Wednesday, 15 November 2017

PPBM IALAH PARTI PENGEMIS BERSATU MALAYSIA


Sejak awal penubuhan lagi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mempunyai hala tuju. Ia adalah parti serpihan UMNO yang ditubuhkan akibat dendam politik bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sekian lama menjadi ‘duri dalam daging’ kepada UMNO.

PPBM bukan ditubuhkan atas dasar perjuangan suci untuk bangsa, agama dan negara. Ia diwujudkan semata-mata kerana dendam politik yang disirami api kebencian kepada pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penubuhan PPBM ini telah diambil kesempatan oleh Lim Kit Siang penasihat DAP untuk memperalatkan parti tersebut dalam strateginya ‘Use the Malays to screw the Malays’ sebagaimana yang telah didedahkan oleh seorang ahli DAP Superman Hew semasa Pilihan Raya Negeri Serawak.

Malah menurut salah seorang pengasas parti PPBM, Chikgu Kamarulazman Habibur Rahman, cadangan menubuhkan parti tersebut yang berasaskan Melayu dan Bumiputra telah dicadangkan  dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir dan dihadiri pemimpin dari parti DAP termasuk Lim Kit Siang.

Dalam mesyuarat tersebut walaupun Mahathir dan Lim Kit Siang merupakan seteru ketat selama 22 tahun, namun demi agenda jahat DAP, Lim Kit Siang telah merestui penubuhan PPBM walaupun parti itu merupakan sebuah parti yang berasaskan Melayu dan Bumiputra.

Bagi Lim Kit Siang ia ibarat pucuk dicita ulam mendatang, beliau beranggapan kononnya dengan bantuan Mahathir dan PPBM sampailah masanya Melayu dapat dipecah-pecahkan dan kerajaan UMNO/BN boleh ditumbangkan setelah 60 tahun berkuasa.

Dari semasa ke semasa, perjuangan PPBM semakin bercelaru manakala manakala organisasinya semakin berkecamuk sehingga pengunaan ARMADA yang merujuk kepada Angakatan Bersatu Anak Muda juga diisytiharkan tidak mengikut Perlembagaan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sebelum itu, sebanyak lapan bahagian parti tersebut mendakwa pucuk pimpinan gagal mengadakan mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan sehingga menyebabkan ahli-ahli tidak mengetahui status kesahihan penjawat jawatan dan kedudukan parti sehingga kini.

Apa yang berlaku membuktikan inilah akibatnya apabila pemimpin-pemimpin utamanya lebih banyak mahu berpolitik sehingga terlupa menjaga hal ehwal parti sendiri. Ia ibarat bak kata orang dok menyibuk urusan orang lain, rumah tangga sendiri kacau-bilau.

Begitulah juga PPBM, pemimpin-pemimpin parti itu khususnya 3M iaitu Pengerusinya, Mahathir, Presidennya, Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir lebih banyak menghabiskan masa untuk mengkritik dan melemparkan tomahan kepada kerajaan BN dan UMNO sehingga terlupa parti mereka sendiri bagaikan kapal yang hampir tenggelam.

Tetapi ketiga-tiga pemimpin tersebut masih berada dalam sindrom ‘syok sendiri’, maklumlah kehadiran mereka disambut gembira oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan khususnya DAP yang amat memahami bahawa ia peluang terbaik untuk memperalatkan pengaruh pemimpin-pemimpin PPBM bagi meraih sokongan orang Melayu.

Namun begitu, pendekatan politik pemimpin-pemimpin PPBM tidak menguntungkan parti tersebut. Mereka terlalu sibuk dengan urusan mahu menyerang kerajaan sehinggakan pemimpin dan ahli-ahlinya berasa muak dan melihat pengorbanan mereka selama ini meninggalkan UMNO untuk bersama pemimpin 3M hanyalah sia-sia.

Oleh itu mereka membuat keputusan meninggalkan PPBM kerana merasakan tiada gunanya menghabiskan masa untuk sebuah parti yang dianggap ‘indah khabar dari rupa’. Dari segi pencapaian tiada apa yang membanggakan apabila orang bercakap soal PPBM selain ‘kejayaan terbesar’ memecahbelahkan lagi orang Melayu dan sekali gus akan memungkinkan kuasa politik Melayu menjadi lemah.

Lebih buruk lagi, pemimpin-pemimpin PPBM lebih selesa untuk menuduh mereka yang meninggalkan parti itu menerima ‘dedak’. Sedangkan kalau dikaji alasan mereka bertindak demikian segalanya disebabkan mereka semakin sedar bahawa PPBM tidak ada matlamat perjuangan dan penubuhannya semata-mata mahu memuaskan nafsu politik Mahathir sahaja.

Walaupun hanya menjadi Pengerusi tetapi Mahathir menguasai segala-galanya dalam menentukan corak politik dan hala tuju PPBM. Muhyiddin pula hanya mengikut sahaja, begitu juga Mukhriz. Mereka tidak ada kuasa apa-apa biarpun memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Keadaan itulah memungkinkan PPBM yang menggunakan lambang BUnga semakin layu akibat krisis dalaman. Tetapi Mahathir peduli apa! Apa yang penting bagi beliau ialah kehadirannya diterima oleh parti-parti pembangkang lain khususnya DAP.

Atas sebab itulah PPBM membiarkan sahaja apa juga mahu dilakukan oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan kerana kalaupun bersuara tiada siapa di dalam pakatan itu akan mempedulikannya. Ini memandangkan PPBM yang terhegeh-hegeh mahu mengadakan kerjasama dengan pakatan.

Yang turut menjadi persoalan kepada pemimpin dan ahli-ahli PPBM di peringkat akar umbi ialah apakah kedudukan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Setakat ini belum ada kata putus kerusi mana yang mahu ditandingi parti tersebut. Hakikatnya, PPBM perlu ‘mengemis’ daripada sekutunya dalam Pakatan Harapan untuk mendapatkan kerusi.

Inipun sekiranya PPBM tidak diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) setelah didapati melanggar beberapa peraturan dalam perlembagaan mereka sendiri.

DAP sudah pasti tidak akan memberi peluang kepada PPBM untuk menjadi dominan kerana dalam kalangan ahli-ahli DAP sendiri pun mereka tidak begitu selesa dengan Mahathir. Sebab itulah ada antara mereka meninggalkan DAP kerana tidak dapat menerima kehadiran bekas Perdana Menteri itu dalam Pakatan Harapan. PKR pula tidak akan mengorbankan kerusinya untuk diserahkan kepada PPBM.

Semua keadaan itu memungkinkan kedudukan PPBM dalam PRU ke 14 akan datang ibarat sebagai seorang pengemis yang meminta-minta semoga ada pihak yang berbesar hati dapat memberikan kerusi untuk ditandingi.

Oleh itu PPBM sebagai parti nyamuk yang hanya mempunyai satu kerusi parlimen, janganlah berlagak sebagai saekor burung garuda untuk mengelirukan pengundi Melayu kononya kuasa dominan dalam Pakatan Harapan ialah Mahathir serta beberapa pemimpin Melayu dan bukannya Lim Kit Siang.

Akhir sekali Kit Siang harus berhenti memperbodohkan pengundi Melayu, kerana mereka lebih bijak untuk memahami apakah kedudukan Mahathir dalam Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment