Friday, 6 July 2018

ADAKAH PERBICARAAN NAJIB HANYA PERMULAAN ATAU YANG TERAKHIR?

Tetapi tidak, mereka tidak akan mendapatkan Mahathir dan Abdullah. Dan ini adalah bukan sebab untuk membersihkan Malaysia. Ini adalah tentang dendam  Mahathir terhadap Najib. Mahathir mahu menghabiskan Najib dan kemudian berhenti di situ. Mereka kata tentang 61 tahun pemerintahan Barisan Nasional berlaku pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah. Tetapi mereka akan menyiasat hanya lima tahun daripada 61 tahun sejak 2013 dan bukan keseluruhan 61 tahun, atau 37 tahun sejak Mahathir  ambil alih sebagai Perdana Menteri ke 4 pada 1981.



Media antarabangsa bercakap tentang dekad pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah di Malaysia akhirnya berakhir pada 9hb Mei 2018 apabila Barisan Nasional(BN) kalah pilihan raya umum setelah 61 tahun berkuasa.

Oleh itu bagaimana BN boleh salah urus negara untuk selama 61 tahun apabila PRU pertama telah diadakan 59 tahun yang lalu dan BN hanya berusia 45 tahun? Memandangkan BN ditubuhkan sekitar tahun 1973.

Anda mungkin kata tarikh tidak penting. Tetapi sebenarnya ia memang penting. Pertama, ia menunjukkan banyak orang tidak betul-betul tahu atau telah tidak melakukan penyelidikan yang betul tentang subjek yang mereka tulis (ini bermakna pendapat mereka boleh dipertikaikan). Kedua,sekiranya tarikh tidak penting, oleh itu mengapa buat kalut apabila Anwar Ibrahim telah didakwa kerana meliwat Azizan Abu Bakar pada satu tarikh bila bangunan belum didirikan lagi?
(Walaubagaimanapun, tarikh kejadian telah dipinda dalam kertas pendakwaan kepada tarikh SETELAH bangunan itu disiapkan dan SEBELUM Azizan berhenti kerja untuk Dr Wan Azizah Ismail supaya pihak pembela tidak boleh menggunakan ‘secara teknikal’ untuk melepaskan Anwar ).
Ini bermakan untuk 61 tahun sejak 31hb Ogost 1957 Malaysia mengalami pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah. Dan itu akan menjadikan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, termasuk, sudah tentu, Najib Tun Razak semua serupa bersalah kerana pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah.
Dan sejak 9th May 2018, apabil Pakatan Harapan mengambil alih dan melantik  Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka, semua ini berakhir, atau itu mereka kata.
Oleh itu, Malaysia telah disalah urus dan telah menjadi wabak pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah untuk 61 tahun sejak 31hb Ogos 1957. Dan daripada  61 tahun itu, Najib telah menjadi Perdana Menteri hanya untuk sembilan tahun (di mana bermakna bukan untuk SEDEKAD sebagaimana yang dilaporkan). Selain itu, 52 tahun adalah di bawah lima lagi Perdana Menteri. Dua daripada lima Perdana Menteri, Mahathir dan Abdullah, masih lagi hidup.
Media itu mengatakan bahawa penahanan dan pendakwaan Najib ialah untuk mengakhiri 61 tahun pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah, yang bermakna di bawah enam Perdana Menteri, di mana tiga daripada mereka masih hidup. Tetapi adakah mereka hanya untuk mendakwa Najib seorang, apabila pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah dikatakan melibatkan enam Perdana Menteri, termasuk Mahathir dan Abdullah yang masih hidup?
Kita akan lihat sama ada ini hanya merupakan penganayaan terhadap Najib atau benar-benar tentang membersihkan negara ini terhadap gejala-gejala negatif itui. Secara terus terang, anak dan cucu Mahathir dan Abdullah mungkin tidak dapat menjelaskan dari mana datangnya harta kekayaan yang mereka miliki. Sekiranya SPRM mengeledah semua harta yang dimiliki atau dikaitkan dengan Mahathir dan Abdullah (bagaimana mereka lakukan terhadap Najib) mereka mungkin akan dapat kesan lebih daripada RM1 bilion seperti mana yang mereka telah dakwa dimiliki Najib.

Pemerintahan teruk, salah guna kuasa dan rasuah adalah BUKAN masaalah 61 tahun, sepertimana dilaporkan laporan media itu. Ia hanya baru bermula 37 tahun yang lepas (bukan 61 tahun yang lepas) apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4. Anda boleh bertanya kepada semua ahli Council of Eminent Persons, terutama  Jomo Kwame Sundaram. Dalam buku beliau yang bertajuk, “Malaysia’s Political Economy Politic, Patronage and Profits”, Jomo akan beritahu anda bahawa busuknya (rot) negara ini bermula pada hari Mahathir mengambil alih daripada Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4.

Sekarang kebusukan yang sama sedang melanda rakyat Malaysia selepas beliau berkuasa semula melalui kempen yang tidak demokratik pada PRU 14. Rakyat telah disajikan dengan berita palsu, penipuan, pembohongan dan janji-janji yang  beliau masih gagal tunaikan sehingga kini.

Untuk mencelikkan mata rakyat Malaysia (terutama orang muda baru mengundi dalam PRU 14) yang sudah tertipu pada PRU itu dan masih tidak kenal dengan siapa dia Mahathir, anda di sarankan untuk membaca buku ini yang bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karya seorang bekas wartawan Asian Wall Street Journal (AWSJ) bernama Barry Wain seorang rakyat Australia.

Kedua-dua buku yang di tulis oleh kedua-dua penulis di atas merupakan fakta tentang salah guna kuasa ,skandal dan penyelewengan wang rakyat oleh Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun mulai 1981 hingga 2003.
Seandainya buku yang di tulis oleh Professor Jomo Kwame Sundaram itu merupakan satu fitnah atau tomahan, sudah tentu beliau sudah lama di saman oleh Mahathir. Namun ia tidak berlaku. Malah beliau sekarang telah dilantik oleh Mahathir sebagai salah seorang ahli Council of Eminent Persons, badan yang berkuasa di bawah pentadbiran beliau.  
Begitu juga buku yang ditulis oleh Barry Wain, setelah sembilan tahun buku itu diedarkan di Malaysia (tarikh mula diedarkan April 2010) masih tidak ada sebarang saman fitnah dari Mahathir.
Atau berkemungkinan besar beliau khuatir sekiranya disaman dibuat kepada kedua-dua penulis tersebut mungkin banyak lagi perkara-perkara yang menjijikkan akan terdedah di mahkamah dan ini akan diketahui oleh rakyat.

Malah baru-baru ini satu laporan SPRM telah dibuat oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk SPRM membuka semula 13 kes siasatan terhadap Mahathir yang telah dibuat oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu. Semua 13 kes tersebut ada kaitan dengan apa yang dituliskan dalam kedua-dua buku tersebut di atas. Di antaranya Skandal BMF (1983), Skandal Mamimco-Makuwasa (1985), Skandal FOREX Bank Negara Malaysia(1988), Skandal Perwaja Steel (2002), Bail out syaraikat-syarikat kroni menggunakan wang PETRONAS, Perjanjian berat sebelah syarikat kroni Indipendent Power Producer (IPP), Perjanjian berat sebelah syarikat kroni PLUS dan banyak lagi.
Akhir sekali kami menjangkakan bahawa pebicaraan Najib adalah merupakan perbicaraan terakhir bagi beliau tetapi permulaan untuk orang lain termasuk Mahathir. Mahathir dijangkakn dibicarakan selepas dua tahun sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri ke 8. Ataupun selepas lima tahun sekiranya Pakatan Harapan tewas dalam PRU 15. Sekiranya beliau meninggal dunia sebelum itu, maka kes beliau akan ditutup.



No comments:

Post a Comment