Sunday 19 November 2017

AKHBAR ‘SELANGORKINI’ DIEDAR PERCUMA, TETAPI KURANG DILANGGAN RAKYAT, KERANA DIANGGAP AKHBAR SAMPAH

Inilah yang dikatakan akhbar sampah
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali begitu ghairah mentohmah akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai tiada nilai dan mempolitikkan kemerosotan edarannya.

'Selangorkini' hanya mendewa-dewa kerajaan
pimpinan pemimpin ini.
Kami sebagai rakyat Selangor sekadar senyum. Itu memang strategi Azmin bagi mewajarkan keputusan kerajaan negeri Selangor pimpinannya menghentikan langganan kedua-dua akhbar tersebut di jabatan, agensi dan anak-anak syarikatnya.

Rakaman ucapan Azmin di Dewan Undangan Negeri yang menyerang Utusan Malaysia dan Berita Harian ditularkan oleh tentera siber beliau dengan menggunakan kata kesat seperti melabelkan akhbar tersebut sebagai sampah.

Azmin terdesak berbuat demikian kerana beliau sedar pengaharaman yang dibuatnya dibantah dalam diam oleh ramai penjawat awam di Selangor dan dilihat tindakan jelek. Hakikatnya Azmin kurang cerdik dan tidak yakin dalam mengurus keterbukaan selain makin tertekan menjelang PRU-14.

Beliau buta kepada reliti industri media cetak di seluruh dunia yang sekarang mengalami kemerosotan edaran disebabkan asakan media digital, maka ia bukan soal Utusan Malaysia dan Berita Harian semata-mata.Semua akhbar termasuklah akhbar yang Pakatan Harapan gemari turut alami kejatuhan.

Namun jangan lupa versi online Utusan Malaysia dan Berita Harian melonjak menyaksikan jumlah pembaca yang jauh lebih besar daripada saiz pembaca sebelum ini. Kandungan versi akhbar itu sendiri ada dalam versi digital yang mana boleh di layari oleh penjawat-penjawat awam yang dinafikan untuk membaca kedua-dua akhbar tersebut. Sekatan yang dibuat oleh Azmin adalah sia-sia, tidak memberi sebarang kesan malah ia telah mendedahkan lagi banyak kelemahan terhadap kerajaan yang beliau pimpin.

Dalam hubungan ini, kami suka menarik perhatian kepada akhbar kerajaan negeri iaitu Selangorkini adik beradik Malaysiakini (akhbar putar belit dan , pemfitnah) tajaan Zionis, yang melambak gambar yang mendewa-dewakan Azmin dan sarat dengan pembohongan terhadap realiti sebenar kerajaan Selangor yang dipimpin.

Walaupun diedarkan percuma, ia kurang laku. Ramai yang meluat serta jijik membaca akhbar itu menjadikan ia suatu pembaziran wang rakyat Selangor. Jika dicetak dan diedarkan sejuta naskah sekalipun, ia tiada nilai. Itu baru betul dikatakan akhbar sampah.

Ya, sampah yang boleh dibakar untuk mengeluarkan asap yang boleh menghalau nyamuk ades, yang mana Selangor merupakan negeri yang tertinggi penularan wabak demam ades di Malaysia.



No comments:

Post a Comment