Thursday 23 November 2017

UNTUK TUTUP MALU KERANA KEGAGALAN: PPBM CUBA SALAHKAN ROS


Penubuhan parti yang dikenali sebagai ‘parti cap bunga’ atau PPBM disifatkan sebagai penubuhan parti tanpa matlamat yang jelas, sebaliknya ia sekadar menjadi parti yang kononnya mahu menggantikan UMNO demi untuk menjatuhkan seorang pemimpin UMNO yang didendami.
Bukan itu sahaja malah nama parti pun hampir serupa dengan UMNO, ada perkataan Bersatu, warna parti pun merah, struktur parti pun sama, ada Bahagian dan ada cawangan.
Tetapi mana datang keahlian PPBM? Sekadar cuba curi ahli UMNO untuk masuk PPBM, khususnya mereka yang merajuk, terasa hati atau mempunyai kepentingan tertentu yang gagal diperolehi.
Rupanya ia merupakan sebuah parti yang gagal. Ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir kerana PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung parti di saat UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung minggu hadapan.
Untuk mengalih isu ini, kelmarin Tun Mahathitr dan gerombolan pemimpin pembangkang menemui Ketua Setiausaha KDN untuk mempertikai pendaftaran Pakatan Harapan yang belum lulus oleh ROS. Macam mana mahu lulus, kalau komponennya masih dibelenggu masalah termasuk PPBM yang gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) sejak ditubuhkan dan DAP pula belum lagi memajukan laporan pemilihan semula CEC yang diadakan baru-baru ini.
Menurut satu punca yang boleh dipercayai, DAP menerima arahan Lim Kit Siang supaya melewat-lewatkan laporan CEC itu kerana beliau tidak berapa minat dengan nama Pakatan Harapan didaftarkan. Ini kerana beliau menjangkakan ia akan menjejaskan DAP dalam PRU ke-14 akan datang kerana pengundi lebih mengenali logo ‘Roket’ daripada logo ‘Pakatan Harapan’.
Melalui pemilihan semula CEC baru-baru ini, Kit Siang menyedari bahawa sokongan akar umbi terdap DAP telah ketara merosot. Salah satu sebab kemerosotan sokongan akar umbi terhadap DAP ialah kerana persekongkolan beliau dengan musuh ketatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan kesedaran ini beliau mengharapkan agar pendaftaran Pakatan Harapan tidak akan berlaku sehingga parlimen dibubarkan menjelang PRU ke-14. Sampai tiba masanya nanti beliau akan menuding jari kepada ROS kononnya enggan meluluskan gabungan pakatan itu.
Bagi PPBM pula kami melihat bahawa masalah yang dihadapi oleh Tun Mahathir bermula apabila beliau ditipu oleh Ketua-Ketua PPBM di peringkat Bahagian, yang mana majoritinya adalah bekas pimpinan UMNO yang kehilangan pengaruh dan mencari tempat naungan yang baharu.
Bila disemak nama-nama keahlian di Bahagian PPBM, ada di kalangan ahli itu terkejut kerana mereka mendakwa masih lagi ahli UMNO.
Nama mereka telah didaftar sebagai ahli PPBM tanpa pengetahuan si empunya diri. Kalau di Bahagian pun kelam kabut maka apatah lagi cawangan.
Sebenarnya cawangan pun tidak wujud di kebanyakan Bahagian PPBM, apa yang didaftarkan ialah cawangan ‘hantu’ iaitu senarai ahli atas kertas sahaja.
Tambahan lagi, itu belum mengambil kira cawangan sayap-sayap, Serikandi atau Armada di mana Armada sendiri adalah merupakan sayap haram yang tidak ada dalam perlembagaan PPBM.
Maka pergantungan PPBM hanyalah pada tokohnya. Itu pun ada tiga tokoh sahaja.
Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukriz tetapi apakah Muhyiddin dan Mukriz mempunyai penyokongnya atau ‘grassroot’?
Justeru katanya, jelas bahawa perjuangan dan hala tuju PPBM amat diragui, jauh berbeza semasa UMNO ditentang oleh Semangat 46.
Semangat 46 yang juga cuba mengganti UMNO, hampir separuh anggota Kabinet Kerajaan ketika itu menyokong Tengku Razaliegh.
Akhirnya Semangat 46 `tutup kedai’ atau dibubarkan dan kebanyakan ahlinya kembali bersama UMNO sehingga sekarang termasuk Tengku Razaliegh.
Oleh itu, apa akan jadi dan apakah nasib PPBM tanpa Tun Mahathir?

No comments:

Post a Comment