Wednesday, 1 November 2017

PARTI CAP BUNGA CUBA MEMPERBODOHKAN MELAYU IKUT TELUNJUK PAKATAN PIMPINAN DAP

PPBM alat DAP dalam strategi 'use Malay to screw Malay
Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau parti cap bunga yang mendakwa UMNO ketakutan sehingga membentangkan bajet yang disifatkannya sebagai populis.
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu merupakan satu percubaan untuk memperbodohkan orang Melayu sendiri dan masyarakat majmuk di negara ini.
Rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu, dalam sejarah amat arif dan bijaksana dalam adat berpolitik.
Orang kita yang bistari umpama jauhari yang mengenal manikam.
Dek kerana dendam kesumat, marah, geram dan sakit hati yang tiada penghujung menyebabkan PPBM terlalu mengikut nafsu yang lesu.
Ikut rasa binasa, ikut hati mati.
Begitulah tafsiran (daripada pepatah Melayu) yang boleh kita simpulkan apabila Muhyiddin Yassin tanpa segan silu, mengatakan orang Melayu sekarang ramai menyokong PPBM dan sekaligus kepada Pakatan Harapan.
Justeru itu, adalah dinasihatkan agar PPBM janganlah bertindak dengan ‘dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’ kerana orang Melayu sedar parti itu berada di dalam satu kumpulan pakatan yang dikuasai di bawah telunjuk DAP.
Orang Melayu maha mengetahui dasar sosialis DAP, dan perjuangan mereka bukan untuk Islam dan orang Melayu. PPBM hanyalah alat DAP untuk mengamit orang Melayu untuk membuka peluang DAP melaksanakan cita-citanya memerintah negara ini. PPBM juga merupakan alat DAP untuk melaksanakan strateginya ‘use Malay to screw Malay’.
Orang Melayu juga tahu pemimpin Melayu bertelagah dan membuka parti serpihan sebagai agenda peribadi pemimpin Melayu yang  tamak kuasa.
Dan, orang Melayu tidak akan memperjudikan nasib dan masa depan negara kepada DAP dan pihak yang memperjudikan hak dan kedudukan orang Melayu dan Islam kepada DAP, terutama sekali PPBM.
Maka sekarang petanda cukup jelas bahawa orang Melayu dan Islam, malah kaum lain, mula menjarakkan diri dari pakatan pimpinan DAP itu.
Malah ia semakin ketara betapa orang Melayu akan merapatkan saf dan meningkatkan solidariti dan ta’awun untuk kebaikan Islam.
Maka, apabila ini terjadi, kumpulan serpihan yang meninggalkan perjuangan yang asal akan kita kuburkan melalui pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Kerana hanya dengan cara demikian, orang Melayu dan umat Islam mampu melindungi apa yang hak bagi kita seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, sekarang ini semakin jelaslah bahawa PPBM serta Pakatan Harapan yang dikuasai DAP bukan pilihan terbaik untuk orang Melayu dan Islam serta kaum lain di negara ini
Amat malang, dan petaka malap, jika orang Melayu dan umat Islam serta rakyat kita terdiri daripada pelbagai bangsa terjerumus dengan sepak terajang politik PPBM dan Pakatan Harapan itu.

No comments:

Post a Comment