Monday 2 July 2018

KOMITMEN SERTA KEIKHLASAN CALON PRESIDEN UMNO YANG TEWAS BOLEH DIPERSOALKAN.


Pra Pemilihan Presiden UMNO telah menyaksikan pelbagai aku janji atau manifesto di buat oleh ketiga-tiga calon Presiden iaitu Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Khairy jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Hampir semua calon telah menjanjikan untuk memulikan semula reputasi UMNO, merubahnya serta mengukuhkannya untuk menjadikan UMNO sebuah parti pembangkang yang berkesan. Ada calon yang menzahirkan bahawa pemilihan ini merupakan satu persaingan dalam keluarga dan calon yang tewas tetap akan bersama UMNO dan diberi peranan tertentu demi soldariti UMNO.

Aku janji itu telah menyakinkan serta memberi semangat kepada banyak pihak bahawa UMNO sedang menuju ke arah perubahan yang lebih positif.

Tetapi keyakinan itu telah menjadi anti-climax setelah keputusan pemilihan diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Di mana dalam keputusan tersebut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden dengan 39,197 undi daripada 99 Bahagian, manakala Khairy Jamaluddin memperolehi 32,592 undi daripada 61 Bahagian dan Tengku Razaleigh Hamzah memperolehi 20,462 undi daripada 30 Bahagian.

Malangnya setelah keputusan diumumkan kedu-dua calon yang tewas itu, iaitu Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah telah memberi reaksi dalam satu kenyataan yang tidak wajar yang menggambarkan kekecewaan mereka terhadap keputusan tersebut.

Khairy Jamaluddin menerusi Twitter menyatakan bahaw “majoriti ahli mahu berubah tetapi cuma sistem undi bahagian menyebelahi warlords (Ketua Bahagian) yang mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka. Ramai diarah,diugut, dipaksa untuk ikut pilihan warlords”.

Begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah seperti yang dilaporkan Berita Harian mendakwa “beliau mendapat khabar bahawa dalam pemilihan kali ini banyak wang telah digunakan.

Seterusnya beliau berkata, “Kalau benar ia berlaku, dukacitalah kerana masa depan pemimpin parti ini akan bergantung kepada duit juga.

Akhir sekali beliau berkata bahawa, “Pengaruh duit yang seharusnya dihapuskan sudah bermaharajalela semula dalam politik tanah air”.

Dalam pentas demokrasi memang tidak salah beliau mendedahkan sebarang penyelewengan atau salah laku dalam sistem pemilihan seperti mana yang mereka didakwa. Tetapi ia harus bertempat seandainya mereka benar-benar iklas untuk memulihkan semula UMNO.

Sebagaiman yang disepakati oleh calon-calon tersebut sebelum ini bahawa pemilihan ini merupakan satu persaingan dalam semangat kekeluargaan. Tetapi mengapa ia harus di war-war kepada khalayak ramai melalui media. Mengapa ia tidak dilaporkan serta dibincangkan untuk diambil tindakan serta diperbaiki oleh kepimpinan tertinggi parti once for all dalam semangat kekeluargaan.
Untuk apa ia di war-warkan sekarang menjadi satu tanda tanya. Ini memandangkan pemilihan sudah pun berakhir dan sudah pun ditentukan oleh perwakilan.

 Adakah ia merupakan sabotaj untuk pemulihan UMNO?

Kadang-kadang kita harus berhati-hati kerana matlamat kepimpinan UMNO yang ada sekarang ialah untuk berusaha memulihkan reputasi imej UMNO yang sudah tercalar kesan daripada PRU 14. Dengan pendedahan yang tidak wajar di khalayak atau melalui media akan mewujudka persepsi negatif di kalangan rakyat.

Oleh itu sekiranya kita betul-betul ikhlas dan ingin memulihkan UMNO, kuranglah bercakap tentang kejelikan parti sendiri di khalayak atau media, walaupun berniat baik kerana ia tidak membantu parti untuk dipulihkan, serta proses seterusnya untuk dikukuhkan. Yang pentingnya kepimpinan tertinggi harus proaktif untuk mengenal pasti kejelikan yang ada untuk diperbetulkan serta dijadikan satu dasar tetap parti untuk jangka panjang.











No comments:

Post a Comment