Thursday, 9 November 2017

POLIS AKAN MENYOAL SIASAT MAHATHIR ATAS KATA-KATA PENGHINAANNYA KE ATAS MASYARAKAT BUGIS

Ketua Jabatan Siasatan Jenyah Selangor Fadzil Ahmat
PDRM telah membuka dua kertas siasatan ke atas Dr Mahathir Mohamad terhadap dakwaannya melalui kata-kata penghinaan terhadap masyarakat Bugis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata dua kertas siasatan telah dibuka setelah pengerusi Pakatan Harapan itu telah didakwa menghina masyarakat Bugis semasa dua ucapan yang dibuat di Selangor.
Kejadian terakhir berlaku bulan lebas semasa satu perhimpunan di Petaling Jaya.
Saya boleh mengesahkan yang kami sedang menyiasat Dr Mahathir tentang kata-katanya tentang masyarakat Bugis. Kami akan merakamkan kenyataannya dalam masa terdekat,” kata Tuan Fadzil Ahmat kepada The Malaysian Insight.
Kertas siasatan katanya, telah dibuka malah sebelum Sultan Selangor mendesak polis menyiasat Dr Mahathir kerana didakwa menghasut kebencian kepada mereka yang berketurunan Bugis.
Minggu lepas, setiausaha Sultan Selangor, Hanafisah Jais berkata Dr Mahathir kelihatan menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, mengaibkan dan menggambarkan masyrakat Bugis dengan penghinaan.

Dr Mahathir, yang telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan sekarang salah seorang pengkritik kerajaan yang tegar, didakwa membuat kenyataan tersebut dalam ucapannya dalam satu perhimpunan bertema, Love Malaysia, End Kleptocracy di Petaling Jaya pada Oct 14, 2017, kata Hanafisah.
Kerabat Istana Selangor merasa ucapan (Dr Mahathir) keterlaluan, dan boleh mencetuskan kebencian dan penghinaan terhadap masyarakat Bugis, sehingga ke satu tahap yang boleh mengakibatkan huru hara dan ketidak harmonian antara kaum.”
Kenyataan mantan perdana menteri itu tentang Bugis juga telah mendapat kritikan ahli masyarakat itu sendiri, yang menuntut beliau memohon maaf.
Naib Presiden Indonesian Jusuf Kalla berkata Dr Mahathir telah bukan sahaja menghina masyarakat Bugis di Malaysia dengan kenyataanya, tetapi juga mereka  di Indonesia.
Sebagai seorang berketurunan Bugis , saya membantah (terhadap kenyataan beliau) dan saya rasa terkejut.  Dr Mahathir harus memohon maaf memandangkan masyrakat  Bugis bukan sahaja terdapat di Sulawesi Selatan, tetapi seluruh Indonesia dan malah di Malaysia,” Antara news agency memetik Jusuf Kalla sebagai berkata.
Sebuah pertubuhan Bugis Indonesia telah menuntut untuk Dr Mahathir memohon maaf atau mereka akan mengadakan bantahan besar-besaran di luar kedutaan  Malaysian di Jakarta.
Bugis merupakan kumpulan etnik rumpun Melayu dari pulau Sulawesi di Indonesia. Sebahgian besar masyarakat Bumiputra Muslim di Malaysia adalah keturunan Bugis.
Dalam kecamannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir, didakwa telah berkata bahawa Najib berketurunan “Lanun Bugis”.
Pada masa yang lampau Najib telah mengakui, pernah bercakap dengan bangga tentang keluarganya berketurunan Bugis, iaitu keturunan pahlawan menentang penjajah, pelayar dan pedagang yang cekap pada zaman silam
Pihak istana Selangor menyatakan sebuah klip video ucapan Dr Mahathir dengan jelas menunjukkan beliau telah menghina dan menyamakan masyarakat Bugis dengan lanun, penjenayah dan perompak.
Dalam respon kepada kenyataan istana Selangor, Dr Mahathir telah berkata: “Tidak semua orang Bugis lanun, Raja kita juga keturunan Bugis. Saya tidak kata yang Raja kita adalah lanun, tetapi apa yang saya maksudkan Najib adalah lanun.”
Mantan perdana menteri itu juga berkata dalam video Facebooknya yang sekiranya beliau ditahan di lokap kerana menentang Najib, beliau akan akur.
Memandangkan saya telah secara aktif menentang Najib, terdapat banyak orang yang mahu saya memakai baju oren dengan perkataan ‘lock-up’ di atasnya. Oleh itu, ini adalah satu lagi langkah ke arah itu,” Dr Mahathir telah berkata.

No comments:

Post a Comment