Tuesday 7 November 2017

MENGAITKAN BUGIS SEBAGAI ‘LANUN’ ADALAH CIPTAAN PENJAJAH BRITISH

Emeritus Profesor Khoo Kay Kim

Seorang ahli sejarah terkemuka negara mengatakan seorang pegawai kolonial berbohong sebab mereka memerlukan sebab untuk melanjutkan kawalan terhadap Malaya ketika itu.

Ahli sejarah terkemuka negara Emeritus Profesor Khoo Kay Kim telah megkritik mereka yang mengaitkan orang Bugis sebagai lanun, mengatakan bahawa mereka adalah jahil dalam fakta sejarah negara.
Bercakap kepada media FMT, emeritus professor berkenaan berkata pembohongan tersebut bermula pada abad ke 18 oleh pentadbir awam British di Malaya dan mereka melakukannya kerana untuk mendapat kebenaran daripada kerajaan British untuk melanjutkan pentadbiran mereka di negara ini.
Mereka memerlukan sebab untuk diberitahu kepada kerajaan British,” kata Khoo. “Dengan mengatakan raja Melayu adalah lanun, adalah mudah untuk kerajaan British campur tangan.
Kerajaan British mungkin memberhentikan campur tangan sekiranya mereka tahu cakap-cakap berkenaan lanun itu berdasrkan pembohongan.
Beliau berkata tidak ada jalan Bugis dianggap sebagai lanun sebab pelanunan, sebagaimana yang didefinasikan dalam undang-undang ketika itu, dilakukan hanya di lakukan di kawasan yang tidak ada kerajaan.
 Kawsan sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan adalah sebahagian negeri-negeri kerajaan Melayu dan sekiranya kapal-kapal memasuki kawasan itu dan tidak membayar cukai, maka kerajaan mempunyai hak untuk menyerang kapal-kapal itu. Itu bukannya pelanunan.”
Lanun Bugis” adalah satu ungkapan yang digunakan pembangkang untuk mengejek Perdana Menteri Najib Razak didakwa sebagai keturunan pahlawan Bugis.
Pemimpin yang bukan dari rumpun Melayu menghina Bugis
Bulan lepas, ucapan oleh pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad mengundang kemarahan pemimpin masyarakat Bugis tempatan yang mendesak beliau memohon maaf kerana menghina kumpulan itu. Ini diikuti oleh Sultan Selangor, merupakan keturunan Bugis, menitahkan agar Mahathir disiasat kerana menghasut.
Mahathir sejak itu telah menafikan merujuk orang Bugis secara am, mengatakan yang beliau persoalkan sekiranya nenek moyang Najib merupakan Lanun Bugis”.
Menurut Profesor Khoo, orang Bugis merantau ke semenanjung Tanah Melayu daripada tempat asal mereka Sulawesi pada abad ke 17.
Mereka merupakan pedagang yang cekap dan mereka juga merupakan pahlawan. Oleh itu mereka mampu mengambil kuasa kebanyakkan negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu.”
Beliau kata Bugis memperolehi kerajaannya di Selangor yang sah daripada pandangan tradisi Melayu.
Dalam tradisi Melayu, sesaorang boleh dipanggil sultan sekiranya dia mempunyai  daulat (legitimacy and authority).
Semasa Bugis mengambil alih Selangor pada 1745, pemerintahanya tidak pernah dipanggil sultan. Baginda dipanggil Raja Lumu.
Tetapi pada 1766, Raja Lumu belayar kepada satu tempat dipanggil Kota Lumut (bukan Lumut yang ada sekarang) di Perak dan di sana dia telah ditabalkan sebagai  sultan oleh Sultan Perak Sultan Mahmud dan hanya ketika itu dia memakai gelaran  Sultan Salehuddin Shah.”
Menurut seorang pegawai Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS), budaya  Bugis dan Melayu telah menjadi ikatan kukuh sebab kerana sudah lama menjadi sekutu di antara mereka.
Mohamad Romazi Nordin, yang mengetuai sayap budaya, belia dan sukan PMBS, mengatakan salah satu faktor yang telah membawa kepada ikatan kepada kedua-dua budaya tersebut ialah melalui perkhawinan.
Perkhawinan di antara kedua-duanya telah berlaku sejak semasa era Kesultanan Melaka, beliau berkata.
Mereka telah dikaitkan antara satu sama lain yang begitu lama yang kelihatan seolah mereka berkongsi budaya yang sama,” beliau menambah.
Bagaimanapun, beliau juga berkata hakikatnya kedua-dua budaya tidak jauh berbeza sebab Melayu dan Bugis hidup dalam persekitaran yang sama.
Beliau berkata kedua-duanya telah mengeluarkan dan makan makanan yang sama, menikmati jenis muzik yang sama dan menyimpan pantang larang yang sama.
Romazi juga seorang setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia bahagian Selangor.

No comments:

Post a Comment