Tuesday 24 July 2018

KERAJAAN PH HARI INI MASIH KUTIP DATA DAN FAKTA EKONOMI DARI LONGKANG

Wira Veteran
Kami dengan ini menyelar serta mempersoalkan barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH)sebagai barisan kepimpinan yang tidak mempunyai kredibiliti dan masih lagi berfikiran sebagai pembangkang.
Ini memandangkan, menteri-menteri dalam kepimpinan kerajaan hari ini masih lagi mengutip data dan fakta daripada ‘longkang’ sepertimana yang amalan mereka ketika menjadi pembangkang sebelum ini.
Sepatutnya bila sudah jadi kerajaan, apabila mereka ingin membuat kenyataan, menteri-menteri mesti memastikan fakta yang mereka dapat itu adalah daripada sumber-sumber yang betul. Mesti bercakap dengan fakta dan tidak boleh membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya.
Zaman teknologi maklumat ini sepatutnya kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak dianggap mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan membohongi mereka. Ini kerana rakyat sekarang sudah banyak berpendidikan tinggi dan ramai yang mempunyai kelulusan doktrate Phd. dan minima Ijazah Pertama, tidak sebagaimana segelintir daripada Menteri Pakatan Harapan, Diploma pun tidak lulus tetapi berlagak menunjukkan hebat.
Selain itu, walaupun sebahagian daripada rakyat tidak mempunyai kelulusan tersebut, namun dengan adanya sistem teknologi maklumat yang canggih, mereka boleh merujuk kepada fakta sebenar tentang apa yang diperkatakan oleh Menteri-menteri Pakatan Harapan.
Oleh itu diharapkan janganlah mereka diperbodoh-bodohkan atau cuba untuk dihina keintelektual mereka. Zaman dahulu boleh tetapi bukan sekarang.
Sebagai contoh, Menteri Pertanian, Salahuddin Ayub yang mengatakan melalui satu tinjauan beliau, setelah dua minggu GST disifarkan, beliau melihat bahawa harga sayur dan daging turun sebanyak 30 hingga 50 peratus.
Sebenarnya harga barangan ini, setiap bulan akan dikeluarkan oleh Department Of Statistic (DOSM). Dan harga barangan ini akan dikeluarkan DOSM hanya pada 18 Jun manakala beliau membuat kenyataan harga sayur dan daging turun sebanyak 30 peratus itu pada 15 Jun.
Jadi persoalannya, daripada mana beliau dapat angka tersebut untuk membuat perbandingan sedangkan DOSM belum lagi mengeluarkan harga purata untuk barangan-barangan pada bulan Jun?.
Sebab itu beliau dicabar untuk mendedahkan sayur apa, daging apa dan di kedai mana yang beliau dakwa turun sebanyak 30 hingga 50 peratus itu?
Apabila didesak oleh beberapa NGO termasuk NGO Pemantau Malaysia Baru, akhirnya barulah Salahuddin menarik balik kenyataan beliau itu.
Dari situ kita dapat menunjukkan kepada rakyat dan meningkatkan kesedaran mereka bahawa, hari ini pembangkang, yang sudah bertukar menjadi kerajaan, adalah satu barisan kepimpinan pembangkang yang tidak kredibel sama sekali.
Sebab itu, UMNO,BN perlu menjadi satu kumpulan pembangkang yang kuat, yang ada pengetahuan dan tahu apa metadologi bagaimana untuk mendapatkan data-data daripada sumber yang tepat, supaya kita ada satu pasukan yang boleh memastikan adanya ‘check and balance’ yang kuat untuk memantau kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang
Hakikatnya isu kredibiliti kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja satu seperti contoh yang sebutkan di atas.
Tidak sampai 100 hari memerintah, setakat ini tiga isu utama yang telah dapat dikesan yang tidak menepati fakta termasuk isu yang telah dijelaskan di atas.. Dua lagi antaranaya ialah isu hutang negara RM 1.8 trilion oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan isu 70% senarai harga barang turun oleh Menteri KPDNKK Dato Saifuddin Nasution.

