Saturday, 28 July 2018

DECLARASI RAKYAT AKAN DILANCARKAN PADA AHAD 28 JULAI 2018





Saudara Saudari pembaca,

Telah melebihi 70 hari sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

Hari demi hari, menjadi jelas dan lebih jelas bahawa pakatan itu tidak nampak untuk menunaikan manifesto pilihan raya mereka. Fahaman yang Dr Mahathir Mohamad “menjanjikan syurga untuk selamatkan Malaysia” dengan cepatnya beransur pudar kepada memori yang kabur dan sekarang ini dijauhi oleh rakyat Malaysia yang berfikiran waras. Orang di tepi jalan tidak lagi melihat beliau sebagai penyelamat daripada bencana dan menyedari bahawa rakyat dibeli dengan janji-janji palsu dan beribu perkataan yang tidak ada makna.

Malah pejawat awam terus merintih.

Hari ini, kita melihat menteri mengumumkan angka palsu yang bercanggah dengan apa yang ditemui oleh instusi penarapan yang amat dihormati dunia. Menteri ini berkeras kononnya hutang negara melebihi RM1 trilion di bawah pentadbiran  Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tetapi pengiraan rasmi telah memberi angka yang berlainan sekiranya sesiapa cuba untuk membuat matematik. Angka ini memberitahu anda bahawa kerajaan sekarang bertekad untuk memusnahkan Najib serta menjustifikasikan keperluan untuk merubah dasar beliau.

Dan perubahan dasar beliau telah dilakukan.

Dengan bantuan kumpulan orang utama (Council Eminent Persons)yang tidak lantik melalui pilihan raya serta rendah martabatnya, Mahathir telah mewujudkan konflik terhadap DAP dengan tidak diketahui umum tercetusnya perbalahan dalaman Pakatan Harapan. Langkah ini memang disengajakan untuk membuat gabungan itu sibuk dengan hal dalaman dan tidak sedar apa yang berlaku terhadap Mahathir dan orang utama sedang merancang skim pengkayaan diri bernilai berbilion ringgit. Rakyat luar di sana di beri tanggapan bahawa pentadbiran kerajaan pusat mengambil masa untuk berubah kononnya dipenuhi dengan pegawai yang korup. (Sila rujuk kepada kenyataan Mahathir semasa wawancara dengan CNN pada 26 Julai 2018). Tetapi pada masa yang sama, Mahathir dan orang utama (CEP) sedang merunding semula projek ECRL dengan negara China untuk meraih habuan tanpa sebarang modal malah di atas angin.

Dan siapa yang membayar harganya itu?

Mengapa, andalah membayar harganya, sudah tentu.

Untuk rundingan semula berlaku, Mahathir secara sengaja mengumumkan angka hutang negara palsu untuk merugikan saham pelabur dalam saham mereka di dalam syarikat milik kerajaan (GLC). Langkah itu memberi peluang kepada kroni-kroni Mahathir membeli saham yang teramat murah dalam syarikat milik kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji, PNB, LTAT dan banyak lagi. Sementara wang rakyat yang dilabur atau disimpan dalam syarikat-syarikat berkenaan mengalami kerugian atas sentimen negatif akibat pengumuman angka hutang negara yang palsu. Semua kroni Mahathir menikmati masa berpesta membincangkan keuntungan bakal diterima sementara rakyat menderita atas kerugian yang dialami serta ketidak puasan hati mereka terhadap kerosakan teruk ekonomi negara.

Cukup, cukuplah Mahathir mempermainkan rakyat.

Pada hari Ahad Julai 29, 2018, Pergerakan Malaysiaku Tanahairku akan melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’ untuk mempersembahkan kepada rakyat Malaysia peluang untuk menyuarakan pendapat mereka secara objektif. Deklarasi ini adalah lanjutan daripada terma-terma yang dibincangkan semasa perhimpunan di adakan di Petaling Jaya semalam membincangkan keadaan semasa tentang perkara yang menyusahkan negara dan ekonominya (lihat video di bawah petikan pengumuman-perbincangan). Diharapkan bahawa deklarasi akan disertai sebanyak mungkin rakyat dan menjadi sebagai  vox populike atas pentadbiran Malaysia. 


Lakukanlah sebab anda percayakan Malaysia. Lakukanlah sebab anda percayakan diri anda. Tetapi yang lebih penting, lakukanlah sebab anda percaya yang keperluan ramai pihak untuk memberi tekanan kepada keperluan segelintir pihak dan bahawa kerajaan hari ini harus sentiasa dipertanggungjawab atas tindakan mereka tidak kira seolah-olah bagaimana penting atau tidak penting tindakan tersebut.

Salam hormat,

Raggie Jessy


No comments:

Post a Comment