Wednesday 11 July 2018

OMONG-OMONG KOSONG MAHATHIR BAHAWA PPBM AKAN MENJADI PARTI PELINDUNG ORANG MELAYU HANYA UNTUK MENIPU MEREKA.


Fitnah, pembohongan dan penipuan tidak dapat dipisahkan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa boleh buat kerana beliau telah dilahirkan sedemikian.

Kerajaan Pakatan Harapan yang terbentuk sekarang ialah sebuah kerajaan yang didirikan hasil daripada fitnah, pembohongan dan penipuan terhap majoriti rakyat yang terlalu lurus (innocent) menilai keadaan politik sebenar negara. Ini termasuk beberapa janji-janji manis yang dibuat kepada rakyat, yang masih lagi gagal ditunaikan sehingga sekarang. Kesimpulannya kerajaan Pakatan Harapan yang ditegakkan sekarang walaupun melalui pilihan raya, namun ia tidak dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip demokrasi. Persoalan sekarang, adakah fitnah, pembohongan dan penipuan fakta kepada pengundi-pengundi atau pun rakyat  merupakan satu prinsip dalam demokrasi?

Masakan sebuah gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan, yang tidak ada rekod cemerlang, malah dua komponen gabungan parti tersebut yang memerintah Pulau Pinang(DAP) dan Selangor (PKR) yang bergelumang dengan masalah kelemahan pentadbiran, rasuah dan salah guna kuasa mampu disokong rakyat untuk memenangi PRU 14 (walaupun tidak begitu cemerlang dengan hanya mendapat majoriti mudah diparlimen dan dua kerajaan negeri sukar membentuk kerajaan) jikalau ia tidak melibatkan fitnah, pembohongan dan penipuan dengan agenda tersirat untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta memantau Islam yang didalangan DAP. Mahathir adalah merupakan alat DAP yang telah berjaya melaksanakan agenda DAP itu.

Berbalik semula kita kepada perkara tajuk tentang kenyataan Tun Mahathir bahawa “PPBM AKAN MENJADI PARTI PELINDUNG ORANG MELAYU”.

Sebenarnya kenyataan beliau itu hanya untuk mempengaruhi UMNO atau Melayu agar menyertai PPBM. Dengan kedudukan PPBM yang begitu lemah sekali dalam Pakatan Harapan yang hanya mempunyai 13 kerusi berbanding PKR 47 kerusi dan DAP 42 kerusi beliau merasai kuasanya amat terhad sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dengan kata mudah Mahathir memerlukan 67 kerusi untuk mengukuhkan cengkamannya dalam Pakatan Harapan dengan menambah 54 kerusi Melayu daripada UMNO. Adakah pengukuhan kuasa ini untuk bangsa Melayu? Tidak, pengukuhan ini bukan untuk bangsa Melayu, pengukuhan ini adalah untuk melindungi dirinya, anak-anaknya dan kroni-kroninya yang terpalit dengan jenayah lampau yang dilakukan semasa 22 tahun menjadi diktator, yang masih belum diadili oleh pihak berkuasa.

Namun UMNO tidak begitu bodoh untuk mempercayai bulat-bulat kenyataan beliau yang meragukan berdasarkan trek rekod lampau beliau semasa menjadi Perdana Menteri ke Empat selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. Begitu juga trek rekod semasa beliau yang tidak sampai 100 hari menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Berasakan trek rekod beliau, masakan ketika beliau menjadi PM ke 4 ketika BN menguasai 2/3 majoriti, beliau masih gagal menjuarai serta melindungi kepentingan orang Melayu, ini pula sekarang, sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan yang hanya menguasi 13 kerusi partinya PPBM. Di samping itu juga, Pakatan Harapan pada keseluruhannya hanya mempunyai 58 Ahli Parlimen Melayu dan 63 Ahli Parlimen bukan Melayu daripada jumlah 121 Ahli Parlimen. Dengan jumlah itu, mampukah Mahathir menjuarai serta melindungi kepentingan orang Melayu?

Berbalik semula kepada trek rekod Tun Mahathir ketika menjadai PM ke 4. Pada permulan beliau mengambil tugas PM ke 4 daripada Tun Hussein Onn, banyak pihak termasuk kaum bukan Melayu menganggap beliau sebagai ‘Ultra Malay’ atau “Melayu Ultra’. Ini kesan daripada kritikan beliau terhadap sikap perkauman kaum Cina dalam bukunya yang bertajuk ‘The Malay Delima’ yang ditulis selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Buku itu juga banyak megkritik Tengku Abdul Rahamn, Perdana Menteri Pertama kononnya meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi dan hanya lebih melayan kaum China.