Isu hutang negara RM 1.8 trilion ialah merupakan satu manipulasi fakta dilihat untuk kepentingan strtegik bagi kepentingan individu dalam kepimpnan Pakatan Harapan dalam motif untuk mengembalikan semula sistem ‘kapitalis kronisme’ di negara ini oleh Tun Mahathir Mohamad.
Selain matlamat utama memburuk-burukkan kerajaan yang lepas ia merupakan satu muslihat serampang dua mata untuk memperdaya rakyat kononnya dengan hutang yang begitu banyak, ia telah dijadikan alasan atas kegagalan kerajaan untuk menunaikan manifesto pasca PRU ke-14. Ia juga merupakan satu alasan untuk Tun Mahatir membatalkan pada peringkat awal projek-projek mega legasi kerajaan BN yang lepas seperti ECRL, HSR dan LRT3 untuk kepentingan beliau dan kroni-kroninya.
Bukan itu sahaja, dengan isu hutang RM 1.8 trilion itu juga mewajarkan kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan ‘Tabung Harapan’ kononnya untuk membantu melangsaikan hutang negara berjumlah RM 1.8 trilion. Ini tak masuk akal malah merupakan satu sandiwara Kerajaan Pakatan Harapan yang memalukan negara. Kononnya dengan menyumbang kepada tabung itu, rakyat dianggap patriotik. Sebenarnya rakyat atau pencacai mereka sedang ditipu bulat-bulat oleh pemimpin mereka yang tidak bertanggungjawab. ‘Tabung Harapan’ adalah merupakan satu persepsi yang diwujudkan di minda rakyat agar percaya bahawa hutang RM 1.8 trilion itu adalah benar. Masakan rakyat, yang sudahlah membayar cukai yang tinggi, namun disuruh pula menderma kononnya patriotik, walaupun secara sukarela. Prinsipnya, kerajaan yang membuat hutang, mengapa rakyat pembayar cukai perlu terus dibebankan. Adakah kerajaan berkhidmat untuk rakyat atau rakyat berkhidmat untuk kerajaan?
Hakikatnya, hutang kerajaan bukanlah sebagaimana yang di war-war oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Apa yang dinyatakan oleh Guan Eng itu tidak mengikut standard antarabangsa yang diiktiraf oleh Bank Dunia tentang hutang negara. Bank Dunia dan beberapa badan penarafan antarabangsa seperti Moody’s Investor Sevices, Fitch Ratings dan JP Morgan tidak mengiktiraf jaminan kerajaan sepert bon dan sukuk sebagai hutang negara. Hutang yang diumumkan oleh Guan Eng RM 1.8 trilion itu termasuk jaminan kerajaan.
Menurut Bank Negara Malaysia hutang rasmi negara ialah RM 686 bilion yang merupakan 50.8% daripada KDNK. Daripada jumlah tersebut 97% dalam bentuk RM dan 3% dalam bentuk Yen atau $AS.
Akibat daripada pengumuman yang tidak bertanggungjawab Guan Eng itu, telah menjejaskan sentimen pasaran saham Malaysia. Kesannya, dalam tempoh 50 hari pasaran saham negara hilang RM 200 bilion di mana anggaran RM 40 bilion daripadanya dimiliki pelabur asing yang meninggalkan pasaran kerana tidak yakin dengan ekonomi Malaysia.
Selain pelabur kaum Cina ( 95-98% daripadanya memilih Pakatan Harapan untuk berkuasa), yang rugi lebih besar ialah rakyat yang mencarum atau menyimpan dalam KWSP, PNB, LTAT, Tabung Haji, dan banyak lagi agensi amanah kerajaan. Sekiranya ini berterusan akan menjejaskan agensi-agensi tersebut untuk memberi pulangan dividen yang berpatutan kepada penyimpan, yang merupakan rakyat. Pasaran saham Malaysia merupakan anggaran 130% daripada KDNK dan anggaran KDNK Malaysia ialah RM1.2 trilion. Oleh itu kita tidak jauh untuk melihat ia akan menghadpi kebankrapan dalam keadaan ini.
Sekiranya Tun Daim Zainuddin tidak boleh bertindak mengadakan rancangan yang berkesan dalam tempoh 50 hari akan datang, pasaran akan kerugian RM500 bilion bersamaan dengan 40% KDNK Malaysia dan pasaran terus musnah. Dan ia mengambil Mahathir hanya 100 hari untuk memusnahkan kepentingan rakyat demi  kepentingan dirinya dan kroni-kroninya , wal hal Najib mengambil masa sembilan tahun untuk membinanya untuk kepentingan rakyat
