Thursday, 2 November 2017

‘KAPITALISME KRONI’ VS BRIM PUNCA MAHATHIR BERDENDAM DENGAN NAJIB


Ego dan dendam peribadi adalah punca Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun terpaksa berbohong, kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Menurutnya, terbaru adalah mengenai Bajet 2018 dimana Tun M mencemuh Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai gula-gula untuk menggembirakan rakyat.
“Mungkin Tun M masih obses dengan pendekatan lamanya ‘kapatalisme kroni’ iaitu ‘mengkayakan’ beberapa individu dan individu kaya ini diharap akan mengagihkan kekayaan itu kepada orang lain.
“Sedangkan BR1M adalah subsisidi bersasar yang meluas dan efektif berbanding subsidi petrol yang orang kaya pun dapat.
“Bayangkan duit BRIM berjumlah RM6.8 bilion bukan sahaja membantu meringankan beban kos hidup rakyat tetapi akan merancakkan ekonomi domestik,” ujarnya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman facebooknya hari ini.
Puad juga berkeyakinan dasar mengkayakan individu itulah punca setelah 22 tahun memerintah Tun M masih obses untuk mencampuri urusan pentadbiran dua Perdana Menteri selepasnya, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Satu daripadanya ialah isu pembinaan ‘jambatan bengkok’ yang dibatalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dan Tun M mahu ia dibina semula oleh Datuk Seri Najib.“Tidak lama setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, saya telah dihubungi oleh orang kanan Tun M iaitu Datuk Malik Mydin perenang sensasi negara yang berenang sejauh 32 km dari Dover England ke Calais Perancis. Pertemuan itu berlaku di Restoran Nasi Kandar Yassin Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Datuk Malik menyampaikan salam Tun M. Dia menjelaskan bahawa Tun M mahu berjumpa jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor yang diketuai oleh Tan Sri Ghani Othman. Dia minta jasa baik saya untuk mengaturkan pertemuan tertutup itu,” ujarnya yang juga bekas Setiausaha Politik Tan Sri Ghani Othman dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Johor.
Menurut Puad lagi, pertemuan itu diadakan di Hotel Pullman Putrajaya tetapi Datuk Malik menyampaikan pesanan Tun M, iaitu dia tidak mahu Tan Sri Shahrir Samad hadir sama atas alasan berdendam dengan Shahrir dan Shahrir dimaklumkan mengenai permintaan Tun M itu. Hasilnya, kecuali Muhyiddin dan Shahrir, semua Ketua Bahagian hadir termasuk Syed Hamid Albar dan Azalina.
“Dalam pertemuan itu Tun M menyatakan dia telah berjumpa Datuk Seri Najib dan meminta supaya membina semula jambatan bengkok yang dibatalkan oleh Pak Lah.
“Tun M memaklumkan kepada kami, Datuk Seri Najib tidak ada masalah dengan syarat orang Johor sendiri yang mahukannya. Justeru Tun M berharap UMNO Johor setuju dan ini boleh ditafsir sebagai sokongan penuh rakyat Johor kepada pembinaan semula jambatan bengkok.
“Tan Sri Ghani berjanji kepada Tun M untuk membawa cadangan itu bagi mendapatkan persetujuan konsensus dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri,” kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu.
Jelas Puad walaupun begitu, ia tidak pernah dibincang dalam mesyuarat UMNO Johor dan secara tidak langsung UMNO Johor menolaknya kerana antara puncanya, terdapat di kalangan ahli berpendapat jika diluluskan maka kontrak akan diberikan kepada syarikat sama, Gerbang Perdana iaitu kroni Tun M.
“Syarikat milik Datuk Yahya Jalil ini telah dibayar pampasan tinggi apabila Pak Lah membatalkan projek tersebut. Sebab itu ia dianggap pembaziran kalau mahu disambung semula apatah lagi ia bukan lagi projek mendesak.
“Lagi pun Shahrir Samad sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru pernah menyatakan, Johor Bahru lebih memerlukan projek perumahan rakyat dan mampu milik bukannya jambatan bengkok,” tegasnya.
Jelasnya lagi, bukan Datuk Seri Najib yang menolaknya tetapi UMNO Johor yang tidak menyokong kerana ada keutamaan lain.
“Justeru dasar ‘kapitalisme kroni’ Mahathir sebenarnya ditolak sendiri oleh rakyat Johor.
“Ternyata Datuk Seri Najib menggembirakan rakyat. Tun Mahathir berduka kerana Datuk Seri Najib tidak melayan dasar ‘kapitalisme kroni’nya. Sebab itu dia berdendam dengan Najib.
“Tun Mahathir, berhentilah berbohong,” sarannya lagi. Sengketa Mahathir Najib sekarang bukanlah disebabkan oleh kepentingan rakyat dan negara, ia kerana disebabkan oleh seorang bekas pemimpin yang tamak dan mementingkan diri sendiri.


No comments:

Post a Comment