Wednesday 18 July 2018

KENYATAAN TUN M ‘MANIFESTO BUKAN BIBLE’ MERUPAKAN KENYATAAN YANG DANGKAL DAN TERDESAK.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, manifesto Pakatan Harapan bukan seperti kitab Bible, sebaliknya hanya panduan semata-mata.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14.

Jelas di sini dengan kenyataan itu, beliau cuba untuk merompak keintelekan rakyat dan memperbodohkan mereka.

Dengan kenyataan itu juga menunjukkan bahawa beliau amat terdesak kerana gagal untuk menunaikan janji-janji populis yang telah dibuat pada pasca PRU Ke-14 yang sudah menghampiri 100 untuk ditunaikan. Ini merupakan salah satu sandiwara beliau untuk mengalihakan perhataian rakyat yang sudah tertipu.

Oleh itu, eloklah kami ulas terhadap kenyataan beliau itu agar rakyat tidak sewenang-wenang diperbodohkan beliau yang terdesak itu. Manifesto sebagai ‘panduan semata-mata’ adalah hujah yang dangkal serta defensif kerana ingin menutup kegagalan.

Berbalik kita kepada Bible (kitab Injil), iaitu kitab suchi penganut agama Kristian yang perlu dipatuhi bagi mereka yang mempercayai terhadap ajaran agama itu. Begitu juga Al Qur’an kitab suchi bagi orang Islam yang perlu dipatuhi oleh umat Islam.

Yang anihnya sebagai seorang Islam, mengapa beliau membandingkan Bible daripada membandingkan dengan Al Quran. Adakah beliau lebih memahami Bible daripada Al Qur’an? Sekiranya demikian tidak hairanlah mengapa beliau tidak bersikap sebagai seorang bukan Muslim iaitu buta iman.

Begitu juga dengan ‘Manifesto’ walaupun ia bukan kitab suchi, namun dalam kontek etika kemanusiaan dan hak asasi manusia ia wajib ditunaikan. Jika tidak ditunaikan ia dianggap sebagai mungkir janji atau lebih tepat cuba menipu rakyat. Oleh itu Manifesto itu  bukanlah hanya panduan semata seperti mana beliau kata.

‘Manifesto’ mengikut kamus Oxford datang daripada perkataan ‘manifestation’ atau ‘aku janji’ atau ‘sumpah janji’. Istilah tersebut tidak menyebut ‘manifestation’ sebagai ‘panduan’ atau ‘guide’ dalam kamus itu. Oleh itu dengan mengatakan ‘Manifesto’ sebagai ‘panduan’ adalah tidak tepat serta meleset.

Biasanya ‘Manifesto’ merupakan janji manis atau janji populis (dalam politik) dibuat untuk menarik sokongan rakyat atau ahli dalam sesuatu pemilihan tidak kira pilihanraya umum atau mana-mana pemilihan jawatan dalam mana-mana persatuan. Sekira janji-janji itu ditunaikan sudah tentu ia merupakan perkara yang positif. Bagaimana pula sekiranya ia dimungkiri? Adakah ia tidak dianggap sebagai satu penipuan atau pembohongan kepada rakyat sekiranya janji gagal ditunaikan. .

Tidak ada satu undang-undang sama ada didunia ini mahupun di akhirat seperti dalam kitab suchi Al Qur’an atau Bible menghalalkan penipuan dan pembohongan. Melainkan Tun Mahathir seorang.

Luar di sana banyak pihak memperkatakan bahawa kejayaan Pakatan Harapan pada PRU 14, walaupun tidak begitu cemerlang (majoriti mudah di parlimen dan dua negeri pada peringkat awal gagal menubuhkan kerajaan) adalah kesan daripada fitnah isu RM2.6 bilion wang 1MDB dan janji populis yang palsu dalam manifesto Pakatan Harapan (yang sampai sekarang masih gagal ditunaikan). Banyak juga pihak telah mempersoalkan kejayaan Pakatan Harapan, sebuah gabungan yang baru ditubukan yang tidak mempunyai sebarang rekod cemerlang, malah dua negeri yang dikuasai seperti Selangor dan Pulau Pinang banyak terpalit dengan isu-isu rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan isu alam sekitar. Oleh itu kejayaannya dipersoalkan seandainya ia tidak bukan daripada kesan daripada fitnah terhadap pihak lawan (BN) dan janji populis yang palsu kepada rakyat.

Oleh itu kenyataan Tun Mahathir, ‘Manifesto bukan Bible’ merupakan satu usaha beliau untuk menutup serta mejustifikasikan bahawa tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang bukanlah disebabkan fitnah dan jajnji populis yang palsu. Tetapi pada hakikatnya adalah benar wujudnya kerajaan Pakatan Harapan atas fitnah terhadap pihak lawan dan janji populis yang mebuat ramai rakyat pada mulanya terpengaruh, dan kemudian menyesal kerana gagal untuk ditunaikan.



.


No comments:

Post a Comment