Rafidah Aziz dijangkakan akan menjadi rakyat Malaysia pertama didakwa di bawah Akta Berita Palsu 2018 yang telah diwartakan semalam.
Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein menyatakan dakwaan Rafidah tentang aset Kementerian Pertahanan itu adalah palsu.
“Itu adalah amat tidak benar dan terang-terang pembohongan. Dalam satu kenyataan, Rafidah mendakwa tiga syarikat individu sebagai pembuat keputusan (identiti tidak dinyatakan) tentang isu penswastaan tanah Kementerian Pertahanan adalah juga tidak benar dan segali gus merupakan pembohongan,” kata Hishammuddin.
Di percayai ekoran kegagalan isu 1MDB, di mana banyak pihak mengatakan ia sekarang sudah basi atau sudah menjadi rosak, Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang cuba mengalih perhatian rakyat kepada isu Tanah Kementerian Pertahanan untuk menyerang Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Mahathir juga sedang cuba mendapatkan Deepak Jaikishan, seorang rakan niaga Andrew Leong Wye Keong, yang telah didakwa kerana dagangan dalaman melibatkan saham Maxbiz Corp Bhd, untuk memberi keterangan yang beliau merasuah keluarga Najib.
Andrew Leong, merupakan kroni, proksi dan penama (trustee) Mahathir, juga telah terlibat dalam mengatur pertemuan antara KPN ketika itu Tun Haniff Omar dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Anwar Ibrahim sebelum meletusnya skandal liwat pada August 1998.
Menurut Andrew, tujuan perjumpaan Anwar-Haniff ialah untuk menasihatkan Anwar untuk memberhentikan aktiviti gay beliau sebab banyak orang sudah mengetahuinya. Andrew juga menyatakan adalah Mahathir yang menyuruh beliau mengaturkan perjumpaan antara Anwar dan Haniff.
Andrew dan Deepak mengenali antara mereka sejak Deepak merupakan seorang jurujual permaidani. Dan sekarang Rafidah, Andrew dan Deepak adalah dalam ‘Tim Tanah Kementerian Pertahanan’ Mahathir dalam usaha untuk menggunakannya isu tersebut menggantikan isu 1MDB.
Menurut Eric See-To, Penolong Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Rafidah Aziz telah menciplak posting tentang dakwaan tentang isu ‘Tanah Kementerian Pertahanan’ itu daripada punca yang lain.
Menurut beliau, apabila Rafidah Aziz membuat posting tentang dakwaan itu menggunakan namanya sendiri, ia kelihatan bersamaan, sebagaimana yang beliau telah terbaca sebelum ini.
Mengimbau kembali, beliau mendapati bahawa dakwaan ini telah dikongsi di WhatsApp yang tidak diketahui sebulan yang lepas.
Dakwaan yang dibuat dalamnya adalah amat tidak masuk akal untuk dipercayai yang mana beliau telah menolaknya terus setelah membacanya.
(Kedua-dua TS Muhyiddin dan Shafie Apdal juga berada dalam kabinet ketika itu dan sehingga 2015 oleh itu mereka sepatutnya orang pertama untuk kongsikan bersama dengan Mahathir dan itu sepatutnya telah menjadi isu yang besar 3 tahun sebelum Rafidah “mendedahkannya”. Dan termasuk, perkara spesifik seperti nama syarikat atau siapa tiga individu tersebut yang Kementerian Pertahanan telah pindahkan tanah tidak wujud. Dan termasuk, sekira ini benar maka beberapa kakitangan Kementerian Pertahanan sudah lama mendedahkan ini).
Oleh itu beliau telah membuat carian dan mendapati bahawa beliau telah menerima dakwaan yang tepat dan sama pada 10hb Mac 2018 – iaitu sebulan sebelum Rafidah membuat posting yang sama dan untuk mendapatkan pujian dengan menggunakan namanya sendiri. (Beliau telah menyatakan sekiranya Rafidah mahu beliau membuktikannya, beliau boleh menemuinya untuk ditunjukkan dalam telefon pintar beliau).
Adakah Rafidah menulis mesej WhatsApp sebelum ini sebagai cyber-trooper atau beliau meletakkan namanya untuk memberi pengesahan kepada tuntutan ini sekarang?
Adakah ini kerana pilihan raya sudah hampir yang beliau mahu membuat tuduhan berkenaan (sama sepert dakwaan 40,000 warga Bangladesh) memandangkan masa yang singkat untuk kerajaan memberi respon?
Dalam sebarang kes, Kementerian Pertahanan telah menafikan tuduhan yang tidak masuk akal ini dan menyatakan baawa semuanya adalah karut.
Mungkin Rafidah harus memberi kita lebih banyak bukti terhadap tuduhan beliau disebalik tuduhan yang tidak berasas?
No comments:
Post a Comment