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada pada 2hb September 1998, barulah terbongkar siapa sebenarnya Tun Mahathir. Anggapan banyak pihak bahawa beliau merupakan ‘Ultra Malaya’ adalah jauh meleset. Yang sebenar Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO ketika itu ialah seorang opportunis. Dengan sokongan padu yang diperolehi daripada kepimpinan UMNO ketika itu beliau telah telah mengambil kesempatan menyalahguna kuasa dengan mengamalkan korupsi, kapitalisme kronisme dan nepotisme. Sebenarnya pemecatan DSAI ialah kerana pendedahan ini, tetapi beliau telah didakwa mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

Kebangkitan rakyat yang dikenali ‘Gerakan Reformasi’ di bawah pimpinan DSAI telah diwujudkan setelah beliau dipecat. Setelah menerima tekanan daripada gerakan ini selama 5 tahun atas isu korupsi, kapitalisme kronisme dan nepotisme, akhirnya Tun Mahthir menamatkan perkidmatannya pada 31 Oktober 2003 dengan sukarela.

Kesan daripada amalan beliau itu (korupsi, kapatalisme kronisme dan nepotisme) telah memberi kesan kepada ekuiti korporat penyertaan Bumiputra dalam perniagaan setelah beliau meletak jawatan. Semasa belia mula mejawat jawatan PM ke 4 pada 1981 ekuiti Bumiputra keusahawanan ialah 3% dan sepatutnya meningkat maxima 30% setelah 22 tahun beliau berkuasa. Namun ia tidak berlaku, malah menurun ke 2%. Tetapi Mahathir telah membohongi orang Melayu dengan mengatakan bahawa penyertaan ekuiti Bumiputra meningkath 20%. Daripada penyelidikan oleh pakar ekonomi memang benar kedudukan ekuiti Bumiputra ialah 2% ketika itu, tetapi Mahathir telah memutarbelit serta mengelirukan orang Melayu dengan mencampurkan 18% ekuiti Bumiputra dalam syarikat milik kerajaan (GLC). Pemilikan ekuiti syarikat secara individu oleh syarikt Bumiputra ketika itu sebenarnya ialah 2%.  

Mengapa ini boleh berlaku?‘Konsep Payung’ yang diperkenalkan oleh Mahathir merupakan salah satu sebab yang menyebabkan ekuiti ekonomi Bumiputra meredum ke 2%. Dalam konsep ini Mahathir kononnya ingin merperkayakan sepuluh juta Melayu dengan melantik 100 orang usahawan Melayu. Tetapi realitinya dalam ‘Konsep Payung’, 100 Melayu merupakan proksi atau kroni Mahathir yang bertindak sebagai pemegang amanahnya, tetapi menggunakan DEB sebagai alasan untuk menyamar (camouflage) tentang salah laku yang beliau lakukan. Akhirnya konsep itu gagal setelah beliau gagal memperkayakan sepuluh juta Melayu. Ini merupakan satu pengkhianatan Mahathir terhadap DEB untuk orang Melayu..

Satu lagi contoh bagaimana Mahathir memindahkan kekayaan kepada dirinya adalah melalui program penswastaan atau privatization, dimana dalam tahun 1980 ‘privatization’ lebih dikenali sebagai ‘piratization’ oleh pihak yang anti Mahathir. ‘Piratization’ bermaksud pelanunan daripada perkataan ‘pirate’ atau ‘lanun’. Ada yang menyebut ‘Pelanunan harta negara’. Menurut penulis buku bekas wartawan Wall Street Journal (WSJ) Barry Wain seorang warga Australia dalam bukunya bertajuk, “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Tribulent Times’, di bawah nama penswastaan, anggaran RM 100 bilion telah dipindahkan daripada akaun awam ke dalam poket peribadi kroni Mahathir.

Mahathir telah memusnahkan legasi Tun Razak Perdana Menteri ke 2 Malaysia. Beliau telah memperalatkan DEB dan menyalahgunakannya sebagai penyamaran untuk memperkayakan yang beliau dakwa ‘100 orang Melayu’ yang terpilih yang akan dijadikan bilionair untuk bertindak sebagai ‘payung’ kepada sepuluh juta Melayu. Tun Razak percaya dalam pengagihan kekayaan yang adil, bagimana pun Mahathir percaya dalam memusatkan kekayaan. Beliau tidak boleh menjadikan sepuluh juta Melayu sebagai jutawan, oleh itu beliau telah berjaya jadikan 100 Melayu sebagai super-bilionair pemegang amanah (trustee) beliau.

Tiada seorang warga Malaysia sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak akan mengisytiharkan bahawa DEB telah gagal. Tidak ada sebarang kekeliruan terhadap kegagalan DEB, tetapi banyak orang tidak tahu sebenarnya sebab kegagalannya dan mereka mengatakan Melayu bodoh untuk berjaya. Apa yang mereka enggan untuk terima ialah disebabkan oleh seorang individu yang tamak, yang bernama Mahathir Mohamad. Beliaulah pengkhianat DEB untuk orang Melayu.