Apa yang difahamkan daripada pakar-pakar ekonomi, bahawa fenomina ini memang disengajakan oleh Mahathir untuk memberi peluang kepada kroni-kroninya atau penamanya (trustee) membeli saham agensi-agensi atau syarikat-syarikat yang terlibat apabila mencapai harga yang terendah untuk menguasainya dan menjualnya apabila mencapai harga tertinggi untuk mendapat pulangan yang lumayan. Ini pernah beliau lakukan dahulu dalam tahun lapan puluhan semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Dalam dasar penswastaan yang beliau perkenalkan ketika itu, hampir semua syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC dikuasai oleh kroni-kroni beliau melalui modus operandi yang lebih kurang sama.
Begitu juga akan berlaku kepada projek mega kerajaan sekarang seperti projek ECRL, HSR dan LRT3. Tujuan Mahathir mengumumkan pembatalan projek-projek tersebut bukanlah bermakna dia betul-betul ingin membatalkan projek itu. Hakikatnya dia ingin mewujudkan satu sentimen agar saham-saham syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembinaan projek itu turun ke paras yang lebih rendah untuk dibeli oleh kroni-kroni beliau serta menguasai projek.
Sekarang ini kita sedang melihat kroni-kroni Tun Mahathir sedang giat membeli saham-saham syarikat yang terlibat untuk menguasainya walaupun sebahagian daripada projek-projek tersebut belum mendapat kata putus.
Di dapati juga kos projek terus meningkat dengan mendadak dan tidak munasabah tidak sampai beberapa bulan, berbeza dengan apa yang telah diputuskan oleh kerajaan BN sebelum PRU ke-14.
Projek ECRL yang diputuskan oleh kerajaan BN ialah RM55.66 bilion, meningkat kepada RM 81 bilion peningkatan 45.53%. Dan bagi projek HSR yang diputuskan oleh kerajaan BN ialah anggaran RM 35 ke RM 40 bilion, telah meningkat ke RM 110 bilion peningkatan ke 175%. Akhir sekali projek LRT3 yang diputuskan oleh kerajaan BN ialah RM 9 bilion, meningkat ke RM31.65 bilion dan kononnya kos dikurangkan kepada RM 16.63 bilion, tetapi masih lagi berlaku peningkatan kos sebanyak 84.78% yang tidak masuk akal.
Apapun alasan mereka atas peningkatan kos tersebut seperti hidden cost dan sebagainya, namun kami serta rakyat melihatnya sebagai satu bakal rompakan besar-besar oleh kroni-kroni Tun Mahathir terhadap wang rakyat. Bukankah kos projek-projek tersebut telah diteliti sebelum diputuskan pelaksanaannya oleh kerajaan BN dahulu. Jika perbezaan 10% ke 30% bolehlah diterima, mungkin ada hidden kos yang tidak diambil kira. Ini pula jurang perbezaan yang terlalu luas iaitu antara 45.53% ke 175% yang mana ia tidak masuk akal.
Akhir sekali tentang kenyataan Menteri KPDNKK Dato Saifuddin Nasution bahawa selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar telah menurunkan 70% senarai haraga barangan.
Menurut Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) bahawa pihaknya menerima aduan daripada orang ramai akan tiadanya perubahan harga pada kebanyakan barangan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lepas. Ini dinyatakan oleh Timbalan Presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman.
Sementara itu, ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang tidak menafikan bahawa penurunan harga barangan selepas pelaksanaan GST pada kadar sifar masih belum lagi menjadi kenyataan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Datuk Jacob George pula berkata pihaknya mendapati tidak ada petunjuk jelas akan adanya penurunan harga bagi barangan seperti yang dikatakan menteri itu. 

Hasil pemerhatian pihak beliau hampir di seluruh negara dan juga melalui pertemuan dan perbincangan dengan golongan sasar termasuk pengguna, tiada sebarang perubahan harga terhadap barangan seperti yang dikatakan. Kalau ada pun cuma satu atau dua barangan sahaja. 
Tambah beliau, kenyataan menteri tentang penurunan harga barangan itu adalah tidak realistik.
Oleh itu dari mana Dato Saifuddin Nasution dapat data bahawa selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar telah menurunkan 70% senarai haraga barangan.
Atau beliau terdesak ingin mempertahankan manifesto Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari bahawa menghapuskan GST akan menurunkan kos harga barangan.

No comments:

Post a Comment