Selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, digulingkan pada 2011 melalui gerakan Arab Spring, situasi negara itu tidak pernah bertambah baik sebaliknya makin buruk.
Kami sedih kerana saban hari bumi Mesir menyaksikan begitu banyak pertumpahan darah, bagaikan berundur ke zaman silam.
Terbaru, lebih 300 orang terkorban dalam serangan ke atas sebuah masjid di Sinai, Mesir, kelmarin.
Semua ini tidak berlaku ketika rejim pemerintahan Hosni bahkan negara itu stabil dan aman.
Namun percaturan kuasa besar membawa tercetusnya Arab Spring yang yang didalangi sebuah entiti kerajaan Amerika Syarikat dikenali sebagai National Endowment for Democracy (NED) sayap kepada Central Intelligence Agency (CIA). Badan inilah yang menyalorkan dana kepada penentang-penentang kerajaan Mesir melalui beberapa NGO seperti Open Society Foundation (OSF),Open Society Institute (OSI), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) dan Neo Conservative Lined Freedom (Neo-Con). Peranan NGO-NGO ini adalah melatih, membiayai dan menghasut NGO-NGO Arab bagi mencetuskan Arab Spring.
Ia bermula pada 17 Disember 2010 di Tunisia
Ia bermula pada 17 Disember 2010 di Tunisia
selepas itu terus merebak diseluruh negara-negara Arab termasuk Mesir dan berakhir pada Disember 2012. Menurut punca yang boleh dipercayai semasa pra Arab Spring semua NGO-NGO asing tersebut telah menerima dana sejumlah AS$100 juta daripada NED untuk mencetuskan Arab Spring.
Mesejnya, mengulingkan kerajaan bukan penyelesaian terbaik sebaliknya boleh membawa musibah besar kepada sebuah negara. Lihatlah bagaaimana Iraq terus sengsara hingga hari ini. Kami harap ia menjadi iktibar yang sangat bernilai buat kita rakyat di Malaysia.
Syukur, tanah air ini terus aman dan harmoni tetapi usah diambil mudah. Sebenarnya Malaysia juga rapuh yang antaranya boleh dilihat dengan campur tangan NGO asing membiayai NGO pro pembangkang dan parti pembangkang negara ini.
Menurut maklumat yang dimuat naik dalam laman web BERSIH bertarikh 30 November 2007, Merdeka Centre dan Malaysia For Free Election (MAFREL) yang dipimpin oleh Abd Malek Hussin pernah menerima dana daripada IRI. Ini diakui sendiri oleh pemimpin tersebut.
Menurut punca yang boleh dipercayai, selain daripada MAFREL dan Merdeka Centre, NGO dan media pro pembangkang yang pernah menerima dana asing ialah Gabungan Pilihanraya Bersih (BERSIH), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan media pro pembangkang Malaysiakini.
BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini dilporkan pernah menerima sumbangan dana daripada NED melalui OSF, sebuah badan bukan kerajaan Zionis yang diasaskan oleh George Soros.
PKR dan ‘Education and Research Association for Consumer’ (ERA Consumer) telah pernah menerima dana dan latihan oleh NED melalui NDI.
Jelas lihat di sini bahawa semua NGO-NGO asing yang yang terlibat dalam membiayai organisasi pembangkang dan pro pembangkang tempatan merupakan NGO yang sama yang telah mencetuskan Arab Spring di negara-negara Arab.
Apakah agenda serta peranan mereka di Malaysia kali ini? Adakah untuk melatih, pada yang sama menghasut pemimpin-pemimpin si kitul dan puak-puak kaduk naik junjung di negara ini untuk menggulingkan kerajaan negara ini yang dipilih secara demokratik. Waspadalah rakyat serta pihak berkuasa, sebelum nasi menjadi bubur.
No comments:
Post a Comment