Mahathir diibaratkan sebagai seekor harimau. Orang kata ‘harimau mati meninggalkan belang’, begitu juga Mahathir sikapnya masih tidak berubah. Yang berubah hanyalah umurnya dan wajah mukanya. Pandangan negatif orang ramai terutama orang Melayu terhadap beliau masih sama.

Tidak sampai 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan  beliau serta partinya PPBM telah banyak mengguriskan hati serta perasaan orang Melayu.

Berdasarkan beberapa kenyataan, tindakan serta polisi baharu, PPBM tidak sedar apa yang dilakukan sejak penubuhannya dan sebaik mengambil alih kerajaan telah meletakkan kedudukan Islam, Melayu dan bumiputera menjadi semakin terhakis serta terancam.

Merujuk kepada beberapa perkara, adalah dilihat PPBM tidak mampu menggantikan peranan UMNO.

Antaranya, barisan Kabinet Pakatan Harapan yang dilantik oleh Dr. Mahathir, misalnya Menteri Pendidikan yang memberikan kuota kepada 1,000 pelajar Cina untuk program Matrikulasi dan difahamkan akan mengikhtiraf Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC).

Bukankah ini bukti bahawa PPBM tidak mampu mempertahankan hak Melayu dan bumiputera? Ini perkara penting kerana pendidikan akan mencorakkan masa depan negara terutama orang Melayu.

Sepertimana yang kita tahu, empat perkara utama yang menjadi perjuangan orang Melayu dan bumiputera sejak dahulu dipertahan dan diperkukuhkan oleh UMNO ternyata tidak mampu dipertahankan oleh PPBM.

Agama Islam sebagai agama Persekutuan nampaknya di bawah kerajaan Pakatan Harapan sukar dijamin kerana awal-awal kerajaan baharu itu telah mula mempersoalkan kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Malah, beberapa keputusan mahkamah umpamanya berkaitan tuntutan jemaah Ahmadiyah nampak jelas Islam tergugat di bawah PPBM dan lebih merisaukan apabila lantikan Menteri Di Jabatan Perdana (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa sangat liberal pendiriannya.

Ini dibuktikan apabila kenyataannya mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara langsung menampakkan Islam tergugat di bawah PPBM. Pendiriannya jelas mengundang amalan tidak sesuai dengan Islam secara berleluasa di negara ini.

Kami percaya, ekonomi Melayu dan bumiputra akan terhakis di bawah Pakatan Harapan.

Ini kerana, PPBM di bawah Dr Mahathir tiada keupayaan menyekat kehendak DAP yang membawa konsep kesamarataan malah sikap dan pendekatan Perdana Menteri itu yang mengamalkan kronisme, jelas akan meminggirkan Melayu dan bumiputera.

Kami yakin orang Melayu akan dinafikan dalam banyak perkara termasuk dalam bidang ekonomi apabila Kementerian Kewangan di dominasi oleh DAP.

Seterusnya, apabila Menteri Kewangan dari DAP yang anti Melayu mengutamakan bahasa Mandarin, Dr Mahathir mempertahankan beliau dengan cuma anggap itu satu kesilapan kecil. Apabila Peguam Negara bekas Peguambela ketua kominis Chin Peng tidak boleh berbahasa Melayu dan minta prosiding mahkamah diteruskan dalam bahasa Inggeris, isu ini langsung tiada komen daripada Perdana Menteri.

Jika perkara semudah bahasa kebangsaan gagal dipertahankan sebagai bahasa rasmi kerajaan, sejauh mana harapan orang Melayu boleh diletakkan di atas bahu PPBM?

Memang UMNO ada kelemahan, ada ahlinya yang tidak layak memimpin dan memerlukan perubahan. Tetapi selemah mana sekalipun UMNO, bahasa Melayu tetap digunakan sepenuhnya oleh kerajaan dan semua parti komponen dalam BN.

UMNO masih lagi parti yang dihormati dan dimuliakan. Ini jelas daripada bilangan pengundi Melayu yang majoritinya menyokong UMNO (54 kerusi), diikuti PAS (18 kerusi) dan hanya beberapa kerat sahaja menyokon PPBM (13 kerusi) dan parti komponen Pakatan Harapan.

Orang Melayu berasa tidak selamat bukan kerana UMNO hilang kuasa, sebaliknya bimbang PPBM akan membawa bencana kepada orang Melayu kerana sanggup bersekongkol dengan DAP parti cauvanis serta rasis Cina yang anti Melayu dan Islam.

Oleh itu, jangan salah faham perjuangan Melayu dengan mempertahankan UMNO. Yang tewas itu parti parti politik, orang Melayu belum tewas dan tidak sesekali akan benarkan nasib anak cucu kami serupa dengan rakyat Palastine yang ditindas oleh regime Zionis Israel.

Akhir sekali kami harap rakyat terutama orang Melayu tidak termakan dengan ‘omong kosong’ Dr. Mahathir kerana apa yang beliau katakan itu tidak selari dengan tindakan serta perbuatanya.





No comments:

Post a Comment