Monday, 13 November 2017

RUMUSAN TERHADAP IMEJ PEMILIHAN SEMULA CEC DAP DI SHAH ALAM


Adalah tidak menghairankan yang pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 12 November 2017 telah mengekalkan 90 peratus barisan kepimpinan asal DAP. Meskipun sebagai saekor dinosaur dan telah menggerakkan muslihat DAP melalui ibu segala pusingan-U dengan bekerjasama dengan bekas musuh ketatnya Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang muncul membawa kemenangan dengan jumlah undi terbanyak. Anaknya, Guan Eng, meskipun sedang didakwa atas dua kase rasuah, menduduki tempat ketiga dan kembali semula sebagai Setiausaha Agung parti.
Kembali semula setelah hilang untuk sepenggal ialah Ronnie Liu dari DAP Selangor yang terkenal cuba menghalang pihak berkuasa daripada menyerbu rumah urut dan pusat perjudian haram di Selangor sebelum DAP berkuasa. Yang tersigkir ialah seorang gentlemen simbol kebersihan, kesederhanaan dan bebas rasuah - Tan Seng Giaw.
Dan sebagai imej berbilang kaum, hanya dua India dan seorang Punjabi telah terpilih tetapi sekali lagi tiada Melayu berjaya mencapai senarai 20 ke atas, tetapi bekas Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah bin Tengku Puji telah dilantik (tanpa kuasa) sebagai Naib Pengerusi. Beliau merupakan Melayu tunggal dalam barisan kepimpinan CEC. Christopher Ross Lim, seorang lelaki Cina menyamar Melayu dengan nama Zairil Khir Johari, menduduki tempat No. 19. Beliau dilahirkan sebagai seorang Cina dan masih lagi seorang Cina.
Hanya 54 peratus atau 1,356 perwakilan menghadiri pemilihan semula CEC daripada  2,514 perwakilan pada 2013. Ini menunjukkan sokongan terhadap Dinasti Lim telah merosot. Mereka sekarang boleh bermegah atas kegemilangan parti tetapi sama ada itu akan diterjemah kedalam undi sebenar terutama di Pulau Pinang masih ditunggu untuk dilihat.  Dengan hanya 450,000 ahli yang berdaftar, DAP bergantung lebih kepada propagandanya untuk memenangi hati massa atau rakyat jelata, di mana akhir-akhir ini rakyat tenggelam dalam banjir dan terganggu dengan tanah runtuh disebabkan oleh pembangunan di lereng bukit yang tidak terkawal dan kerja-kerja penambakkan laut di Pulau Pinang.
Dan untuk memujuk roh orang yang sudah mati, Karpal Singh yang sudah meninggal tiga tahun yang lalu memperolehi 43 undi, lebih daripada sebarang calun Melayu.  Bagaimana Karpal masih boleh mendapat undi membingungkan kami.
Ini merumuskan bahawa imej DAP dalam pemilihan tersebut teramat jijik hingga ke terasnya.


No comments:

Post a Comment