Sunday 8 April 2018

AWAS TERHADAP ORANG ‘LIDAH BERCABANG’, KATA TMJ DALAM SERANGAN TERHADAP DR MAHATHIR.


TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah melancar serangan terhadap Dr Mahathir Mohamad, selaku pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang telah membuat satu jelajah lebih awal di negeri itu sebelum pilihan raya umum.
Tanpa menamakan Mahathir, anak raja itu yang dikenali ramai sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata bekas perdana menteri yang bertamggungjawab melucutkan kuasa Sultan, dalam satu rujukan yang jelas kepada pindaan perlembagaan pada tahun 1990an.
Jangan mudah dimanapulasi dengan mempercayai apa yang anda telah dengar malam semalam di Pasir Gudang,” beliau menulis di dalam Facebooknya malam ini, merujuk kepada perhimpunan PH semalam di mana Mahathir mengumumkan keputsan gabungan itu untuk mengunakan logo PKR di dalam pilihan raya akan datang.
Negeri Johor tidak akan melupakan dengan individu yang cuba membubarkan  Johor Military Force (JMF) atau Timbalan Setia Johor, sebuah organisasi yang telah wujud sejak 1886 dan pada masa sama, bermimpi menghapuskan kuasa Sultan, memperkecilkan perlembagaan kita yang telah wujud sebelum tertubuhnya negara yang dikenali negra Malaysia.”
Mahathir telah pada 1992 merancang satu kempen untuk menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu dari segi undang-undang, lanjutan daripada kontroversi melibatkan seorang jurulatih hokey dan Sultan keika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail, ayahnda kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan datuk kepada TMJ.
Tahun berikutnya, setelah kempen media yang hebat pimpinan Mahathir, Parliament telah meluluskan pindaan perlembagaan dengan mengurangkan kekebalan Raja-Raja Melayu.
Sultan Ibrahim adalah salah seorang daripada dua Raja-Raja Melayu yang dengan secara terbuka mengkritik Mahathir, seorang lagi ialah Sultan Selangor.
Selain daripada itu, yang tidak disenangi oleh Sultan Johor ialah, penentangan Mahathir terhadap projek Forest City berhampiran Johor Bahru.
TMJ dalam posting beliau mengimbau kembali semasa kanak-kanak tentang kemuncak krisis antara Mahathir dan istana Johor.
Saya tidak boleh lupa pada tahun 1992. Pada ketika itu saya seorang kanak-kanak yang nakal di sekolah. Guru saya berkata, ‘Jangan main-main, anda seorang kerabat diraja, sekiranya saya laporkan anda kepada Mahathir, anda akan habis’.”
Mengesa rakyat Johor supaya tidak “rock the boat” atau “mengoncang sampan” pada pilihan raya akan datang, TMJ berkata beliau sedar bahawa “rakyat tawar hati terhadap kepimpinan negara ini”.
Tetapi TMJ menyatakan masalah boleh diselesaikan sekiranya rakyat Johor membenarkan sultan mereka menyelesaikan masalah dengan UMNO, parti yang ditubuhkan di Johor, “lebih tepat lagi di istana Johor,” beliau menambah.
Jangan tukar sampan sekiranya enjin tidak rosak, malah jangan tukar juragan tetapi membenarkan D.Y.M.M Sultan Johor dan saya membincangkan dengan juragan. Tukar apa yang perlu ditukar dan menaik taraf apa yang perlu di naik taraf demi negara yang kita cinta ini,” beliau berkata.
Dalam pandangan saya, UMNO perlu mempuyai banyak aset daripada liabiliti.Ini bermakna UMNO perlu mengubah cara memerintah, mengubah secara berfikir dan dasarnya,” beliau menulis dalam postnya, di mana beliau menyatakan bahawa pendapatnya adalah “ ikhlas dan bersifat peribadi”.
TMJ berkata rakyat Johor tidak seharusnya diperbodohkan oleh individu yang lidah bercabang seperti ular”.
Setakat ini individu berkenaan bukan cuba menyelamatkan negara ini, beliau lebih bimbang apa yang berlaku kepada masa hadapan anak-anaknya. Malah orang terkaya di atas bumi ini tidak boleh melahirkan tiga orang anak berstatus ‘bilionair’. 
Nasihat saya kepada rakyat Johor adalah, sekiranya anda ada masalah dengan kerajaan suarakanlah dan beritahu mereka apa yang anda mahu. And semua ada saya dan D.Y.M.M Sultan Johor untuk menyampaikan suara rakyat kepada kepimpinan tertinggi dalam negara ini.
Jangan sekali-kali fikir kami tidak mempunyai inisiatif untuk menyelesaikan sistem dikalangan kerajaan.”

No comments:

Post a Comment