Saturday 21 July 2018

PATAH BALIK SST: APA JAMINAN UNTUK ORANG MUDA UNTUK KOS SARA HIDUP AKAN MENURUN?


Wira Veteran
Kami ingin menggesa agar kerajaan Pakahan Harapan (PH) dapat memberi jaminan kepada orang muda di negara ini bahawa kos sara hidup mampu diturunkan dengan tindakan mereka melaksanakan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Dengan teruja, kami ingin menimbulkan persoalan tentang adakah langkah tersebut akan menjadi khabar gembira bagi generasi muda yang kini berhadapan dengan zaman kos memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat.
Mereka (PH) mengumumkan kadar GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) kepada 0%, selepas mengambil alih kerajaan pada Mei yang lepas. Namun ia masih gagal untuk menurunkan harga barang seperti dijanjikan malah ada pula yang meningkat.
Jadi apabila dikembalikan sistem cukai lama SST 10%, kami mahukan jaminan yang jelas daripada pihak kerajaan. Adakah harga barang pasti akan turun? Adakah SST dikenakan bagi semua barangan? Jika SST bersifat selektif, apakah barang-barang yang bakal dikecualikan cukainya?
Di saat gaji mininum RM1,500 belum dilaksana, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) masih lagi perlu dibayar, tol masih belum dimansuhkan, tanggungan orang muda kian bertambah. Pihak kerajaan ‘Malaysia Baharu’ sepatutnya memberikan jalan penyelesaian bukan sekadar umum peratusan cukai yang akan dikutip daripada rakyat.
Seterusnya kami turut membidas terdapat konotasi yang kontradik antara pemimpin kerajaan dan juga profesional percukaian, sebagaimana dipetik:
“Harga barang harian dijangka naik jika SST dilaksanakan,” kata Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) manakala Guan Eng selaku Menteri Kewangan pula berkata: “Harga barang turun dengan SST.
“Di peringkat pemerhati ekonomi, pelaksanaan SST 10% dilihat akan meningkatkan harga kereta dan harga barangan dengan lebihan 4% berbanding GST 6%.
“Manakala dari sudut pandangan Kerajaan, SST akan menurunkan harga barang. Jadi, kenyataan mana satu yang mahu diterima pakai?
Tambahnya lagi, berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan sistem percukaikan SST 10% dikenakan di satu peringkat iaitu kepada pengeluar dan hanya akan menyumbang RM21 bilion.
Di sini adalah jelas hasil kutipan kepada kerajaan pasti akan berkurangan berbanding RM44 bilion hasil kerajaan melaui GST pada 2017 dan RM41 bilion pada 2016. Risiko kehilangan pendapatan akibat ‘ketirisan’ daripada pengusaha ‘lari cukai’ juga sangat tinggi. Terutama daripada towkay-towkay kaum Cina yang merupakan majoriti daripada ahli perniagaan di negara ini. Adakah Kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP mempunyai agenda unduk melindungi perniagaan towkay-towkay ini lalu membebankan rakyat.
Dengan kutipan yang rendah ini, bagaimana kerajaan mampu memberikan faedah atau pulangan balik kepada rakyat? Adakah gaji akan dinaikkan atau mungkin akan wujud bantuan-bantuan rakyat sebagaimana kerajaan terdahulu seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bantuan nelayan, baucar buku, bantuan awal persekolahan dan banyak lagi.
Justeru kami dengan tegas mendesak agar kerajaan PH dapat menunaikan semua janji-janji di dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, di saat tempoh ‘bulan madu 100 hari’ hampir tamat.
Oleh itu Kerajaan Pakatan Harapan jangan menggunakan alasan ‘Manifesto bukan Kitab Injil’ untuk lari dan tidak menunaikan janji-janji kepada rakyat jikalau tidak mahu dianggap sebagai kerajaan munafik.

No comments:

Post a Comment