Tuesday, 18 December 2018

UMNO SUDAH FAIL SAMAN TERHADAP AHLI LOMPAT PARTI


18 DIS: UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang ‘lompat’ parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah menfailkan writ saman pada 14 November lalu.
“Ibu pejabat UMNO telah mendaftarkan writ saman menuntut ganti rugi pada 14 November lalu menuntut satu jumlah agak besar berjuta ringgit setiap orang daripada mereka (yang lompat parti dan menjadi wakil rakyat Bebas).
“Mereka harus tahu kemenangan mereka bukan atas nama individu, atas panji UMNO yang memenangkan mereka, atas kerja jentera dan mereka harus berterima kasih kepada UMNO, bukan dengan melompat parti,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan menggunakan segala aspek perundangan yang ada bagi menuntut ganti rugi.
“KIta akan saman semua, kita akan menggunakan apa saja aspek perundangan untuk pastikan hutang budi dibayar semula kepada UMNO,” katanya pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini.
Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Live itu dikendalikan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

No comments:

Post a Comment