Friday, 27 July 2018

MALAYSIA ADALAH NEGARA MELAYU DAN TIDAK ADA KERAGUAN TENTANG ITU

Ulasan Artikel:


Hakikatnya, orang Melayu menghadapi masalah cuba meyakinkan orang Cina dan India untuk menyertai orang Melayu untuk berunding dengan pihak British. Dan ia mengambil masa melebihi sepuluh tahun sebelum orang Cina dan India akhirnya bersetuju — dan, malah ketika itu, setelah orang Melayu menawarkan mereka kerakyatan negara ini baharulah mereka bersetuju.


 Oleh itu, orang Melayu harus berbangga terhadap itu dan tidak perlu dimomok-momokan dengan dakwaan bahawa sekiranya kita bercakap tentang atau mempertahankan kepentingan Melayu dianggap rasis.


Akhirnya, janganlah kita bimbang, kerana itu merupakan muslihat serta dakyah mereka untuk menutup mulut orang Melayu, terutama generasi muda yang tidak memahami perlembagaan dan mempelajari sejarah. Sebagai seorang nasionalis tidak salah kita mempertahankan hak orang Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Hakikatnya, merekalah sebenarnya rasis kerana mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan. Adakah menghina Islam, YDP Agong, Bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu bukan menghina Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu pendakyah-pendakyah cauvanis termasuk segelintir kononnya Melayu liberal di minta memberi jawapan.


Artikel utama:


Akhir-akhir ini, perbahasan tertumpu ke atas sama ada Malaysia sebagai negara orang Melayu atau negara bukan orang Melayu. Terdapat sebahagian daripada mereka mencadang bahawa orang India datang ke Malaya pertama 2,500 tahun yang lalu dan orang Melayu ‘berhijrah’ ke Malaya selepas itu. Kemudian terdapat beberapa pihak cuba membuat ia kelihatan bahawa sesiapa yang memperjuangkan orang Melayu adalah rasis. Ini bermakna untuk membuat orang Melayu merasa malu apabila bercakap tentang kepentingan Melayu..

Orang Melayu tidak seharusnya berasa malu bercakap tentang atau mempertahankan kepentingan Melayu dan mahupun mereka harus merasa apologetik tentangnya. Bercakap tentang atau mempertahankan kepentingan Melayu tidak membuat anda seorang rasis di sebalik cadangan kaum Cina dan India. Nasionalisme tidak salah dan ia merupakan batu asas kepada pembinaan negara. Sekiranya anda tidak bangga terhadap bangsa kebangsaan anda, oleh itu apakah yang anda bangga?

Pihak British membentuk Malayan Union pada tahun 1946 dan orang Melayulah yang menentangnya sementara orang Cina dan India tidak kisah

Kita tidak perlu lupa bahawa orang Melayulah yang membentuk negara yang bernama Malaysia sekarang. Tanpa orang Melayu, Malaysia tidak akan wujud. Apabila pihak British cuba ‘menelannegara dengan membentuk Malayan Union pada tahun 1946, adalah orang Melayu yang bangkit dan keluar membantah di jalan raya menentang rancangan Malayan Union. Orang Cina dan India tidak berbuat apa-apa.
Pada tahun yang sama , 1946, orang Melayu membentuk sebuah parti politik dikenali UMNO. Tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menentang Malayan Union. Dua tahun kemudian, pihak British menggugurkan rancangan Malayan Union dan sebaliknya menubuhkan  Persekutuan Tanah Melayu.
Ya, disebabkan oleh orang Melayu Persekutuan Tanah Melayu telah diwujudkan.

Orang Melayu menentang Malayan Union dan pihak British menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu

Orang Melayu, melalui UMNO, kemudian merundingkan untuk kemerdekaan daripada  Britain. Orang Melayu UMNO menjemput orang Cina, yang mempunyai  MCA, dan orang India, yang mempuyai MIC, untuk bersama memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi MCA hanya berminat mengumpul dana untuk peperangan di negeri China antara puak nasionalis dan kommunis. Mereka tidak minat di dalam apa yang berlaku di Malaya dan sama ada Malaya dapat kemerdekaan atau kekal di bawah penjajahan British.
Sama juga dengan MIC. Orang India hanya mengambil berat terhadap negara India, bukan Malaya ketika itu. Hakikatnya, ketika itu tidak banyak orang India berminat terhadap kerakyatan Malaya. Motif mereka ialah mendapatkan wang yang mencukupi di Malaya dan kemudian balik ke India. Sikap yang sama oleh orang Cina — buat duit dan kemudian balik semula ke negara Cina setelah membuat duit yang mencukupi.
Oleh itu, orang Melayu, atau UMNO, bersendirian dalam memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya, orang Melayu menawarkan orang Cina dan India kerakyatan sekirannya mereka bersama orang Melayu atau UMNO menghadapi pihak British. Berdasarkan tawaran kerakyatan, orang Cina dan India bersetuju dan parti Perikatan  ( UMNO, MCA dan MIC) telah ditubuhkan.

Tanpa orang Melayu tidak akan ada Kemerdekaan sebab orang Cina dan India tidak berminat bersara di Malaya

Kesukaran yang di hadapi oleh orang Melayu atau UMNO bukan kerana masalah mendapatkan pihak British untuk bersetuju terhadap kemerdekaan Malaya. Kesukaran yang dihadapi ialah mendapatkan sokongan orang Cina dan India untuk berunding dengan pihak British tentang kemerdekaan Malaya. Orang Cina dan India tidak berminat. Mereka lebih suka di bawah pemerintahan penjajah British. Orang Melayu terpaksa menawarkan kerakyatan kepada orang Cina dan India membuat mereka bersetuju terhadap kemerdekaan Malaya.

Oleh itu, orang Melayu tidak perlu malu atau apologetik tentang memperjuangkan kepentingan Melayu. Pada tahun 1946 orang Melayu keluar di jalanan untuk mempertahan negara daripada dijajah. Di sebabkan oleh orang Melayu  Persekutuan Tanah Melayu telah terbentuk. Ketika itu tiada seorang panggil kita rasis. Orang Cina dan India tidak kisah apa yang berlaku terhadap Malaya.
Hakikatnya, orang Melayu menghadapi keadaan sukar untuk mempengaruhi serta meyakinkan orang Cina dan India agar bersama dengan orang Melayu merundingkan dengan pihak British. Dan ia mengambil masa melebihi sepuluh tahun sebelum orang Cina dan India akhirnya bersetuju — dan, malah itu pun , setelah orang Melayu menawarkan kerakyatan. Oleh itu, orang Melayu harus merasa bangga terhadap itu dan tidak dimomokkan dengan dakwaan bahawa sekiranya anda bercakap tentang atau mempertahankan kepentingan Melayu anda dianggap rasis.

It took more than ten years before the Chinese and Indians would support Merdeka

 

FOOTNOTE:

Malays(Orang Melayu, Jawi)are an Austronesian ethnic group that predominantly inhabit the Malay Peninsula, eastern Sumatra and coastal Borneo, as well as the smaller islands which lie between these locations — areas that are collectively known as the Malay world. These locations today are part of the modern nations of Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore, and southern Thailand.
There is considerable genetic, linguistic, cultural, and social diversity among the many Malay subgroups, mainly due to hundreds of years of immigration and assimilation of various regional ethnicity and tribes within Maritime Southeast Asia. Historically, the Malay population is descended primarily from the earlier Malayic-speaking Austronesians and Austroasiatic tribes who founded several ancient maritime trading states and kingdoms, notably Brunei, Kedah, Langkasuka, Gangga Negara, Chi Tu, Nakhon Si Thammarat, Pahang, Melayu and Srivijaya.


No comments:

Post a Comment