Tuesday 10 July 2018

BUKANKAH PH SUDAH MEMENANGI PILIHANRAYA DAN BERJAYA ‘MENYELAMATKAN’ MALAYSIA?


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan dalam tv dan media yang 70% harga barang semua dah turun selepas mansuh GST.

Tapi, dalam diam, harga susu tepung naik.

Seorang pengadu mengadu harga susu tepung yang selalu dibelinya tiap-tiap bulan telah naik harganya sebanyak RM7 pada hari ini.

Seorang pegawai di KPDNKK ketika dihubungi berkata kenaikan harga susu tepung ini tidak dapat dikawal kerana kebanyakkan susu adalah diimport.

Menurutnya, oleh kerana nilai ringgit yang semakin teruk, ia mengakibatkan peningkatan kos dan juga cukai import. Oleh itu kos-kos serta kenaikan harga ini perlu dibayar oleh pengguna.

Oleh itu penurunan nilai ringgit yang semakin teruk, salah siapa? Adakah salah rakyat? Bukankah penurunan harga pasaran saham dan nilai ringgit kesan daripada kenyataan mulut busuk Menteri Kewangan PH bekas banduan dan perasuah sedang dalam perbicaraan. Di mana selepas kenyataan beliau berduyun-duyun  pelabur-pelabur asing meninggalkan pasaran Malaysia yang membuat harga saham meredum buat berberapa hari. Dalam tempoh kurang 50 hari pasaran saham kerugian RM200 bilion dan sukar untuk pulih semula.

RUMUSANNYA, RAKYAT TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN PH.

Semalam, ketika Perdana Menteri ditemubual sebuah akbar dari Hong Kong, beliau menegur rakyat Malaysia supaya jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan.

Jikalau rakyat tidak boleh terlalu bergantung kepada kerajaan PH, mengapa dahulu sebelum pilihan raya membuat bermacam-macam janji-janji manis bahawa kerajaan PH akan membela rakyat?

Menurutnya, budaya memberi wang dan bantuan seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tidak akan diteruskan oleh kerajaan PH. Oleh yang demikian mengapa beliau tidak memberitahu rakyat perkara ini di dalam manifesto PH sebelum PRU 14.

Mahathir berhujah bahawa kerajaan BN menggunakan ‘wang haram’ dari 1MDB untuk memberi segala bantuan dan wang kepada rakyat.

Dari sini, jelas dilihat bahawa kerajaan PH sepakat mengalih perhatian dari harga barang yang meningkat dengan hanya mengipas api kemarahan rakyat menerusi penipuan-penipuan yang tidak masuk akal.

Persoalannya, apakah kena-mengenanya 1MDB dengan situasi ekonomi semasa?

Bukankan PH sudah memenangi pilihanraya dan berjaya ‘menyelamatkan’ Malaysia?

So why this 1MDB nonsense over and over again? Bukankah 1MDB merupakan satu fitnah yang dicipta oleh Tun Mahathir untuk memenangi PRU 14. Sekiranya benar apa yang beliau fitnahkan bahawa kononnya Datuk Seri Najib curi RM2.6 bilion daripada 1MDB, mengapa Najib tidak didakwa dimahkamah terhadap kes itu? Mengapa beliau hanya didakwa atas kes syarikat SRC International, yang kertas siasatannya masih dilengkapkan? Yang anihnya mengapa Najib boleh ditahan dan didakwa wal hal kertas siasatan belum dikengkapkan.

Hakikatnya sekarang, Malaysia sedang menuju ke arah ‘negara gagal’ kerana mengangkat bekas pemimpin yang korup selama 22 sebagai Perdana Menteri. Banyak kes lampau beliau tidak dapat disiasat dan diadili sebab beliau ditampuk kuasa sekarang dan tiada siapa berani menyiasat sehingga sekira beliau berjaya dijatuhkan.

No comments:

Post a Comment