Tuesday 17 July 2018

UMNO BERI POLIS 7 HARI UNTUK MEMBERI MAKLUMAT WANG TUNAI YANG DIRAMPAS, MENURUT PERLEMBAGAAN PARTI MEMBENARKAN PRESIDEN PARTI UNTUK MENCARI DAN MENGURUS DANA

Peguam Umno telah beri pihak polis tujuh hari untuk menyediakan dokumen dan maklumat yang berkaitan tentang wang tunai berjumlah  RM116.7juta yang dirampas di Pavilion Residences.


Pada hari Rabu, ketua unit undang-undang Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Scivetti & Associates, bersama-sama sepasukan peguam yang diketuai oleh Datuk Hariharan Tara Singh, telah dilantik untuk menuntut wang tunai yang dirampas, yang didakwa oleh UMNO merupakan dana politik.


Menurut maklumat daripada parti, perlembagaan parti itu membenarkan presidennya untuk mencari dan menguruskan dana parti, termasuk untuk keperluan pilihanraya umum. 


Selain itu difahamkan bahawa semasa rampasan dibuat tiada sebarang bukti serah menyerah seperti resit atau lain-lain dokumen yang relevan antara pihak polis dan penghuni tempat kediaman. Oleh itu macam mana polis boleh mengesahkan bahawa wang tunai berjumlah RM 116.7 juta itu milik Najib? Pada hal Najib tidak membuat sebarang pengesahan bahawa wang itu milik beliau, walaupun seandainya tempat kediaman itu milik beliau sekalipun.


Dengan operasi rampasan yang kelam kabut yang tidak berasaskan SOP itu, banyak pihak mulai mempertikaikan peranan polis. Di sebalik melindung rakyat daripada penjenayah, mereka telah memberi keutamaan dengan menghabiskan masa, usaha dan tenaga untuk melunaskan dendam kesumat penguasa yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.



PETALING JAYA: Umno’s lawyers have given seven days to the police to provide relevant documents and information regarding the RM116.7mil cash that it seized from Pavilion Residences, Kuala Lumpur, during investigations into 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

The lawyers issued a letter to the police requesting the information, and said in a statement that the cops are given seven days to comply.

“Our client reiterates that a substantial portion of the money seized belongs to Umno and has no relationship whatsoever with the case of 1MDB or SRC,” the statement read.

On Wednesday, the head of Umno’s legal unit, Datuk Seri Azalina Othman Said, said Scivetti & Associates, along with a team of lawyers led by Datuk Hariharan Tara Singh, had been appointed to claim the seized cash, which Umno claims is its political fund.

Police seized the cash during its raids at Pavilion Residences condos which were linked to former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak, as part of investigations into 1MDB.

After the discovery of the money there, Umno claimed that it belonged to the party.

It had claimed that the party constitution allowed for its president to source and manage party funds, including for the general elections.

Source: The Star Online

No comments:

Post a Comment