Sunday, 30 December 2018

BELUM APA-APA, PERWKILAN PPBM TUNJUK KEMARUK KONTRAK KERAJAAN


30 DIS: Tak sampai setahun PPBM menjadi kerajaan hasil gabungan dengan parti lain nampaknya perwakilan partinya dilihat kemaruk mendapatkan kontrak daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Tanpa segan silu mereka secara terang-terangan berkata demikian dalam ucapan ketika Perhimpunan Agung Tertinggi PPBM awal hari ini.
Disebabkan ucapan itu, Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur sikap mereka dan katanya sekiranya mahu sesuatu kontrak, individu itu seharusnya menjalani proses sedia ada dan tidak melibatkan mana-mana menteri bagi mendapatkan kontrak.
“Saya hendak tegur sikit perwakilan Wilayah Persekutuan tadi sampai berani nak menamakan menteri yang menjanjikan 
“Tak masuk akal. Bayangkan, itu boleh jadi kes SPRM. Mana boleh. Ini janjikan kontrak, jumpa menteri, mana boleh,” katanya merujuk kepada perwakilan partinya yang membahaskan Dasar Presiden hari ini.
Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi Armada dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Justeru itu, Syed Saddiq berkata, perwakilan perlu imbas kembali kesusahan dan keperitan para pemimpin tertinggi dalam membentuk parti dan bekerjasama dengan parti lain dalam membentuk Pakatan Harapan.
Malah katanya, perjuangan semua ahli dan perwakilan perlu ikhlas dan tidak bermotifkan kepentingan peribadi.
“Imbas semula bila kita mula menggagaskan Bersatu.
“Kita tiada jawatan, tiada harga, tiada kontrak. Walaupun UMNO ada semua lantikan yang tinggi, UMNO ada semua jentera kerajaan, ada kawalan yang ketat ke atas media, mengguna pakai struktur kerajaan untuk memastikan kepentingan mereka, mereka mengawal semua GLC,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment