Thursday 12 July 2018

MELAYU, ISLAM DAN RAJA RAJA MELAYU SEDANG DI BANGSATKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DI TANAH AIR KITA SENDIRI


ADAKAH UMAT ISLAM NEGARA INI MASIH BUTA DAN TIDAK NAMPAK BAHAWA AGAMA, BANGSA, TANAHAIR SERTA KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU SUDAH TERANCAM DENGAN PERLAKSANAAN MALAYSIAN MALAYSIA DAP?

Dulu, bila saya menyatakan jika BN gagal membentuk kerajaan, maka akan tergadailah agama Islam, Hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan negara serta Raja Melayu kerana, kerajaan baru yang bakal dibentuk adalah kerajaan yang dikuasai oleh DAP sepertimana di Perak tahun 2008. Ketika itu ramai yang tidak percaya, alasan yang mereka bagi, Agama Islam, hak istimewa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu dijamin oleh perlembagaan. Alasan mudah untuk menyokong hujah ini, DAP cuma boleh menang sekitar 42 kerusi sahaja, macamana nak memerintah.

Sekarang apa sudah jadi? Perdana Menteri kononya orang Melayu Islam yang dilantik hanya mempunyai 13 kerusi sahaja daripada keseluruhan kerusi Pakatan Harapan sebanyak 121 kerusi. Dari jumlah tersebut hanya 58 kerusi sahaja kerusi ahli parlimen Melayu Islam (PKR, PAN dan PPBM) dan 63 kerusi milik bukan Melayu (DAP dan PKR). Dengan ini jelas menunjukkan Perdana Menteri Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri boneka yang tidak ada kuasa penuh. Beliau boleh diarahkan oleh DAP bila-bila masa untuk membuat sesuatu walaupun ia menjejaskan kepentingan orang Melayu dan Islam. Sekira beliau enggan melaksanakannya, undi tidak percaya akan dikenakan terhadapnya, yang mana akan menjejaskan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Memang benar Agama Islam, hak itimewa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu dijamin oleh perlembagaan. Tetapi sekiranya ia dicabuli, tiada siapa boleh menghalangnya sepertiman yang sedang berlaku sekarang sepertimana yang akan diperjelaskan dalam artikel ini selanjutnya.

Sekarang, mereka tidak boleh meminda perlembagaan, kerana tidak memperolehi majoriti 2/3. Tetapi kita perlu ingat mereka sedang berkuasa sekarang. Sudah tentu mereka sekarang sedang mengukuhkan kuasa melalui pendekatan pengukuhan kuasa politik 3M, iaitu Media, Money dan Machinery. Sekarang mereka sudah menguasai media dan wang sebab mereka sebagai kerajaan yang memerintah, sudah tentu mereka mampu membentuk jentera yang kuat untuk mengahadapi PRU 15. Sekiranya mereka berjaya mencapai 2/3 pada PRU 15, 'naa huzubillah minzalik', untuk perlembagaan Malaysia di pinda dan bangsatlah bangsa Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu di tanah air sendiri ketika itu.

Namun hari ini, nasi sudah menjadi bubur. Apa yang kita risaukan sudahpun berlaku satu persatu dan harapan DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sudah semakin menampakkan kejayaan. Bermula dengan perlantikan Joseph Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Gobin Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, maka terkorbanlah dua kementerian yang begitu penting. Harapan untuk melihat kek kekayaan ekonomi diagihkan secara saksama, diagihkan lebih kepada yang susah (Melayu/India) berbanding dengan yang senang (DAP), musnah dengan penerapan nilai-nilai Malaysian Malaysia yang menekankan konsep sama rata yang bakal meluaskan kembali jurang ekuiti kaum peribumi dengan kaum Cina DAP. Bagaimana mungkin Melayu dan India membida dengan harga yang lebih rendah jika semuanya dilakukan secara tender terbuka, tatkala majoriti bekalan bahan mentah diperolehi dari kedai, “hardware”, kuari, kilang papan, lombong pasir, kilang simen dan sebagainya yang dikuasai pendokong Cina DAP?

Dulu, kita begitu menjaga Kementerian Komunikasi, kalau hendak letak Menteri Melayu disitu, kita akan pastikan individu terbabit berjiwa Melayu dan berpegang kepada Ajaran Islam. Malah kementerian ini boleh dianggap sebagai aset pertama yang akan ditawan oleh Komunis atau tentera musuh, bagi menguasai komunikasi dan stesen TV kita. Kini, malapetaka yang kita takut akan berlaku, sudahpun berlaku. Anak Karpal Singh, tokoh yang terkenal dengan kenyataan beliau “Langkah Mayat Saya Jika Mahu Menjadikan Negara Ini Negara Islam” sudah diangkat sebagai Menteri Komunikasi. Tiba-tiba sahaja drama-drama Cina sudah mula mengambil tempat di stesen TV dan Takbir Raya pula tidak lagi berkumandang seperti dulu. Usahlah kita sembang bab program agama Islam, sikit masa lagi dakwah agama Kristian pula mungkin menyusul dikaca TV sepertimana yang berlaku di Indonesia. Gobin sengaja diletakkan diposisi tersebut bagi membantu proses publisiti dan “brain washing” minda rakyat untuk meneriama konsep Malaysian Malaysia sedikit demi sedikit.

