Tuesday 17 July 2018

SHUKRI, ZETI DAN THOMAS DICABAR SAMAN NGO SEKIRANYA SIASATAN RM2.6 BILION TERHADAP NAJIB BUKAN KONSPIRASI

Pergerakan Malaysiaku Tanahairku mendakwa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull terlibat dalam usaha memalsukan laporan siasatan RM2.6 bilion.


Ketuanya, Raggie Jessy bukan sahaja tidak gentar bahkan sedia bekerjasama membuktikan kenyataan Zeti menafikan tidak mengetahui dana itu bertentangan dengan laporan siasatan yang disediakan oleh Mohd. Shukri pada tahun 2015.


Raggie juga mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuka semula siasatan ke atas dana RM2.6 bilion yang disediakan Mohd. Shukri agar ia disiasat dengan cara yang telus.



PETALING JAYA: Sebuah NGO mencabar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Peguam Negara Tommy Thomas menyaman mereka dalam isu laporan siasatan RM2.6 billion.

NGO berkenaan, Pergerakan Malaysiaku Tanahairku mendakwa kedua-dua mereka terlibat dalam usaha memalsukan laporan siasatan RM2.6 bilion.

Ketuanya, Raggie Jessy bukan sahaja tidak gentar bahkan sedia bekerjasama membuktikan kenyataan Zeti menafikan tidak mengetahui dana itu bertentangan dengan laporan siasatan yang disediakan oleh Mohd. Shukri pada tahun 2015.

“Mereka (Zeti, Shukri) boleh menyaman saya kerana sidang media pada 21 Jun 2018 saya mengesyaki berlaku konspirasi.

“Kali ini saya mengatakan jelas nampak wujud satu konspirasi memandangkan cara siasatan ini dilakukan. Ia hak mereka untuk saman saya,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada 21 Jun 2018, Raggie yang juga pemilik laman sesawang Third Force mengesyaki wujudnya konspirasi antara Mohd. Shukri dan Zeti untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zeti dilaporkan dalam laporan siasatan SPRM RM2.6 bilion pada 2015 bahawa beliau mengetahui berkaitan dana berkenaan dan memberi cadangan supaya ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib selaku Ahli Parlimen Pekan.

Sehingga kini, hanya Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke SPRM untuk disoal siasat dan memberi keterangan berhubung dana berkenaan.

Raggie juga mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuka semula siasatan ke atas dana RM2.6 bilion yang disediakan Mohd. Shukri agar ia disiasat dengan cara yang telus.

“Kita meminta dan merayu agar kerajaan PH cuba telus, buat sesuatu dengan sempurna, buat dengan cara yang betul.

“Sekiranya mereka mengaku Shukri (memalsukan laporan) dan kerajan perlu turunkan dia sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM atau tarik daripada siasatan SPRM terhadap Najib.

“Kita boleh terima, kita bukan orang kejam, kita orang yang pemaaf, kita bukan nak hukum kerajaan PH,” katanya lagi.



No comments:

Post a Comment