Tuesday 10 April 2018

MAHKAMAH MEMUTUSKAN BAHAWA TIDAK ADA BUKTI 1MDB HILANG AS$3.65 BILION.

Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengalami kerugian  AS$3.657 bilion (RM14.1 bilion), termasuk bukti salah laku oleh ahli lembaga pengarah syarikat.


Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad berkata Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) dalam kenyataan mereka sebelum ini menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah tidak terlibat dalam skandal melibatkan isu 1MDB.
Beliau membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan oleh Najib dan 13 ahli Lembaga Pengarah 1MDB, termasuk dua orang yang lain, untuk menolak saman bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap mereka atas dakwaan kerugian syarikat tersebut.
Beliau juga menyatakan Mohamad Ezam tidak ada locus standi untuk fail saman.
Dalam penghakiman, beliau berkata mahkamah mendapati bahawa Mohamad Ezam, dalam jawapan-dalam-afidavit, menyatakan yang beliau bukan ahli lembaga pengarah 1MDB atau seorang pemegang saham dalam syarikat itu mahu pun mempunyai kepentingan dalam 1MDB.
Saman yang difailkan oleh plaintif telah berdasarkan penegasan terbuka. Saya juga hairan sama ada saman itu telah difailkan atas dorongan komitmen plaintif, bertujuan mewakili pembayar cukai negara ini, atau niat yang terselindung untuk pembangunan politiknya,” beliau menambah.
Nik Hasmat berkata mahkamah mendapati bahawa tidak ada sebab tindakan yang munasabah dalam tuntutan oleh Mohamad Ezam dan saman itu adalah tidak penting, satu yang menyusahkan dan menyalah guna proses mahkamah.
Oleh itu, mahkamah menolak saman yang difailkan oleh plaintif terhadap semua defandan dan mengarahkan plaintif membayar kos RM63,000 kepada semua  defendan,” beliau kata.
Najib fail permohonan untuk menolak saman pada July 12, 2017, atas alasan bahawa  Mohamad Ezam, sebagai presiden Parti Bebas Rasuah, tidak punya locus standi untuk fail saman.
Selain Najib, sebagai defendan pertama, ahli lembaga pengarah 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Datuk Kamal Mohd Ali; Datuk Norazman Ayob; Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin; Tan Sri Ismee Ismail; Tan Sri Ong Gim Huat dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmid, dinamakan sebagai defendan kedua hingga kelapan, juga memfailkan permohonan untuk menolak saman.
Permohonan untuk menolak saman juga difailkan oleh Ashvin Jethanand Valiram; K. Arul Kanda; Mohd Hazem Abd Rahman @Mohamed; Datuk Mohd Bakke Salleh; Tan Sri Azlan Mohd Zainol; Datuk Tengku Rahimah Puteri Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, dinamakan sebagai defendan kesembilan hingga ke 14.
Defendan ke 15 dan 16, ialah 1MDB dan Kerajaan Malaysia, mengikut urutan, memfailkan permohonan menolak saman Mohamad Ezam pada April 14, 2017.
Dalam kenyataan tuntutan, Mohamad Ezam mendakwa bahawa pinjaman AS$6.5 yang diperolehi 1MDB dengan bantuan Goldman Sachs International Ltd sepatutnya dideposit ke dalam akaun syarikat.
Di sebaliknya, beliau berkata, pihak defendan telah secara cuai membenarkan  AS$3.657 bilion daripada jumlah tersebut pergi kepada pihak yang tidak dibenarkan.
Beliau telah memohon untuk semua defendan untuk menanggung kerugian dan membayar balik AS$3.657 bilion kepada 1MDB dengan faedah, kos dan relif yang sesuai oleh mahkamah.
Peguam  Farez Jinnah mewakili Mohamad Ezam, sementara Najib telah diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan peguam kanan persekutuan Shamsol Bolhassan mewakili kerajaan.
Peguam  Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan sebahgian daripada lembaga pengarahnya.

No comments:

Post a Comment