Tuesday, 21 November 2017

‘KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA’ MAHATHIR GAGAL : IBARAT NAFSU KUAT TENAGA KURANG.

Kempen selamatkan Malaysia yang gagal kerana kelemahan PPBM

Jika kita lihat sejak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan Cawangannya berterabur, Bahagiannya pun entah wujud entah tidak, mahu uruskan parti sendiri pun kelam-kabut, ada hati menipu rakyat kononnya mahu selamat Malaysia. Pada hal parti sendiri belum tahu selamat, kemungkinan parti mereka diharamkan adalah tinggi kerana mencabuli perlembagaan partinya sendiri serta Akta Pertubuhan 1966 atau Rang Undang-undang 335. Malah jika mereka terlepas pun dari pengharaman ia merupakan atas ikhsan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang di bawah kerajaan Malaysia yang cuba mereka selamatkan. Oleh itu sekiranya ini berlaku, siapakah yang selamatkan siapa?
Jangan pula lepas ini mereka tuduh kononnya UMNO yang pengaruhi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sengaja melambat-lambatkan atau mengharamkan pendaftaran PPBM pula. Jangan salahkan pihak lain sebab kelemahan dan kegagalan pentadbiran sendiri.
Kekalutan di dalam PPBM itu cukup jelas menggambarkan bahawa parti tersebut merupakan sebuah parti yang amat lemah dari segi akar umbinya, ekoran kepimpinan parti itu yang lemah dalam pentadbiran dan lebih mementingkan agenda politik peribadi tersendiri untuk mengkhianati seterunya.
PPBM ini pun hanya bergantung harap pada populariti Dr Mahathir Mohamad saja. Pemimpin lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebenarnya tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi. Lebih malang lagi, apabila pemimpin utama mereka itu lebih mementingkan agenda politik peribadi mereka berbanding kepentingan ahli-ahli dan agenda perjuangan PPBM itu sendiri.
Daripada maklumat dalaman dari ahli PPBM sendiri, dengarnya Dr Mahathir sendiri pun tidak ambil tahu pergolakan yang berlaku di dalam PPBM, manakala Mukhriz dan Muhyiddin pula sibuk mengatur orang-orang mereka untuk menjadi Ketua Bahagian penaja di peringkat bahagian.
Jadi ekoran itu berlakulah episod cantas-mencantas di dalam PPBM sehingga menyebabkan beberapa bahagian dan negeri PPBM yang akhirnya dibubarkan. Ini baru peringkat penaja, sudah begitu dahsyat gerakan cantas mencantas demi kepentingan agenda politik masing-masing.
Sebab itu kami berkeyakinan, PPBM takkan kekal lama kerana ia ditubuhkan untuk agenda politik peribadi pemimpin tertentu sahaja, bukan kerana matlamat perjuangan yang sebenar.
Akhir-akhir ini satu punca maklumat yang boleh dipercayai telah mengesahkan bahawa PPBM memang diramalkan tidak akan kekal lama disebabkan oleh satu konspirasi dalaman yang sedang berlaku sekarang.
Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam satu tulisannya, beliau mahu kita percaya bahawa ROS bertanggungjawab dalam manupulasi dalam kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan. Tetapi cadangan beliau itu adalah jelas tidak tepat. Hanya satu orang sahaja yang kenal pasti memanupulasi kelewatan tersebut iaitu Lim Kit Siang, di mana, beliau bersama-sama dengan Khairuddin Abu Hassan bekas PPBMtelah berjaya menyebarkan bayangan keraguan ke atas kedudukan Mahathir di dalam Pakatan Harapan.
Ia bermula pada June 2016 di mana Kit Siang yang enggan menerima pendapat bahawa Muhyiddin akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan dipimpin oleh Mahathir. Tetapi sejak itu Kit Siang telah mula menukar fikirannya, disebabkan sokongan terhadap DAP telah mula merosot sejak Mahathir melantik dirinya sendiri sebagai ‘Top Dog’ tanpa restunya, dengan itu Kit Siang sekarang mahu cengkaman Mahathir ke atas PPBM dilemahkan .
Untuk melakukan itu, Kit Siang telah membayar Khairuddin RM5 juta dan berjanji lagi RM5 juta setelah berjaya menghimpun sokongan ahli cawangan dan bahagian dalam PPBM menentang Muhyiddin. Kit Siang tahu yang presiden PPBM itu merupakan orang kepercayaan Mahathir dan telah terhutang budi kepada bekas perdana menteri itu. Oleh itu dengan menyingkirkan keluar Muhyiddin adalah satu cara Kit Siang akan melemahkan cengkaman Mahathir’s terhadap PPBM.
