Berangan-angan kononnya generasi muda sudah beralih menyokong pembangkang tetapi sebaliknya terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang seolah-olah ‘panas punggung’ apabila dilihat gagal menjawab persoalan yang dilontarkan oleh golongan itu dalam satu forum di Petaling Jaya pada malam 21 November 2017.
Dalam forum anjuran pembangkang itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Penasihat DAP itu menjadi ahli panel untuk menerima segala soalan dari para peserta.
Bedasrkan kepada pemerhatian, forum tersebut dihadiri kira-kira 120 orang, rata-rata berusia bawah 35 tahun dan majoriti kaum Cina.
Dewan agak riuh apabila seorang peserta forum bertanyakan pendirian Dr. Mahathir mengenai tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, 20 tahun lalu.
Namun, jawapan yang diberikan ternyata mengecewakan hadirin yang hadir apabila bekas Perdana Menteri itu seperti menyalahkan pihak polis dengan anggapan cuba menjatuhkan pemimpin PKR berkenaan.
“Saya ingat polis cuba menjatuhkan beliau. Oleh itu, saya tidak buat apa-apa tindakan. Pihak polis kemudiannya terus memberi laporan terperinci, tetapi saya tetap tidak mahu mempercayainya,” katanya dalam forum tersebut.
Ini jelas merupakan satu cubaan Mahathir untuk memperbodohkan hadirin. Dengan kata mudah, Mahathir cuba memperbodohkan mereka bahawa kononnya polis adalah lebih berkuasa daripada beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu.
Dalam usaha mempertahankan dirinya, Mahathir berkata, tindakan diambil terhadap Anwar selepas mendapat pandangan pemimpin-pemimpin UMNO lain untuk menolak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Beberapa soalan lagi yang ditujukan kepada Mahathir dan Kit Siang dilihat seperti sindiran terhadap kedua-duanya yang diketahui sebelum ini merupakan musuh politik sesama mereka.
Soalan terus ‘dikenakan’ terhadap Dr. Mahathir dan kali ini melibatkan pengunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan ahli-ahli politik pembangkang.
Dr. Mahathir bagaimanapun memberitahu, penguatkuasaan ISA yang digunakan oleh beberapa Perdana Menteri sebelumnya menyebabkan lebih ramai ditahan berbanding tempoh 22 tahun pemerintahannya.
Dalam jawapan Dr. Mahathir ini, sekali lagi beliau cuba memutar belit untuk menuding jari terhadap orang lain, iaitu Perdana Menteri yang lepas. Ini jelas bukan jawapan yang dikehendaki oleh hadirin. Isunya disini bukanlah siapa yang terbanyak membuat tahanan di bawah ISA.
Sebenarnya hadirin ingin mengetahui sebab beliau melaksanakan ISA semasa zaman pemerintahannya dan bukannya berapa banyak yang ditahan bawah ISA.
Sebagaimana yang difahamkan di era zaman Tengku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn kebanyakkan tahanan ISA merupakan anasir subersif penyokong PKM yang bergerak cergas semasa dharurat, konfrantasi dengan Indonesia dan pasca peristiwa 13 Mei 1969.
Tetapi semasa zaman Dr.Mahathir mereka yang ditahan di bawah ISA bukanlah anasir subersif tetapi terdiri daripada seteru politik beliau malah juga mereka yang cuba mempersoalkan serta mendedahkan salah lakunya semasa 22 tahun memerintah.
Dalam pada itu, Kit Siang yang lebih banyak berdiam diri juga tidak terlepas daripada sasaran pemuda-pemuda yang hadir apabila ditanya mengenai amalan kronisme Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri dan tentangan kepada aktiviti dagangan mata wang asing (forex) pada awal 1990-an.
Penasihat DAP itu tidak menjawab soalan seperti yang diharapkan dan tidak cuba langsung mempersoalkan perkara berkenaan.
Pada hal semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri itu, beliaulah yang lantang megkritik salah laku Dr. Mahathir mahu pun di parlimen dan di ceramah umum. Malah beliau pernah menulis sebuah buku yang mengkritik habis habisan bekas Perdana Menteri itu.
Seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Jason sebelum itu bertanyakan konsep ketuanan Melayu kepada Dr. Mahathir melahirkan kekecewaan dengan jawapan yang diberikan apabila bekas Presiden UMNO itu mendakwa ketuanan Melayu sebagai pandangan ekstremis.
“Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Sedangkan beliau sebelum ini menerusi ucapan serta penulisan ternyata memperjuabgkan orang Melayu,” katanya.
Moderator forum itu terpaksa menamatkan sesi pertanyaan kononnya atas alasan keadaan kesihatan Dr. Mahathir yang tidak begitu baik.
Antara soalan yang tidak dijawab sepenuhnya oleh Dr. Mahathir termasuklah fitnahnya mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan konsesi tol lebuh raya utama negara yang pada jangka panjang membebankan rakayat sekiranya tidak diselesaikan kerajaan yang memerintah sekarang.
No comments:
Post a Comment