Tuesday 18 December 2018

ADAKAH WAJAR SYARIKAT PENGERAK KHAS (SPV) DI BAWAH GUAN ENG MENGUASAI ASET MILIK MELAYU ISLAM DAN SEKALIGUS MENJADIKAN EKONOMI MELAYU ISLAM DI BAWAH TAPAK KAKI DAP - AYOH SEKALI LAGI BANGKITLAH UMMAH MENGEGGARKAN PUTRA JAYA


Beberapa hari yang lepas, tanggal 10hb Disember 2018, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pendedahan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mujahid Yusuf. Menurut beliau, pemberian bayaran hibah (dividen) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak 2014 bercanggah dengan Akta Tabung Haji 1995. Beliau menerangkan bahawa pendedahan tersebut diperolehi hasil dari siasatan oleh sebuah syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC), yang mendapati bahawa TH telah mengalami defisit RM4.1 bilion berikutan dari pemberian hibah walaupun TH mencatat kerugian.

Ini sebenranya satu pembohongan.

Hakikatnya, bukan hanya loporan-laporan TH jelas terpapar di laman web lembaga tersebut bagi tatapan umum, hasil kajian kami mendapati bahawa laporan-laporan bagi tahun-tahun berakhir 31 Disember 2010 hingga 31 Disember 2017 – iaitu semasa Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri – menunjukkan bahawa TH mencatat keuntungan, bukan kerugian. Menurut laporan-laporan tersebut, keuntungan TH berjumlah RM3.8 bilion pada tahun 2017, RM2.3 bilion pada tahun 2016, RM3.5 bilion pada tahun 2015, RM4.6 bilion pada tahun 2014, RM2.5 bilion pada tahun 2013, RM2.2 bilion pada tahun 2012, RM2.0 bilion pada tahun 2011 dan RM2.2 bilion pada tahun 2010.

Bukan hanya Mujahid menipu, beliau gagal menjelaskan kepada umum berkenaan Seksyen 22(1) Akta Tabung Haji 1995 dan hanya memetik perkara-perkara tertentu dari akta tersebut yang memberikan persepsi seolah-olah beliau bercakap benar. Setelah diteliti, kami mendapati bahawa Seksyen 22(1) jelas memberikan hak sepenuhnya kepada TH untuk menentukan pada bila-bila masa samada wajar atau tidak hibah diberikan kepada pendeposit. Malah, kami mendapati bahawa segala apa keputusan yang dibuat TH berkenaan pembayaran hibah adalah keputusan bersama pemilik saham dan bukannya keputusan pengerusi lembaga.

Anehnya, pembohongan-pembohongan Mujahid terus dilepas pandang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng biarpun ianya menjurus kepada satu keputusan oleh pihak kerajaan untuk mengalihkan semua kuasa pengurusan aset-aset TH yang bernilai hampir RM20 bilion kepada satu Syarikat Penggerak Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan. Apakah Lim Guan Eng yang selama ini lantang mempersoal setiap kepincangan yang berlaku dalam urus tadbir kerajaan Barisan Nasional yang lepas tidak maklum akan pembohongan-pembohongan tersebut? Apakah ini satu helah bagi beliau menguasai aset-aset milik Melayu-Islam dan sekaligus meletakkan ekonomi Melayu-Islam di bawah tapak kaki Bangsa DAP?

Sepertimana yang telah saya katakan sebelum ini, hibah (dividen) yang deberikan kepada pendeposit di antara tahun 2014 hingga 2017 telahpun diluluskan oleh syarikat-syarikat audit dalam dan luar. Sudah tentulah syarikat audit audit PricewaterhouseCoopers lantikkan kerajaan Pakatan Harapan akan membuat penilaian semula berdasarkan situasi ekonomi dan nilai matawang semasa dan bukannya pada ketika hibah tersebut diluluskan. Hakikatnya, defisit yang direkodkan syarikat audit lantikkan kerajaan Pakatan Harapan berpunca dari kejatuhan nilai aset-aset TH berikutan kepincangan dalam pengurusan ekonomi oleh Bangsa DAP sendiri dan bukannya disebabkan kepincangan dalam pengurusan TH.

Mujahid lupa, bahawa sikap Lim Guan Eng yang sekian lama menipu rakyat berkenaan hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion telah menakutkan begitu ramai pelabur dari dalam dan luar negara, sehinggakan nilai matawang kita merosot teruk apabila berbilion ringgit dibawa keluar oleh pelabur-pelabur tersebut. Dalam tempoh lima bulan pertama sahaja Pakatan Harapan memegang tampuk kepimpinan negara, ekonomi kita telah mencatat pengaliran keluar dana pelaburan asing yang mencecah RM12 bilion, iaitu pengaliran keluar yang terbesar bagi tempoh tersebut sejak krisis ekonomi tahun 1998.

Malah, pada 6hb Ogos 2018, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming, mengaku bahawa negara kita mengalami kerugian tambahan sebanyak RM16.4 bilion hasil dari penarikan keluar projek-projek pelaburan terus asing. Para penganalisa yang tersohor dan terkemuka di dunia telah berkali-kali menegur dan memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa nilai-nilai hutang dan nisbah hutang kepada GDP yang diwar-warkan kemenerian Lim Guan Eng jauh tersasar dari nilai sebenar. Tetapi bukan hanya perkara ini dipandang remeh oleh Lim Guan Eng, beliau sanggup berbohong terus kepada rakyat bahawa penganalisa-penganalisa tersebut tidak arif akan situasi sebenar ekonomi negara ini.

Apakah Lim Guan Eng layak kekal sebagai Menteri Kewangan?

Bukankah kemelut yang melanda TH hari ini berpunca daripada kepincangan dalam pengurusan Kementerian Kewangan oleh Guan Eng Sendiri sendiri? Tidakkah ini menampakkan satu usaha komprehensif oleh kementerian beliau untuk menguasai aset-aset Melayu-Islam? Kami diberitahu bahawa pengaliran keluar dana pelaburan yang berbilion ringgit nilainya sejak PRU-14 sekaligus menimbulkan kegusaran di kalangan pendeposit TH yang turut menarik keluar simpanan mereka sejak penghujung bulan Mei 2018. Perkara ini bukannya satu rekaan, tetapi diceritakan oleh salah seorang pekerja syarikat audit yang berurusan dengan TH yang tidak ingin namanya dipaparkan. Menurut pekerja ini, kenyataan Mujahid langsung tidak mencerminkan situasi sebenar dan bertujuan manghalalkan ‘penjualan’aset-aset TH kepada Bangsa DAP.

Apakah Lim Guan Eng akan menyangkal dakwaan ini?

Apakah pemindah-milikkan aset kepada SPV yang dikuasai Bangsa DAP satu-satunya cara bagi memulihkan keadaan? Bukankah sebilangan besar aset-aset tersebut, seperti BIMB Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malakoff Corp Berhad berkait rapat dengan kerajaan persekutuan? Apakan Perdana Menteri kita tidak mampu memulihkan kemelut ekonomi yang melanda negara ini hinggakan terpaksa melacur maruahnya dengan menghulurkan segala apa aset milik Melayu-Islam kepada bangsa DAP? Bukankah kaedah yang paling berkesan bagi menyelesaikan kemelut ini adalah dengan memecat Lim Guan Eng dan digantikan dengan seorang Melayu Islam?

No comments:

Post a Comment