Thursday, 19 July 2018

PENGHINAAN OLEH KERAJAAN PH TERHADAP NEGARA CHINA, RAKYAT YANG MERANA


Hubungan Negara Malaysia dengan China telah sekian lama terjalin. Ianya bermula dari zaman Kesultanan Melaka lagi. Perhubungan ini begitu erat melalui perdagangan dua hinggalah Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah (1456-1477).

Pada 1971 hubungan Malaysia-China telah di perbaharui dengan lawatan rasmi oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak dan menandakan dasar pintu terbuka China kepada Negara lain. Kerjasama ini ditambah eratkan melalui usaha yang dijalankan oleh Dato Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri ke-6. Hubungan erat ini lebih merujuk kepada pembangunan ekonomi dengan kerjasama kedua-dua pihak. Najib telah berjaya membawa balik perjanjian ekonomi dengan China yang bernilai raturan billion Ringgat pada Januari 2017.

Lawatan Tun Razak ke China 1971
Malang tidak berbau, kerajaan Barisan Nasional telah tumbang di dalam PRU14, sekali gus memusnahkan segala usaha yang dijalankan demi kepentingan ekonomi Negara termasuklah usaha menambahkan pendapatan Negara dan rakyat.

Kami baru-baru dimaklumkan bahawa ekoran dari kekangan persetujuan dan ketidak sefahaman di antara kerajaan Pakatan Harapan dengan China, maka Negara China telah menghentikan import terhadap keluaran Negara Malaysia iaitu Durian, Sarang Burung dan Minyak Sawit. Adakah benar maklumat ini?

China tidak lagi mahu import durian dari Malaysia
 Pemantauan yang dibuat oleh kami mendapati terdapat lambakan di merata tempat, buah durian. Ianya dijual dengan harga yang sangat murah. Musang King dijual dengan harga RM10/1kg manakala Udang Merah RM18/1kg. Apabila lanjutan siasatan, mendapati hasil pengeluaran durian ini sepatutnya di eksport ke China tetapi kali ini China tidak lagi mahu mengimport buah durian dari Negara kita. Apakah sebenarnya yang berlaku. Bagaimana kah usaha baru para petani yang mengambil keputusan mengubah hala tuju tanaman kepada tanaman durian yang akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 2 hingga 3 tahun dari sekarang? Siapakah yang mengalami kerugian besar ekoran “percakaran politik” yang sedang berlaku? Tidak dapat dinafikan bahawa Dato Seri Najib lah yang membuka laluan perniagaan durian untuk di eksport ke Negara China. Mungkin masa telah berlalu, mangsanya adalah rakyat.

Kami juga dimaklumkan bahawa China kini enggan lagi mengimport sarang burung dari Malaysia. Sebelum ini China pernah pada satu tempoh yang hampir 3 tahun menghentikan import sarang burung dari Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Ketika itu kerajaan Barisan Nasional menerima rungutan dari para pengusaha burung walit agar membantu dan membuka jalan semula agar China terus membuat pembelian sarang burung dari Malaysia. Manakala ketika itu China dibekalkan sarang burung dari Thailand. Atas sebab di atas Dato Seri Najib telah mengadakan lawatan ke China pada awal 2017 dan membuat perbincangan semula berkenaan eksport sarang burung Malaysia ke China. Hasilnya China menerima semula keluaran Negara iaitu sarang burung untuk di eksport ke China. Tetapi kini semuanya telah hancur, China kembali dengan keputusannya iaitu tidak mengimport sarang burung dari Malaysia selepas Pakatan Harapan mengambil alih kepimpinan Negara. Apakah yang akan berlaku kepada pengusaha burung walit yang telah pun membuat pinjaman wang dari institusi perbankkan? Bagaimana mereka mahu membuat pembayaran semula pinjaman? Bagi pengusaha yang tiada pinjaman, ke manakah pasaran sarang burung akan di tujukan? Kesimpulannya adalah, semuanya punah belaka.


Industri sawit pula sejak 10 hingga 15 tahun lalu mempunyai pelbagai cabaran. Harga turun naik adalah lumrah pengusaha sawit. Ianya berpunca dari permintaan yang tidak stabil dari seluruh dunia ekoran berita-berita palsu yang memburukkan minyak sawit oleh Australia dan Kesatuan Eropah. Melalui perjanjian perniagaan dan pembangunan ekonomi dua hala antara Malaysia dan China pada 2017 yang diusahakan oleh Dato Seri Najib, China telah membuat persetujuan untuk membuat pembelian minyak sawit bagi tempoh selama 30 tahun. Ia sudah tentu memberikan jaminan kepada industry sawit selama 30 tahun terutama demi menjaga kepentingan para petani dan peneroka FELDA. Sayangnya kini semua telah musnah. Harga sawit telah menjunam. Stok lebih melimpah ruah.

Apakah yang sedang dihadapi sebenarnya oleh rakyat Negara ini selepas peralihan kuasa kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan.


No comments:

Post a Comment