Tidak payah dikatakan, Khairuddin dengan serta merta terus melaksanakanya dan mengumpulkan lebih kurang 200 tandatangan daripada ahli cawangan dan bahagian PPBM yang sekutu dengannya. Tandatangan ini kemudian telah disertakan dengan surat beracun yang disediakan oleh Kit Siang. Surat tersebut menuntut agar  Muhyiddin dipecat kerana meminta rasuah daripada pemimpin parti.
Dengan berkesannya rancangan Kit Siang itu membuat Mahathir berasa serba salah. Sekiranya bekas perdana menteri itu enggan Muhiyiddin disingkirkan, beliau akan menghadapi risiko PPBM akan diharamkan, memandangkan cawangan dan bahagian yang sekutu dengan Khairuddin akan enggan megadakan AGM. Sekiranya, bagaimanapun Muhyiddin dipecat, cawangan dan bahagian yang sekutu dengan Muhiyiddin pula akan menuntut agar satu EGM diadakan untuk memutuskan sama ada Mahathir akan kekal sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. 
Ya, ini merupakan satu keadaan yang buntu bagi Mahathir. Surat beracun Kit Siang telah memberi kesan untuk mewujudkan bayangan ketidak tentuan kedudukan Mahathir dalam Pakatan Harapan. Sekiranya Kit Siang berjaya melakukannya hingga ke akhirnya, maka ini membuktikan bahawa beliaulah ‘Top Dog’ sebenar Pakatan Harapan dan bukannya Mahathir sebagaimana dia akui sebelum ini.
Berbalik semula kepada isu kelewatan ROS meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Mahathir kepada KDN, PPBM akan mematuhi semua syarat yang yang dikehendaki oleh ROS, termasuk mengadakan AGM yang tidak pernah diadakan sejak penubuhan parti.
Janji Mahathir untuk PPBM mengadakan AGM kemungkinan besar gagal diadakan memandangkan beliau masih lagi belum memecat Muhiyiddin seperti mana yang dituntut oleh Kit Siang melalui konspirasi dengan Khairuddin Abu Hassan.
Kesannya, bukan sahaja pendaftaran Pakatan Harapan tidak diluluskan ROS, malah pendaftaran PPBM sendiri mungkin akan terbatal sekiranya AGM gagal diadakan akibat konspirasi Kit Siang dan Khairuddin.  
Sebenarnya kegagalan dalam menguruskan parti ini bukanlah hanya berlaku terhadap PPBM sahaja, tetapi ia juga berlaku di dalam parti-parti tonggak pembangkang yang lain seperti DAP dan juga PKR.
DAP juga dilihat gagal menguruskan parti sendiri apabila pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) mereka pun terpaksa diadakan dua kali, ekoran aduan daripada lebih 700 ahli yang dinafikan hak mengundi. Apabila dilakukan pengundian CEC sekali lagi, jelas bahawa jumlah perwakilan yang datang hanyalah separuh dari angka sebenar dan ini sebenarnya satu tamparan hebat buat parti yang sudah berusia 52 tahun itu.
Terkini kabarnya, pemilihan kedua baru dilaksanakan baru-baru ini juga menghadapi masalah penipuan serta tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan ROS sebelum pemilihan kedua ini. Bagaimanapun aduan telah dibuat oleh ahli-ahli akar umbi mereka kepada ROS dan sedang menunggu keputusan rasmi dari  ROS .
Masalah ini juga, selain daripada parti PPBM, DAP juga bakal penyumbang kepada pendaftaran Pakatan Harapan tidak akan diluluskan oleh ROS. Memandangkan masa yang ada terlalu suntuk,  kemungkinan besar nama Pakatan Harapan tidak dapat digunakan, dan parti DAP sendiri tidak dapat menyertai PRU ke 14 tidak dapat dielakkan melainkan satu tindakan yang cepat diambil oleh parti berkenaan untuk menyelesaikannya.
Begitu juga dengan PKR yang sedang terpecah dua kerana perebutan kuasa antara kumpulan Azmin dan Wan Azizah. Sudahlah terpecah dua, kedudukan Presiden parti, Wan Azizah pula dalam keadaan lemah dan tidak ada pengaruh serta tidak mampu untuk membuat sebarang keputusan untuk parti.
Manakala PAN pula hanyalah sekadar parti yang apabila disuruh angguk, mereka angguk dan apabila disuruh gelengkan kepala oleh DAP, mereka pun geleng. Mereka hanya ikut arahan DAP kerana semua orang tahu, PAN ini adalah parti yang diwujudkan DAP untuk melemahkan pengaruh PAS di kalangan orang Melayu.
Justeru itu, rakyat Malaysia diseru, terutamanya orang Melayu agar tidak memperjudikan nasib dengan memberikan amanah kepada pakatan parti politik yang berada di dalam keadaan tidak stabil sepertimana parti pembangkang hari ini.
Jangan kita perjudikan nasib kita dengan memberikan undi kepada mereka. Setakat ini, tidak ada ‘wow’ faktor yang dibawakan oleh pembangkang di negeri-negeri yang mereka perintah pun. Bukan sekadar membawa pembaharuan, malah untuk menguruskan infrastruktur yang telah sedia ada pun mereka gagal.

No comments:

Post a Comment