The Phantom of the Pakatan Opera
Terdapat banyak kekeliruan atas kebocoran surat kepada CIA kebetulan dihantar sebelum PRU 14 yang setengah orang mengatakan Najib seorang pengkhianat bekerja dengan CIA. Surat 3 muka surat ini sekarang tular di media sosial.
Setelah membaca keseluruhan surat, berikut adalah butir-butir untuk diambil perhatian:
1. Surat bertarikh 4hb Mei 2018. PRU-14 pada 9hb Mei. Ini hanya 5 hari sebelum pilihanraya. Adalah jelas surat ini tidak bukanlah tentang meminta CIA mencampuri dalam pilihanraya memandangkan masa tidak mencukupi.
2. Surat itu bermula dengan mengucap tahniah kepada Gina Haspel atas perlantikan sebagai pemangku pengarah CIA . Beliau akhirnya disahkan dan mengambil alih sebagai pengarah CIA pada 18hb Mei 2018. Ini menjelaskan tarikh surat itu secara kebetulanya hampir dengan PRU ke-14. Majoriti kandungan surat itu dilihat tentang mengemaskini pengarah yang baru itu atas situasi geo-politik Malaysia. Anda boleh anggap ini sebagai surat kemaskini kepada seorang yang telah dilantik sebagai ketua. Tarikh surat di hantar hanya kebetulan memandangkan Gina baru dilantik dalam lingkungan tarikh itu.
3. Surat itu juga menyatakan bahawa harapan agar CIA akan terus menyokong kerajaan BN seandainya memenangi PRU ke-14. Ia tidak sekali-kali meminta CIA untuk campurtangan dalam pilihanraya umum tetapi hanya untuk terus menjalin hubungan persahabatan dengan kerajaan BN Malaysia.
Sekiranya keputusan pilihanraya menjadi terlalu tipis namun kita jangkakan protes jalanan besar-besaran mempertikaikan keputusan. Kemungkinan ada kuasa asing mungkin mengambil kesempatan terhadap ini dan menghasut kekacauan dan mengugat kestabilan negara kita. Meminta sokongan CIA dalam kontek keputusan kemenangan pilihanraya yang tipis perlu dilihat sebagai langkah pre-emptif untuk menentukan CIA tidak campur tangan atau mengambil kesempatan does not intervene or take advantage should there be a disputed GE14 and street protests.
4. Kit Siang kata bahawa Najib sebagai PM yang paling tidak cekap kerana tidak menyedari bahawa surat kemaskini itu telah dihantar oleh satu agensi.
Surat itu bukan di atas kepala surat Kerajaan Malaysia. Kepala surat menggunakan kepala surat agensi. Ia bukan ditandatangani oleh Najib. Oleh itu bagaimana Najib terlibat dalam ini?
Terdapat berjuta penjawat awam dan beratus agensi. Sebagai satu peraturan, ahli politik tidak terlibat dalam perkara berkaitan dengan perisikan ketenteraan. Oleh yang demikian adalah tidak adil untuk mengharapkan Najib untuk tahu tentang setiap surat yang dihantar – terutama sekiranya surat dilihat hanya sebagai surat kemaskini.
Pada masa yang sama , adakah Lim Kit Siang pula mengatakan bahawa Mahathir juga PM yang tidak cekap sejak mula Mahathir mengatakan beliau tidak tahu bahawa BNM telah memperjudikan forex secara tidak sah untuk beberapa tahun dan kerugian RM32 bilion yang tidak mungkin dapat dikembalikan ? Mengapa sekarang Kit Siang sekarang membisu atas skandal Forex BNM Forex ? Malah beliau menulis buku tentangnya untuk menuduh Mahathir.
5. Memandangkan ia sepatutnya dianggap surat sulit di antara agensi perisikan antara dua negara, bagaimana surat berkenaan boleh bocor ? Satu portal berita melaporkan bahawa pegawai Mahathir mengesahkan surat itu adalah sah tulin. Tidakkah kerajaan kita perhatin bahawa surat berkenaan dibocorkan kepada media dengan andaian tujuan politik untuk terus menyerang Najib?
Tidakkah kerajaan kita melancarkan satu siasatan atas bagaimana surat itu dibocorkan disebalik menggalakkan kebocoran surat itu? Tidakkah rule of law perlu dipatuhi?
Najib tidak lagi sebagai PM dan BN telah kalah. Kita harus mempertanggung jawabkan kerajaan yang baharu kerana tidak mematuhi rule of law dan masih lagi bermain politik untuk menyerang Najib dengan sikap yang tidak bertanggung jawab membocorkan kommunikasi perisikan ketenteraan kepada media.
No comments:
Post a Comment