mohamad? Pada 4hb Januari 2018, The Malaysian Insight melaporkan Anwar sebagai berkata yang beliau mahu mengembalikan keperluan mandatori kuasa pekenan Yang diPertuan Agong untuk membolehkan bil yang dibentangkan di Dewan Rakyat menjadi undang-undang. Tetapi ketika itu bukankah Anwar, bersama Mahathir, mengurangkan kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu 35 tahun dahulu pada 1983.
Adakah ini satu muslihat Anwar yang ada kaitan dengan pengampunan Agong semasa beliau dibebaskan daripada penjara pada bulan Jun kelak. Iaitu untuk mengambil hati D.Y.M.M untuk mendapatkan pengampunan supaya boleh bertanding semula dalam pilihan raya kecil selepas PRU-14.
Ya, pada 1983, Anwar dan Mahathir berkrisis dengan Raja-Raja Melayu dan mengheret mereka semua ke dalam lumpur. Sebelum itu Malaysia adalah sebuah negara yang unik yang mana dalamnya mengandungi empat cabang kerajaanEksekutif, Perundangan, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan. Empat cabang kerajaan ini menawarkan semak dan imbang supaya tiada satu cabang boleh buat apa yang mereka suka.
Setelah Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri, beliau mula menghapuskan atau mengurangkan kuasa Perundangan, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan supaya kuasa mutlak akan berada dalam tangan Eksekutif. Dan Anwar membantu Mahathir mencapai matlamat ini dengan menyerang Raja-Raja Melayu dalam pertengahan tahun 1980an. Fitnah tentang pembunuhan adik Private Adam (kononnya di bunuh oleh Sultan Johor) yang mengamuk di Chow Kit Road merupakan salah contoh serangan Mahathir terhadap Sultan Johor.
Anwar membenci Raja-Raja Melayu sebagaimana Mahathir membenci gays. Anwar bimbang sebab pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 1983 dibuat menggunakan Istana Johor sebagai alasan. Dalam kata lain, rakyat Malaysia diberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu dipinda sebab oleh Sultan seperti Sultan Johor.
Sebab Sultan of Johor, kuasa Raja-Raja Melayu perlu dihapuskan atau dikurangkan, alasan Anwar dan Mahathir. Sultan Johor seorang Sultan yang jahat oleh itu D.Y.M.M tidak boleh diberi banyak kuasa, jelas Anwar dan Mahathir. Dan atas alasan itu rakyat Malaysia bukan dengan rela hati tetapi berbelah bagi terpaksa menyokong penghapusan atau pengurangan kuasa Raja-Raja Melayu 35 tahun lalu.
Sekarang Pakatan Harapan memerlukan jasa baik dan muhibah Raja-Raja Melayu dan D.Y.M.M Yang diPertuan Agong. Tetapi sepuluh Raja-Raja Melayu tidak akan menyokong Pakatan Harapan. Dan itu adalah disebabkan oleh apa yang Mahathir telah lakukan semasa 22 tahun sebagai Perdana Menteri termasuk hakikatnya beliau adalah merupakan alat atau kuda tunggangan Cina DAP.
DAP dan Pakatan Harapan mahu menawan Johor dan membuat negeri itu sebagai negeri Pakatan Harapan ketiga selepas Pulau Pinang dan Selangor. Tetapi itu tidak akan berlaku dan Johor akan menjadi ‘Battle of Waterloo untuk Pakatan Harapan. Pemimpin kanan DAP dan PPBM akan gugur di Johor, sama seperti pemimpin kanan  PAN akan gugur di Kelantan dan Terengganu.
Dalam politik Melayu adalah penting yang Istana tidak menentang anda. Tidak kisahlah sekiranya Istana tidak menyokong anda atau berkecuali, tetapi Istana tidak boleh menentang anda. Sekiranya Istana menentang anda kemudian orang Melayu akan juga menentang anda. Oleh itu ia akan dipanggil Tsunami Melayu yang anda perlu untuk memenangi pilihan raya umum. Tunggulah, dan lihatlah banyak pemimpin kanan Pakatan Harapan akan gugur di Johor dan juga banyak lagi negeri-negeri Melayu yang lain.

No comments:

Post a Comment