Saturday 4 November 2017

CLARE BROWN IALAH SEORANG KAKI BERBOHONG


Clare Rewcastle-Brown dari Sarawak Report telah mendakwa hubung kait beliau dengan pendakwa raya SPRM Kevin Morais yang mati dibunuh yang menghantar kepadanya draf yang didakwa kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas skandal 1MDB.
Clare Brown seterusnya mendakwa yang Kevin Morais telah memberi kepadanya maklumat tentang siasatan SPRM terhadap bekas anak syarikat 1MDB -SRC International dan peguam itu telah merancang untuk menemuinya di London.
Clare Brown ialah seorang pembohong. Ini adalah sebabnya mengapa:
1. Bekas ketua SPRM Abu Kassim telah mengesahkan yang Kevin Morais telah ditukar keluar dari SPRM pada July 2014, setahun sebelum penyiasatan terhadap  1MDB dan SRC bermula, dan tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas peguam negara.
SPRM juga menyatakan mereka tidak pernah meminta nasihat daripada Morais ke atas dua kase tersebut. Oleh itu, Morais tidak mungkin, dan tidak, terlibat dalam sebarang penyediaan kertas pertuduhan berkaitan 1MDB atau Perdana Menteri.
Hakikatnya, Kevin Morais pada ketika itu sibuk dengan satu kase rasuah tentera  – di mana menjurus dia dibunuh.
Enam orang telah didakwa terhadap pembunuhan beliau termasuk seorang pegawai tentera dan kase tersebut di mahkamah terbuka masih lagi dilapurkan dengan meluas di media.
2. Kertas pertuduhan palsu terhadap Najib yang mana hanya dua muka surat teks di atas kertas kosong tanpa kepala surat atau tanda setem rasmi yang telah disiarkan oleh Sarawak Report pada 28hb Julai 2015.
Bagaimanapun, Najib telah hanya di temu duga oleh SPRM pada Disember 2015, oleh itu mana mungkin “suspek” utama belum lagi ditemu duga tetapi kertas pertuduhan telah wujudkan?
3. Dalam usaha untuk meneruskan dakwaan konspirasi di atas pembunuhan Kevin Morais, Sarawak Report dan media yang pro Pakatan tiba-tiba mula melaporkan terhadap abang Kevin Morais, Charles Suresh Morais tiba-tiba muncul daripada tidak tahu daripada mana pada Nov 2015.
Charles Suresh Morais, yang telah diisytiharkan bankrap di Amerika Syarikat dan telah menghadapi tuduhan jenayah dan menipu di Amerika Syarikat, beliau mendakwa yang  Kevin telah dibunuh oleh orang di dalam kerajaan disebabkan oleh apa yang beliau tahu tentang 1MDB dan SRC International.
Malah Charles kepada umum mengumumkan yang Kevin Moris telah menyerahkan kepadanya satu pen-drive dengan maklumat penting tentang penyiasatan terhadap  1MDB dan SRC International dan dia akan mendedahkan kandungan pen-drive tersebut apabila dia selamat kembali di Amerika Syarikat.
Apabila dicabar oleh pihak berkuasa untuk mendedahkan pen-drive tersebut, Charles tiba-tiba dan dengan senyap meninggalkan Malaysia. Lebih daripada dua tahun kemudian, kita masih menunggu untuk mendengar tentang Charles dan “pen-drive”nya.
Pada mulanya Clare Brown kata Ambiga merupakan punca maklumatnya tetapi  Ambiga enggan mengesahkan ini.
Sekarang , Clare mahu menggunakan seorang yang sudah mati yang tidak boleh menjawab atau menafikan dia.
Clare Brown dan Sarawak Report adalah pembohong yang suka mengada-adakan cerita serupa macam mana mereka mereka-reka gambar palsu yang telah disunting tentang Najib/Rosmah dan mengedarkannya sebagai benar.
**************************************
Clare claims slain DPP gave her alleged draft charge sheet on Najib
(Malaysiakini) – Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown has claimed that murdered MACC-linked deputy public prosecutor Kevin Morais sent her a draft of an alleged charge sheet, which the authorities later claimed was fake, against Prime Minister Najib Abdul Razak on the 1MDB scandal.
She made the claim in her defence statement in relation to a defamation suit filed against her in the UK by PAS president Abdul Hadi Awang.
She also claimed that she received the document a day after former attorney-general Abdul Gani Patail was removed from his position on July 27, 2015.
**************************************
Clare Dakwa Kevin Morais Berinya Draf Pendakwaan Terhadap Najib
(Malaysiakini) – Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mendakwa timbalan pendakwaraya SPRM, Kevin Morais menghantar kepadanya draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai skandal 1MDB yang kemudian didakwa oleh pihak berkuasa sebagai palsu.
Beliau membuat dakwaan itu dalam pernyataan pembelaan berkaitan saman fitnah yang difailkan terhadapnya di United Kingdom oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga mendakwa menerima dokumen itu sehari selepas bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat daripada jawatannya pada 27 Julai 2015.

No comments:

Post a Comment