Wednesday, 18 July 2018

MAHATHIR, ORANG TUA YANG TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP POLITIK MALAYSIA


Anak Tanah Melayu

1. Panggil apa sahaja nama yang anda fikir sesuai, Mahathir tidak akan ubah caranya.

2. Satu ketika beliau sebagai Bapa Pembangunan Malaysia (BAPA KRONISME MALAYSIA mungkin lebih sesuai) tetapi melihat kecermelangan beliau sebagai Perdana Menteri, tidak banyak perkara boleh dibanggakan.

3. Rahsia peningkatan Mahathir ke jawatan tertinggi adalah mudah. Pada kemuncak tidak kepastian selepas kemerdekaan, di mana perjuangan politik adalah berdasarkan survival atas setiap kaum, Mahahtir mengambil penuh kesempatan terhadap sentimen Melayu untuk melindungi kepentingan mereka. Mahathir tahu bahawa untuk berjaya dan untuk ‘diterima’ dia perlu kelihatan sebagai Melayu ultra dan menjuarai perjuangan Melayu. Malangnya Mahathir bukan orangnya. Dia telah memperdayakan orang Melayu. Dia tidak kisah terhadap orang Melayu melainkan anak-anaknya.

4. Di bawah kepimpinan Mahathir, janji untuk membawa perubahan kepada orang Melayu yang ketinggalan dibidang ekonomi tidak membawa kesan apa-apa. Mahathir hanya memberi tumpuan untuk memperkayakan anak-anaknya dan mengekalkan kuasanya.

5. Bawah rejim Mahathir ketegangan antara Melayu dan Cina semakin ketara. Sementara orang Cina fikir orang Melayu di beri banyak kemudahan di bawah Mahathir, orang Melayu juga fikir disebaliknya. Tidak banyak yang diperolehi melainkan pendapatan yang kecil. Orang Melayu masih ditakuk lama di mana mereka bermula. Sebahagian besar kekayaan negara masuk poket anak-anak dan kroni Mahathir, termasuk rakan bukan Melayu beliau.

6. Mahathir membuat keputusan untuk ‘bersara’ daripada persaraan dan membuat keputusan berjuang semula menyelamatkan perniagaan anak-anaknya dan kroninya yang sakit di bawah penyamaran kempen ‘SELAMATKAN MALAYSIA’. Sekali lagi semua orang diperdayakan, termasuk orang Cina.

7. Sementara orang Cina meraikan kemenanagan PRU-14, orang Melayu sekali lagi jadi menjadi mangsa. Orang Cina ingat bahawa Mahathir akan melakukan reforms, tetapi Mahathir tidak pernah dan bukan seorang reformist. Dia hanya seorang opportunist.

8. Orang Melayu lambat laun akan menyedari bahawa mereka telah terpedaya dan bila tiba masanya menyedarinya, berbulan madu mereka akan berakhir. Merempatlah orang Melayu di tanah air sendiri.


SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA KERAKUSAN MAHATHIR!!!

No comments:

Post a Comment