Pemimpin Melayu PKR di bawah telunjuk DAP untuk mengkhianati Melayu |
Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali hari ini telah menafikan hak lebih kurang 4,000 pelajar-pelajar Melayu di negeri itu apabila kerajaan negeri membuat keputusan untuk menutup Yayasan Selangor yang diilhamkan oleh Datuk Seri Harun Idris.
Fungsi asrama Yayasan Selangor yang dibina oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris pada tahun 1971 itu adalah untuk membantu anak-anak Melayu di luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Setiap tahun, Yayasan Selangor akan membantu lebih kurang empat ratus anak-anak Melayu dari luar bandar untuk melanjutkan pelajaran. Dan telah terbukti, anak-anak Melayu luar bandar yang mendapat bantuan daripada Yayasan Selangor ini mampu menjadi insan cemerlang dan berjaya di dalam pelajaran. Ada diantara mereka yang menjawat jawatan tinggi dan sebagainya.
Tetapi hari ini, adalah sesuatu yang amat mengecewakan kami apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menutup Yayasan Selangor itu. Ini secara tidak langsung, kerajaan negeri telah menyekat atau menafikan hak anak-anak Melayu luar bandar untuk mendapat bantuan bagi melanjutkan pelajaran mereka.
Jadi, dalam tempoh 10 tahun PKR menguasai kerajaan negeri, ini bermakna lebih kurang 4,000 anak-anak Melayu di negeri ini telah dinafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penutupan Yayasan Selangor ini juga secara tidak langsung memperlihatkan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai dasar untuk membantu orang-orang Melayu sepertimana yang telah tercatat di Perlembagaan berhubung hak-hak istimewa orang Melayu.
Perkara yang sama berlaku di Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) apabila PKNS yang ditubuhkan bertujuan untuk membantu orang Melayu dalam isu-isu pemilikan hartanah. PKNS dulu bina rumah-rumah yang mampu milik bagi orang Melayu.
Sebagai contoh di Shah Alam hari ini, PKNS telah membina rumah-rumah mampu milik untuk orang Melayu di mana hari ini, Shah Alam menjadi bandar yang majoritinya adalah orang-orang Melayu. Namun kita amat kecewa dengan dasar kerajaan negeri hari ini yang tidak lagi membina rumah-rumah murah untuk rakyat sepertimana dulu.
Di bawah pemerintahan Pakatan Harapan hari ini, dasar PKNS yang mahu membantu orang Melayu telah dirombak dan ditukar. PKNS tidak lagi membuat rumah murah. Hari ini rumah yang paling murah dibina oleh PKNS berharga lima ratus ribu dan ke atas.
Justeru itu, kami meminta agar orang Melayu di Selangor khususnya penggundi kawasan Parlimen Gombak dan kawsan DUN Bukit Antarabangsa agar merenung kembali dengan pemikiran yang matang dan rasional, sama adakah wajar Azmin Ali diberi sebarang undi pada PRU ke-14 akan datang kerana walaupun beliau seorang pemimpin Melayu, beliau telah mengkhianati hak keistimewaan bangsanya sendiri sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment