Penyebar propaganda PRU dari DAP |
Rakyat diingatkan agar berhati-hati dan tidak menelan bulat-bulat dengan propaganda dan fitnah oleh pihak pembangkang yang dijangka lebih dahsyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini berbanding PRU sebelumnya.
Sesuatu yang tidak mustahil sekiranya pembangkang mencipta isu serta fitnah yang teruk berbanding PRU ke 13 yang lalu di mana mereka kini dilihat terlalu ghairah untuk menguasai pentadbiran di Putrajaya.
Penyebar propaganda PRU dari BERSIH |
Kita boleh lihat bagaimana ketika PRU ke 13 yang lalu, pihak pembangkang menabur pelbagai fitnah seperti isu 40 ribu orang bangla, isu blackout, isu tukar peti undi di mana ke semua dakwaan yang mereka buat itu akhirnya terbukti tidak betul.
Namun malangnya, ada segelintir rakyat yang terpengaruh dan percaya dengan fitnah dan tohmahan yang direka-reka oleh pihak pembangkang itu.
Sebab itu rakyat nasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan menyelidik terlebih dulu kebenarannya apabila menerima sebarang maklumat yang tersebar di dalam media sosial, khususnya yang datang dari pembangkang.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yakin perkara ini mungkin akan berlaku memandangkan cubaan mereka untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu RM2.6 bilion dan penyelewengan 1MDB menemui kegagalan.
Kita boleh lihat bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan isu RM2.6 bilion dengan cuba mengaitkan ia dengan penyelewengan 1MDB sehingga sanggup bekerjasama dengan pihak luar dalam usaha mereka untuk menyerang Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.
Biarpun tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan terhadap Datuk Seri Najib itu akhirnya terbukti tidak betul dan fitnah semata-mata, namun sedikit sebanyak ia turut memberikan kesan apabila ada rakyat yang termakan dengan hasutan dan fitnah mereka itu.
Sudah pastinya, menjelang pasca PRU 14 ini, mereka akan lipat gandakan lagi serangan dengan menambah rencah ratus di dalam tohmahan dan fitnah yang menjadi senjata utama propaganda mereka.
Sekarang ini pun sudah bermula serangan mereka terhadap kerajaan BN dengan memfitnah kononnya pemindahan anggota tentera ke tiga kawasan parlimen yang sekarang disandang oleh tiga orang menteri kerajaan pusat, iaitu Parlimen Bagan Datoh, Bera dan Segamat.
Mereka memfitnah kononnya Parlimen Bagan Datoh yang disandang TPM merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, kononnya SPR telah memindahkan pengundi baru seramai 1,411 orang anggota tentera ke kawasan parlimen tersebut. Alasan tomahan tersebut kononnya berdasarkan pencapaian kemenangan Dr Zahid dengan majoriti yang tipis semasa PRU yang lepas iaitu 6.5 peratus.
Seterusnya Parlimen Bera yang disandang oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri, SPR telah memindahkan pengundi baru seramai 1,234 orang anggota tentera ke kawasan parlimen tersebut. Pemindahan tersebut kononnya berdasarkan pencapaian Ismail Sabri dengan majoriti yang tipis semasa PRU yang lepas iaitu 5.2 peratus.
Akhir sekali, begitu juga Parlimen Segamat yang disandang oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam, kononnya SPR telah memindahkan seramai 1,051 orang anggota tentera ke kawasan parlimen tersebut serta mempertikaikan kewajaran pemindahan tersebut memandangkan kem tentera yang didakwa di Segamat (mungkin tidak wujud) itu kononnya siap pada bulan April 2018. Mereka medakwa pemindahan tersebut oleh BN kononnya berdasarkan pencapaian Subramaniam dengan majoriti yang tipis semasa PRU yang lepas iaitu 3 peratus majoriti bersamaan dengan 1,217 undi.
Justeru itu, rakyat diseru agar tidak terpengaruh dengan permainan politik kotor pihak pembangkang dan mengambil iktibar bagaimana kotor dan jijiknya taktik penipuan yang mereka gunakan pada PRU ke 13 yang lalu.
Apa yang penting sekarang, rakyat perlu ada sikap untuk menyelidik terlebih dulu apa juga informasi yang mereka perolehi.
Rakyat perlu lebih matang dan rasional dalam membuat penilaian serta celik mata dengan permainan politik pembangkang agar kita tidak tertipu lagi seperti sebelum ini.
No comments:
Post a Comment