
“Beliau (Mahathir) telah cuba pelbagai kaedah untuk menyebarkan berita palsu kepada saluran media yang ada yang sanggup melaporkan ceritanya untuk kepentingan politik beliau yang mementingkan diri sendiri. Apabila dicabar untuk menunjukkan bukti atas dakwaannya, beliau gagal menunjukkannya,” kata Najib.
Najib menambah, “Satu lagi dakwaan yang Malaysia sedang menuju ke arah bankrap, tetapi Bank Dunia telah menyatakan yang ekonomi negara ini sedang membangun ke arah kedudukan yang kukuh. Juga, beliau telah mendakwa yang Malaysia sedang dalam bahaya di bawah seorang diktator. Malah baru minggu yang lepas sekutunya daripada DAP (Lim Guan Eng) menganggapnya sebagai diktator”.
No comments:
Post a Comment