Sunday 29 July 2018

HIMPUNAN MEGA KEBANGKITAN UMMAH 3 BULAN LAGI DISASARKAN MELEBIHI 10,000 ORANG HADIRIN


Kuala Lumpur 28 Julai - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sudahpun mempunyai perancangan untuk menganjurkan Himpunan Mega Kebangkitan Ummah dalam tempoh tiga bulan lagi selepas kejayaan ‘Himpunan Kebangkitan Ummah: Islam Melayu Terancam’ yang berjaya mengumpulkan kira-kira 10,000 hadirin di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kambung Baharu Kuala Lumpur pada 28 Julai 2018.

Penolong Ketua Sekretraitnya, Kamaruzaman Mohamad berkata, usaha untuk membawa suara kegusaran orang Melayu yang kini didukung oleh lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan(NGO) turut akan dilakukan di negeri-negeri.

Beliau berkata, berdasarkan sambutan yang diterima hari ini, ia jelas melebihi jangkaan awal sekitar 7,000 hadirin.

“Perhimpunan mega akan dibuat di lokasi lebih luas yang bakal dimaklumkan kemudian,” katanya ketika sidang akhbar selepas himpunan berkenaan.

Yang turut hadir, Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahya, Pengerusi, Ismail Mina Ahmad; Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan.

Himpunan yang bermula puul 9 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang itu membariskan 20 tokoh daripada pelbagai bidang membicarakan tentang isu-isu yang kini sangat membelengu orang Melayu selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ia termasuklah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), liberalisme, lesbian, gay biseksual transgender (LGBT), tanah rizab Melayu serta Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Aminuddin menegaskan, Kementerian Pendidikan perlu menyatakan ketegasan untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Aminuddin yang juga Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, dana itu sepatutnya dimanfaatkan untuk kegunaan yang lebih meluas kepada rakyat seperti meneruskan program MyBrain.

“Juga wajar digunakan untuk perutukan sekolah-sekolah agama sebagaimana diperutukkan di bawah Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan,”jelasnya.

No comments:

Post a Comment