Sunday, 26 November 2017

PRU 14 : KEBIJAKSANAAN MEMILIH BERLANDASKAN REALITI FAKTA BUKAN PERSEPSI CIPTAAN PEMBANGKANG


Melalui dua pilihan raya yang lepas bermula PRU ke-12 pada 2008 permulaannya pakatan pembangkang berjaya menawan 5 buah negeri di semenanjung iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kemudian diikuti PRU ke-13 pada 2015 di mana kejayaan mereka mula merosot dengan gagal mempertahankan lima negeri dan hanya mampu mengekalkan 3 negeri walaupun mendapat undi popular 52.62% berbanding Barisan Nasional (BN) hanya 47.38%. Negeri-negeri yang masih kekal di bawah pembangkang sehingga kini ialah Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.


Tentang isu undi popular, pakatan pembangkang dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihan raya yang telah diterima pakai di Malaysia sejak dahulu lagi (malah di banyak negara maju lain seperti Britain) adalah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk kerajaan.
Jumlah undi dikutip secara keseluruhan (undi popular)  tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan di dalam pilihan raya di Malaysia.

Prestasi BN mula menampakan kecemerlangan memberangsankan selepas PRU-13, iaitu semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, di mana ketika itu merupakan kemuncak penyebaran persepsi kebencian ciptaan pembangkang yang hangat diperkatakan terhadap kerajaan dalam isu 1 Malaysian Development Berhad (1 MDB) dan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).
Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei 2016 telah menyaksikan kecemerlangan BN dengan memenagi 72 daripada 82 kerusi DUN Sarawak merupakan 87.80% daripada jumlah undi. Manakala pembangkang hanya mampu meraih 10 kerusi merupakan 12.20% daripada jumlah undi.

Begitu juga Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 di mana BN memperolehi kecemerlangan. Di Parlimen Sungai Besar BN memperolehi majoriti 9,191 berbanding hanya 399 undi pada PRU 13. Dan di Parlimen Kuala Kangsar BN memperolehi 6,969 undi berbanding hanya 1,082 dengan peningkatan yang memberangsang berbaning PRU 13.
Dari pengalaman ketiga-tiga pilihan raya tersebut menggambarkan bahawa rakyat telah mula menerima realiti sebenar terhadap pembangkang serta menolak persepsi kebencian ciptaan mereka terhadap kerajaan melalui strategi Fitnah, Keliru dan Tawan (F.K.T) atau Slander, Confuse and Capture (S.C.C).
Adalah di harapkan pada PRU ke 14 nanti rakyat akan lebih menjadi bijaksana memilih kerajaan berlandaskan realiti sebenar dan bukannya persepsi kebencian yang mereka ciptaan melalui strategi F.K.T.
Dalam konteks semasa, pendekatan mereka ini banyak menggunakan media sosial. Malah, dibentuknya satu pasukan petugas khas (task force) untuk mengendalikan sebaran dan tularan melalui media sosial. Bahan-bahan yang disiarkan berbentuk propaganda, provokasi, tomahan, dakwaan, putaran isu (spin), melaga-laga dan menyusun reka cerita (story-board) yang boleh mengeliru, membina persepsi dan membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan.
Kecenderungan ini memang terdapat di Malaysia. Banyak hal dijadikan isu. Yang diterjah dan disondol saban hari ada soalan tetapi mereka ini tidak pedulikan penjelasan dan jawapan. Mereka tidak berminat mendengar jawapan kerana apa yang dimahukan adalah terus mengelirukan pemikiran rakyat walaupun ia tidak benar. Contoh jelas adalah isu 1 MDB dan GST.
Isu Malaysia akan bankrap? Dahulu pun misalnya semasa kerajaan mahu membina Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Kembar Kuala Lumpur (KLCC), propaganda pembangkang mengenai isu bankrap ini sudah lantang bergema. Namun ekonomi Malaysia tetap stabil. Pertumbuhan tetap membrangsangkan. Jadi, apa masalahnya dengan projek-projek mega yang kerajaan rancang dan laksanakan?
Justeru rakyat negara ini perlu berwaspada agar tidak terperangkap dengan membuat tanggapan atau persepsi salah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan untuk mengelakkan terpengaruh dengan strategi F.K.T pembangkang. Sebaliknya bertindaklah dalam suasana pemikiran yang tenang, rasional dan terbuka dengan meneliti segala penjelasan sebaiknya sebelum membuat kesimpulan sendiri. Buat penilaian dan penetapan di fikiran melalui fakta yang tepat dan sahih. Jangan jadikan PRU-14 sebagai medan pilihan raya persepsi tetapi terjemahkan pendirian berlandaskan realiti.
Bahayanya, jika sesuatu penilaian berasaskan persepsi itu sudah sebati dalam pemikiran, sukar untuk menerima penjelasan dan pencerahan yang sebenar. Apabila pemikiran sudah keliru, pembangkang mudah tawan. Sebaik-baiknya pilihlah mereka yang pernah berbakti. Bukan hanya pandai mencipta persepsi. Antara panduan atau check list  paling mudah untuk membuat kesimpulan atau pilihan ialah:
Asas idelogi parti yang jelas dan praktikal. Bukan berbaur perkauman, parti anak beranak, parti geram, benci, serpihan atau parti untuk survival peribadi.
Berprinsip yang jelas. Pemufakatannya berpaksikan konsensus, sederhana, inklusif dan adil.
Barisan pemimpin yang berwibawa, berintegriti, bukan suka berdolak dalik atau terlalu mudah membuat pendirian secara ‘pusingan U’.
Rekod keberkesanan dan kecermerlangan termasuk mengurus tadbir negara meliputi bidang-bidang ekonomi, sosial, politik serta gagah mendapati cabaran, selain kukuh dalam perkongsian.
Akhirnya, bertanyalah secara jujur pada diri sendiri, apa sebenarnya dicari? Jika kemajuan, keamanan, keselamatan, kesejahteraan, perpaduan, kestabilan, kekal bermaruah dan kedaulatan, maka sudah tiada lagikah elemen-elemen ini di persekitaran ini?


No comments:

Post a Comment