Kami pejuang UMNO akar umbi terlebih dahulu mengucapkan tahniah serta syabass ke atas kejayaan YB Dato’ dipilih sebagai Presiden UMNO ke 7.
Sebenarnya kami telah mengenali beliau bukanlah baharu, mungkin beliau tidak mengenali kami, tetapi ia tidak mengapalah, yang pentingnya kita sama-sama berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Pada pemilihan UMNO sebelum ini, sayalah, salah seorang perwakilan yang telah mengundi beliau ke jawatan Naib Presiden UMNO semasa pemilihan sebelum ini. Namun kali ini saya tidak dapat mengundi beliau sebagai Presiden UMNO sebab tidak diberi peluang untuk dilantik sebagai perwakilan.Walau apa pun tahniah atas kemenangan beliau.
Terus terang ingin kami nyatakan di sini bahawa kami amat menghormati sikap beliau yang begitu ikhlas dan sentiasa menghormati serta mengenang jasa orang bawahan dengan mengingati kami serta kerap kali menghantar kad ucapan perayaan atau perkara yang berkaitan dengan UMNO. Pada kami, ingatan itu sudah memadai untuk kami menghormati dan setia kepada beliau.
Sebenarnya ketrampilan serta kehebatan beliau sudah kami kenali sejak beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan ia amat terserlah. Beliau dilihat sebagai seorang yang berani menyatakan hak serta istikamah dalam perjuangan. Kesetiaan beliau dalam perjuangan tidak boleh dipersoalkan.
Sebagai contoh, semasa era Reformasi, beliaulah satu-satu pemimpin UMNO yang telah mendedahkan tentang korupsi, kronisme, nepotisme oleh kerajaan ketika itu yang dipimpin oleh pemimpin yang sama iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pendedahan itu telah dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO ketika itu. Pendedahan itu tidak habis disitu sahaja, malah ia menjurus kepada pemecatan Timbalan Perdana ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kononnya didakwa terlibat dalam salah guna kuasa dan meliwat. Ekoran pemecatan DSAI berlakulah kebangkitan rakyat yang dikenali dengan ‘Gerakan Reformasi’ yang mana beribu-ribu rakyat turun serta berarak ke jalan raya menentang pemecatan DSAI itu.
Dalam Gerakan Reformasi itu banyak penyokong-penyokong DSAI termasuk Dato’ Seri Zahid telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh regim kuku besi Dr Mahathir ketika itu kerana menyurakan hak mereka.
Selain Dato’ Seri Zahid seorang lagi aktivis Gerakan Reformasi yang pernah ditahan di bawah ISA ialah Dato’ Lokman Noor Adam, yang juga merupakan salah seorang yang berjaya terpilih kali ini sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO pada kedudukan ke 9 daripada 25 ahli yang terpilih. Beliau mendapat 45,894 undi perwakilan daripada 121 Bahagian.
Beliau juga merupakan Presiden Pemantau Malaysia Baru sebuah plaform NGO yang ditubuhkan bagi membantu UMNO sebagai pembangkang untuk menyemak dan megimbangi kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang demi kepentingan rakyat.
Oleh itu kami yakin melalui gandingan pengalaman kedua-dua tokoh era Reformasi ini, kami yakin mereka dapat menangani ancaman yang sedang berlaku terhadap UMNO oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir yang zalim.
Dalam pemilihan kali ini juga menampakkan kebijaksanaan serta ketepatan pilihan perwakilan bagi memilih pemimpin yang mampu untuk memulihkan UMNO serta menghadapi gelora serangan balas dendam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Tun Mahathir yang juga cuba untuk memusnahkan UMNO. Memusnahkan UMNO bererti memusnahkan Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu.
Akhir kata, adalah harapan kami agar saf kepimpinan yang terpilih mampu mengembeling tenaga bagi memulihkan semula UMNO serta mempertahankannya daripada di perkotak katikan oleh regim Pakatan Harapan yang zalim yang di pimpin oleh Tun Mahathir. Dengan itu UMNO harus dipertahankan habis-habisan wa ima walaupun ia melibatkan jiwa dan raga. Allah hu akbar!! Allah hu akbar !!!
No comments:
Post a Comment