Seterusnya kita dikejutkan dengan tindakan Tun Mahathir yang memaksa DYMM Yang DiPertuan Agong melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Walaupun Baginda membantah, namun apabila UMAT ISLAM negara ini sebulat suara membantah di dalam hati sahaja, akhirnya Tuanku YDP Agong terpaksa akur dengan perintah Mahathir bahawa beliau hanya akan cadang 1 Nama yang wajib diterima oleh YDP Agong. Sekarang kita mempunyai bekas Peguam Chin Peng, Ketua Parti Komunis Melaya dan Peguam Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya sebagai Peguam Negara kita yang baru. Kini, orang Kristian mempunyai kuasa untuk menentukan kes mana yang perlu didakwa, kes mana yang perlu digugurkan serta Peguam Negara Kristian ini juga sudah kita berikan kuasa untuk menentukan samada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu boleh didakwa dalam Mahkamah Khas ataupun tidak. Maka, hampir pasti pertuduhan rasuah banglow dan terowong bawah laut Joseph Lim Guan Eng bakal digugurkan.

Namun semalam, setelah Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Mahkamah Rayuan didesak oleh bapa kepada Joseph Lim Guan Eng sebelum ini untuk meletakkan jawatan mereka, seorang lagi penganut Kristian telah diangkat keposisi penting iaitu Tan Sri Richard Malanjum yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru. Saya tidak mahu mengupas dakwaan sesetengah pihak bahawa, Tan Sri Richard Malanjum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dilahirkan Islam, iaitu anak Hj Mustafa Tiu, tanpa Richard perlu memeluk agama Islam. Malah isteri beliau pula didakwa telah murtad semasa berkahwin dengan beliau. Saya juga tidak mahu mengulas bagaimana perlantikan Richard ini digunakan oleh Tun Mahathir untuk menutup tindakan beliau menganaktirikan orang-orang Sabah dan Sarawak yang tidak dilantik kedalam kabinet barunya seramai Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah Dan Sarawak dizaman pemerintahan BN.

Namun, apa yang saya pasti, beliaulah Hakim yang telah mengundi untuk membenarkan Lina Joy murtad dan memeluk agama Kristian tahun 2007. Rochard juga merupakan salah seorang dari 3 hakim pada tahun 2015 yang telah mengundi untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald. Malah awal tahun ini, Tan Sri Richard Malanjum ini jugalah merupakan salah seorang dari hakim yang telah mengundi bagi membatalkan penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi yang telah memeluk agama Islam. Proses pengislaman ketiga-tiga anak Indera Gandhi diistihar sebagai tidak sah disisi undang-undang. Selain daripada itu, ketika Dato Seri Shafie Apdal berhujah bagi mengukuhkan hujah beliau sebagai kerajaan yang sah di Sabah, beliau juga telah mendapatkan nasihat daripada Tan Sri Richard Malanjum.

Sudahlah Peguam Negara juga Kristian, Menteri Agamapun datang dari puak liberal PAN, selepas ini pula bapa Joseph Lim Guan Eng akan diangkat sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kalau umat Islam masih BUTA dan tidak nampak kebinasaan kepada Agama Islam, Kepentingan Melayu, Tanahair dan Kedudukan Raja-Raja Melayu, tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan. Sampai bila kita hanya mahu menentang kebatilan dengan hati? Renungkan ayat sahabat saya dari Ipoh Timur ini :

Peguam Negara akan menggubal undang-undang Bar Council akan memberi sokongan
Menteri Kewangan... Memberi sokongan kewangan Menteri Komunikasi ... Memberi publisiti Menteri Agama ... Berdiam diri Speaker... Memberi laluan dalam Dewan Rakyat 
Ketua Hakim Negara ... Mengawal keputusan Mahkamah

Inilah akibat daripada sikap ingin mencuba sesuatu yang kita tidak pasti kesannya. Sungguhpun Perdana Menteri itu Melayu dan Beragama Islam, namun apabila pemimpin parti yang hanya mempunyai 13 kerusi diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau memerintah mengikut kehendak 42 orang MP DAP yang meletakkan pisau dilehernya. Sempena ulangtahun Tun Mahathir yang ke 93 ini, mari kita doakan semoga Allah swt memanjangkan usianya, memurahkan rezekinya dan membuka hatinya untuk kembali kejalan Allah. Moga beliau diberikan hidayah untuk menyatukan hati MP-MP Islam di Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan campuran baru yang bebas DAP demi menyelamatkan agama, bangsa, tanahair dan Raja-Rajq Melayu.

Sebagai tanda sokongan kepada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan membantah Pemerintahan DAP yang memperkudakan Tun Mahathir sebagai boneka mereka, Pemantau Malaysia Baru akan berkumpul di Parking Lot Bukit Aman jam 8.00 pagi 16hb Julai, 2018 ini sempena keberangkatan DYMM YDP Agong ke Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen. Kami akan mula berarak ke Parlimen jam 8.30 pagi. Semua rakyat Malaysia dijemput hadir dengan membawa pita pelekat dan tali. Kita tidak akan menjerit atau terpekik terlolong kali ini. Sebagai simbolik Hilangnya Hak YDP Agong untuk bersuara dan menjalankan tanggungjawab Baginda mempertahankan Islam dan Kepentingan Bangsa Melayu, kita akan berarak dengan mulut ditutup dengan pita pelekat dan tangan diikat. Marilah kita hadir menyatakan sokongan kita ke Bawah Duli Tuanku. DAULAT TUANKU! HIDUP MELAYU!

No comments:

Post a Comment